Pengikut

Ahad, 31 Julai 2011

30 Julai 2011...Tarikh Keramat

                                                  JPP                           PTU
30 Julai 2011...YAB PM telah mengumumkan  pemberian Elaun Kenangan kepada penerima JPP & PTU sebanyak RM1K ketika menghadiri perbarisan tamat latihan perdana ATM-PDRM di Port Dickson, berkuatkuasa 2009. Bagi mereka yang telah meninggal dunia, waris akan menerima RM10KSyukur Alhamdulillah....Usaha saya semenjak 2009 telah dimakbulkan Allah....Hayatilah Surah Alam Nasyrah ayat 5-8:

5.  فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
6.  إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
7.  فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8.  وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Apa pencetus sehingga melembutkan pihak JPM membuat pusingan 360*? Sepertimana yang anda mungkin sedia maklum, mana boleh saya duduk diam...Perjuangan masih belum selesai! 

Semenjak 2009 lagi, surat/e-mel ke PM & Menteri Pertahanan...sudah dihantar; surat ke KSN & KSU...juga sudah: ke Parlimen...sudah dibincang; malah kepada Datin Seri Rosmah selaku Penaung Rayuan Hari Pahlawan tidak termampu mengubah kedegilan mereka yang boleh membuat keputusan. JPM tetap tidak berganjak dengan keputusannya bahawa penerima JPP, PTU & KPK '...tidak wajar dipertimbangkan' untuk  menerima 'Elaun Kenangan'. Rayuan demi rayuan daripada KEMENTAH tidak dapat membolos 'rumah tol' di Bahagian tertentu di JPM: terhenti di situ sahaja! Jawabnya, cuba pula melayangkan surat ini kepada 'Super-Duper Boss' Perkhidmatan Awam....Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (klik untuk membaca).....
Tut...Tut....Tanpa diduga, surat ini telah berjaya menembusi kubu kuat Bahagian terbabit kerana pada 7 Julai 2011, KEMENTAH telah dijemput hadir ke mesyuarat untuk membincang isu yang tiada kesudahan dibangkitkan oleh mejar veteran ini di JPM. Kali ini, siapa lagi kalau tak  KSN sendiri yang mempengerusikannya! KEMENTAH telah diwakili oleh AKSPA.

Saya percaya surat tersebut adalah salah satu faktor  sehingga berjaya 'melembutkan' sikap Bahagian berkenaan di JPM.

Ketika berjumpa dengan KP JHEV pada 29 Julai di Kompleks Kraf Malaysia, Kuala Lumpur, sempena Majlis Pelancaran "RAYUAN HARI PAHLAWAN 2011", beliau menyatakan PM mungkin mengumumkan sama ada pada 30 Julai atau 31 Julai. (Saya dijemput oleh beliau untuk menjual 'Coretan Xnuripilot' di majlis tersebut. Usunglah 200 naskah...Laku hanya 12 naskah sahaja...tak pulang modal. Tapi tak apa....no problem. He...He...He). Beliau turut menyatakan '...credit goes to you'

'Yes...Indeed it had been an uphill and lonely struggle amidst unsavoury comments from certain quarters'. 

Syukur alhamdulillah, komen-komen negatif itu semuanya tidak melunturkan sama sekali semangat saya untuk melobi kerana masih ramai lagi pembaca yang  memberi sokongan supaya saya terus memperjuangkan isu ini. Kan ini semuanya dah jadi asam garam bagi sesiapa pun yang cuba memperjuangkan sesuatu isu!  Jadi, terkejut juga bila menerima sms ketika dalam perjalanan balik ke Jitra yang mengucapkan tahniah tentang pengumuman PM hari ini (30 Julai). 

Saya telah menghantar sms ini kepada Pak Menteri Pertahanan pada 30 Julai, jam 1538 '...Assalamualaikum Dato'. Akhirnya kerajaan telah meluluskan elaun untuk JPP & PTU walaupun kadarnya kurang daripada yang dicadangkan. Dan, rasa sedikit kecewa kerana KPK tidak dipertimbangkan. Namun demikian, syukur alhamdulillah. Maka, berakhirlah satu perjuangan selama 2 tahun dengan jayanya dengan adanya sokongan padu Dato'. Harap Dato' masih sedia membantu kerenah mejar tua ini. Terima kasih.'

Saya berharap ada penerima KPK yang sedia mengambil  alih tugas meneruskan perjuangan yang telah saya terokai; cuba apa jua saluran agar pihak berwajib mengambil tindakan yang diharapkan. Cuba...Jangan tak cuba.  Bakal penerima 'durian runtuh' pula, tak ke nak  menghargai usaha saya dengan membeli buku saya...Kesian saya! Kan tak boleh kut...He...He...He. 

SELAMAT MENYAMBUT HARI PAHLAWAN

Pembaca Semua....TERIMA KASIH di atas sokongan anda! 

Khamis, 28 Julai 2011

Bouquet Of Flowers

A bouquet of flowers for my Squad-mate - Lt Col Robert Rizal Abdullah PGB (B)....

