From: Zul Mazlan
To: "nibsny@yahoo.com"
Sent: Sunday, 6 February 2011 17:27:59
Subject: Re: Khairat Kematian
Ybhg Tuan,terima kasih kerana memaklumkan kpd saya tentang aduan berkaitan bayaran khairat kematian tsb. Kedudukan sebenarnya adalah bayaran khairat kematian yg kini di namakan Bayaran pengurusan kematian kadarnya adalah RM3k dan memang berkuatkuasa 10 okt 2010. Bagi veteran yg berpencen bayaran tsb tidak ada masaalah kerana kerajaan juga telah selaraskan kadar yg sama bagi pesara kakitangan awam melalui pengumuman bajet 2011. Bagi veteran Atm yg tidak berpencen Kadar bayaran pengurusan kematian adalah juga RM3k, Jab hal ehwal veteran masih belum menerima arahan dan prosidur yg harus di ikuti olehkerana sebelum ini khairat kematian di bayar oleh Yayasan Veteran ATM yg menggunakan dana nya sendiri. Namun begitu, bagi veteran Atm yg tidak berpencen, Yayasan Veteran akan membayar rm500 dahulu sementara menunggu arahan rasmi dari Perbendaharaan. Waris2 veteran yg tidak berpencen yg telah dibayar rm500 telah di beritahu bahawa rm1500 selebihnya akan di bayar kpd mereka sebaik shj prosidur dan arahan sewajarnya kami terima dari Perbdndaharaan. Kami harap mereka yg terlibat bersabar sehingga arahan kerajaan berkaitan di tertibkan. Selain itu Jhev juga tlh mencadangkan kpd kerajaan agar bayaran pengurusan kematian ini jugak di panjangkan kpd isteri/suami veferan yg meninggal dgn kadar rm1500. Perkara ini juga sedang kami tunggu kelulusan pihak perbendaharaan. Oleh demikian,Ybhg Tuan tidak salah menyatakan bahawa waris veteran Sjn Pak Abdul bahawa khairat kematian adalah rm3k. jika arwah tidak berpencen maka warisnya akan di bayar rm500 dahulu dan baki rm1500 akan dibayar kemudian. Saya harap Tuan maklum dgn penjelasan di atas. sekali lagi,terima kasih Tuan di atas kemusykilan yg di ketengahkan itu. salam, KP Jhev Dato'...Terima kasih di atas penjelasan di atas. Jangan dipersalahkan kami yang meluahkan perasaan melalui massa media disebabkan pihak berwajib tidak memaklumkan perkara sebenarnya. Harap penjelasan ini dimasukkan dalam 'Buletin Veteran' nanti. |
4 ulasan:
It does not add up isn't it ? How would RM 500.00 + RM 1,500.00 add up to be become RM 3,000.00 ?
tuan, secara tidak sengaja saya tersinggah di blog tuan. nampak gaya seharian hari ini saya melepak disini.
Pandangan saya, pengalaman tuan amat berharga untuk dikongsi bersama dengan anak bangsa kita.
Elok pengalaman dan cerita tuan dibukukan. Mana la tahu lagi 30-40 tahun akan dijadikan buku rujukan dan kajian di sekolah, universiti atau Kem PLKN.
Masih ada generasi muda yang menghargai pengalaman dan ilmu generasi tuan walaupun tidak ramai. Saya percaya akan tiba suatu masa bangsa kita akan menghargai wira-wira negara seperti tuan dan rakan-rakan tuan.
Saya cadangkan tuan berbincang dengan Puan Ainon Mohd dari PTS (http://www.universitipts.com/).
Beliau juga seorang wira seperti tuan tetapi bidang perjuangan beliau adalah memartabatkan bahasa Melayu.
( Saya tiada kena mengena dengan Puan Ainon dan PTS secara peribadi. Cuma membesar dengan buku-buku ilmiah dari Puan Ainon dan suami)
Sekian saja pandangan saya.
Terima kasih kerana tulisan tuan di blog sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada saya.
Daripada:
Pegawai Muda
Putrajaya
Pegawai muda, tahukah anda bahawa veteren ATM yg hendak berbakti selepas bersara tak di perlukan?
Pernah memohon untuk menjadi jurulatih di PLKN, walaupun layak dari segi akedemik yg diperlukan tetapi tak di layan pun......
Saudara Pegawai Muda,
Terima kasih kerana 'tersinggah' di blog saya. Untuk pengetahuan, saya akan menerbitkan buku berasaskan coretan dalam blog ini dengan pembiayaan sendiri. Mungkin pada penghujung bulan Mac nanti, InsyaAllah. Sedang negotiate dengan pencetak berkenaan kos pencetakan. Oleh kerana saya bukannya seorang 'bergelar' atau berpengaruh, tiada sebarang pelancaran dan pembelian terus daripada saya.
Betul kata Anonymous, e-mel yang dihantar kepada KP PLKN tak pernah berbalas. Cakap tak serupa bikin.
Catat Ulasan