Pengikut

Isnin, 2 Mei 2011

Tugu Peringatan Di Gubir?

Pembaca....Saya sudah ketandusan cerita 'combat'. Jadi, apabila seorang pembaca mencadangkan saya klik di sini, dapatlah baca coretan oleh seorang pegawai Arty. Dalam buku 'Coretan Xnuripilot', saya memasukkan cerita 'sjn apaii' yang dipetik daripada 'Forum aimoo'. Sekarang, lagi satu kisah cerita daripada pasukan Meriam.

Saya telah mencadangkan kepada pegawai tersebut untuk menterjemah ceritanya supaya dijadikan bahan untuk buku ke2 nanti, Insya-Allah. Sepertimana yang saya katakan, sekiranya cukup bahan, teringin juga menerbit buku "Koleksi Pengalaman Veteran". Saya difahamkan ada pihak tertentu yang sedia menerbitkan jumlah yang diperlukan sahaja; nak 100 naskah, no problem...lebih kurang print to order. Kos penerbitan? Sudah pasti boleh tahan jugalah agaknya.

1 Mei 2011, jam 1800...saya telah menghantar buku saya kepada seorang mantan Pengurus Besar MADA di Alor Setar. Menurut beliau, sebelum bersara lagi beliau berhasrat untuk membina 'tugu' di Gubir bagi mengingati mereka yang terkorban di kawasan yang penuh dengan sejarah. Namun, hasrat tinggal hasrat saja, apatah lagi dah bersara ....out of sight....out of mind!  Tapi bila beliau melihat gambar arwah Mej Haris Rejab dan mendiang Kapt (U) Choo YB yang merupakan 'school-mates', beliau bersemangat untuk menghidupkan semula projek ini. Saya mencadangkan beliau menghubungi PAT atau PTD untuk mendapatkan senarai mereka yang terkorban. Beliau boleh mengguna 'old-boys networks' bagi tujuan mendapatkan maklumat berkenaan. Kalau saya Tan Sri Jen Nor Ibrahim (B) mungkinlah PAT atau PTU nak layan; setakat mejar tua ni...bolayan saja!

Pada pandangan saya, ATMlah sepatutnya menjadi penggerak, bukannya orang awam. Apalah susah sangat...tenaga kerja dah ada, siapa lagi kalau tak bukan RAJD. Sudah tentulah kerja paling membebankan ialah nak menyelongkar file-file yang entah di mana beradanya...He...He...He.  Lt Kol Dr Syed Othman (B)  telah membina sebuah tugu bagi memperingati wira-wira yang terkorban di kawasan Lasah dengan dibiayai sepenuhnya oleh beliau sendiri (atas kanan); JKR pula membina
tugu di lebuh Raya Timur-Barat. Kan ATM tak mampu nak bina satu kut!!

Saya hanya mampu berdoa agar ia menjadi satu KENYATAAN satu-satu hari nanti, Insya-Allah. Sapa-sapa di sana yang masih ada pengaruh...cuba-cubalah  'sound' kepada Pak-Pak Jeneral -  PAT/PTD/PTU.

5 ulasan:

SENAPANG PATAH berkata...

Salam Tuan.. sepetutnya sudah lama TUGU peringatan itu dibina untuk memperingati mereka yang terkorban ketika era insurgensi dahulu.
berapa sangat lah kos untuk membinanya jika dibandingkan dengan pergorbanan meraka yang gugur mempertahankan kedaulatan negara sama ada di gubir dan malaysia khasnya.mungkin kerana tiada nilai komersial pihak tertentu terlepas pandang perkara ini.

Abdul Kadir Jilani berkata...

saya pernah ke rumah beliau semasa kami membuat misi merentas waktu pertama kali...

rommel berkata...

cuba usulkan pada Lt Col Norhayati - Pengarah Muzium Tentera Darat, Port Dickson..

Lawit berkata...

Salam tuan, Mantan Pengurus besar MADA tuh Old Boys kolej ka? kalau ya, rasanya sahabat saya la tuh. lama tak jenguk dia.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Lawit,

terima kasih. Saya difahamkan Dato' memang Old Boys Kolej.