...for his tireless efforts and struggle to bring the remains of Sarawak Trackers and Rangers back to their final resting place...SARAWAK THE HOMELAND...

Squad.... I salute you and I'm sure your people are proud of you.

Selasa, 26 Julai 2011

Yayasan Bekas Komando

23 Julai 2011 jam 0830...Saya tolak ketepi bermain golf di KKDR untuk memenuhi jemputan menghadiri Mesyuarat Agong Yayasan Bekas Komando di Restoran Ya' Ali Baba, Alor Setar. PW 2 Mohsin (B), merangkap Pengerusi Yayasan, telah menjemput saya sekiranya saya berminat untuk menjual "Coretan Xnuripilot". Sudah pasti saya tidak melepas peluang ini.

Sebelum mesyuarat bermula, banyak cerita yang saya dengar. Para veteran komando mengimbau semula pengalaman mereka semasa berkhidmat dalam pasukan elit itu...sungguh menarik! Bila mereka terlihat gambar arwah Lt Kol Ahmad Rashit PGB dalam buku saya, keluarlah pengalaman mereka bersama arwah. Kesimpulan yang saya boleh buat ialah arwah memang disenangi oleh anak buahnya.

Saya sempat berbual dengan Dato' Wira Yusof Nayan, xDatuk Bandar Alor Setar, yang turut hadir. Beliau adalah Penasihat Yayasan dan akan merasmikan mesyuarat tersebut. Saya telah mencadangkan agar beliau mencalonkan ahli-ahli Yayasan, yang difikir layak dipertimbangkan, untuk anugerah pingat negeri Kedah. Beliau menyatakan bahawa, secara purata, 30% anugerah kebesaran diperuntukkan kepada anggota Pasukan Keselamatan.  Jawapan saya, itu memang benar tetapi hanya untuk mereka yang masih berkhidmat. Bagaimana pula mereka yang telah bersara dan tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan golongan yang berpengaruh...bergesel bahu dengan mereka yang membuat keputusan? Rub shoulders dengan xnuripilot nak dapat apa....nasib tak baik melayang RM40.00 beli buku kerana malu alah...He...He....He. 

Serius sikit....Apakah saluran untuk mereka mendapat pengiktirafan Persektuan dan kerajaan negeri? Tidak dinafikan ada segelintir xanggota ATM yang mendapat anugerah daripada 'Tan Sri' hingga 'Dato'. Kebanyakan mereka ini adalah xPanglima Perkhidmatan, seperti PTD, PTU, PTL atau Pak Jeneral. Yang lain pula tergolong daripada ahli perniagaan yang berjaya atau berkedudukan dalam parti politik. Bagaimana dengan xanggota LLP atau xpegawai yang bukan pegawai kanan (istilah baru 'pegawai kiri')?

Beliau menyatakan sepatutnya pencalonan ini datang daripada persatuan xtentera. Ha...Bab ini saya tidak boleh memberi sebarang komenlah.
Para hadirin di Mesyuarat Agung Yayasan Bekas Komando

Ketika menyampaikan ucapan rasmi beliau....tut....tut...Dato' Penasihat telah memaklumkan kepada para hadirin tentang cadangan Mej Nor Ibrahim ni. Terkejut juga saya dibuatnya! Beliau berjanji akan membuat sesuatu agar ahli Yayasan ini akan dicalonkan untuk anugerah pingat negeri Kedah. Dapat atau tidak...tu lain cerita. Sekurang-kurang roda sudah mula berpusing. Sekarang terserahlah kepada ahli Yayasan untuk memperjuangkan isu ini. Itu sajalah sumbangan saya kepada Yayasan Bekas Komando.

En Mohsin....Terima kasih.

Ahad, 24 Julai 2011

Pertempuran Di Gunung Pueh - Bhg 2

Sambungan daripada coretan ini....
 Dato' Salehuddin....Terima kasih.

Jumaat, 22 Julai 2011

Pertempuran Di Gunung Pueh - Bhg 1

Saya rasa tak lengkap cerita Mej Dato' Salehuddin ini tanpa cerita Kapt Abdul Hamid SP. Dengan nombor yang diberi oleh skot saya tu, saya telah menghubungi beliau dengan harapan beliau sudi menceritakan pengalaman beliau. Kapt Hamid sungguh keberatan untuk mengimbau semula kisah tersebut dan menyarankan saya mendapatkan cerita tersebut daripada Dato Salehuddin, Lt Kol Zainal Yan (B) atau arwah Lt Kol Malakan (pulang ke rahmatullah baru-baru ini). Menurut beliau lagi, mereka lebih mengetahui tentang cerita tersebut. Malah, menurut Dato' Salehuddin, beliaulah yang menulis 'citation' SP untuk Kapt Hamid.

Opsyen yang ada pada saya ialah 'copy & paste' kisah Kapten Abdul Hamid daripada buku ini yang dikurierkan oleh Dato' Salehuddin. Beliau telah menghantar 2 buku - "PAHLAWAN" Jilid 2 & "Pahlawan Tanahair" yang saya terima pada 21 Julai. Kepada pembaca yang terlepas peluang membaca buku Jilid 2 ini, berikut adalah petikan tentang keperwiraan Kapten Abdul Hamid SP & Kpl Taib Bin Tawal PGB....
Bersambung.....


Isnin, 18 Julai 2011

Points To Ponder...

Readers...Something to ponder over....

How true...In pursuit of never ending desires and ungrateful to the blessing by the Almighty Allah......One remembers to live only when suddenly jolted by the reality that the final destination is fast approaching by the seconds...!!

Most of us take things for granted...forever busy to appreciate the creations of  Almighty  Allah...

Jumaat, 15 Julai 2011

Pahlawan Negara

Saya kerap 'menganggu' Lt Kol Basri Omar PGB  dengan menelefon beliau untuk meng'emel'kan bahan cerita dari buku tertentu. Agaknya, bagi mengurangkan gangguan penulis yang sungguh tak profesional ini, jawabnya, pada 8 Jul 2011, saya terima satu sampul surat Pos Ekspres yang mengandungi buku ini.....He....He...He...He.

Buku ini memang tidak asing bagi kebanyakan anggota ATM, kecuali saya kerana 'ignorant' kewujudannya. Walaupun diterbitkan pada 1993 oleh Dewan Bahasa & Pustaka, saya sendiri tidak 'terjumpa' akannya, apatah lagi membacanya. Kepada sesiapa yang belum membacanya, beli dan bacalah buku ini sekiranya ingin mengetahui kehebatan wira-wira yang sedia berkorban demi untuk negara tercinta ini.

Saya baru 'menyelak' beberapa halaman saja. Apa yang menarik perhatian saya ialah luahan arwah Lt Kol Kassim PGB ini '.....Sistem yang kita gunakan sekarang ini memberi keutamaan dalam bidang akademik. Setiap kursus yang diadakan meliputi teori dan pratikal. Untuk lulus dalam sesuatu kursus kerjaya seseorang anggota mestilah lulus dalam kedua-dua teori dan pratikal. Bagi anggota LLP yang tidak lulus mereka tidak akan mendapat kenaikan pangkat. Dengan kata lain, mereka akan tersekat, katanya. Jadi dengan sendirinya akan membantutkan inspirasi mereka yang terlibat. Seorang anggota tentera mungkin mahir dalam tugas operasi di hutan tetapi apabila beliau diperkenalkan kepada bidang teknologi beliau tidak dapat menghayati dan memahaminya. Mungkin  di situlah kelemahan sistem yang ada sekarang dan untuk mengatasinya kita harus lebih fleksibel serta pratikal, ujar Lt. Kol. Kassim'. (Halaman 152).

Apakah mereka lakukan untuk menyara kehidupan selepas mengucap 'sayonara' kepada ATM, terutama sebelum Kerajaan telah bermurah hati untuk memberi elaun bulanan RM2K untuk SP dan RM1500 untuk PGB? Bukannya semuanya bernasib baik....ada yang hanya menjadi pengawal keselamatan untuk menampung kehidupan! Realiti ini tercatat dalam buku tersebut.

Sayang seribu kali sayang....Melainkan PW1 Kanang, cerita pahlawan-pahlawan dalam kata erti sebenarnya (wira sukan?), tidak difilemkan. Kalau 'mat saleh', dah lama mereka ini dapat publicity meluas di seluruh dunia dalam bentuk filem. Kebanyakan kita pun terpengaruhlah dengan kehebatan askar orang putih ni. Sungguh sedih sekali!

Sekiranya ada penerbit filem membaca blog ini, apa kata anda terbitkan filem tentang kesemua pahlawan-pahlawan negara ini? Anda boleh menerbit berpuluh episod dan saya yakin ATM dan agensi penyiaran sudah pasti akan memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan pembikinan filem dan menyiarkannya nanti, insyaAllah.

Lt Kol Basri Omar....Terima kasih.

Rabu, 13 Julai 2011

Di Manakah Mereka Sekarang!!

Saya sungguh teruja apabila menerima panggilan telefon daripada salah seorang anggota saya ketika saya menjadi Pegawai Gaji 7 RAMD pada 1 Jan 1971 - 2  Jun 1973. Semenjak keluar daripada unit  tersebut untuk mengikuti kursus penerbangan dan seterusnya berhijrah ke TUDM sehingga tamat perkhidmatan, saya tidak pernah bertemu dengan mantan staf saya di suatu ketika dulu.

Koperal Wan Abdul Rahman sekarang ini tinggal di Rancangan Felda Sg Koyan, Raub. Beliau telah menghubungi saya setelah membaca akhbar 'Kosmo' yang memaparkan cerita saya. Justeru, beliau telah menghantar gambar berikut:
Duduk: Dari kiri - Sjn Saharudin, Lt Nor Ibrahim, Kpl Wan Abdul Rahman
Berdiri: Dari kiri -  L/Kpl Darus, L/Kpl Halim, Kpl Kamaruddin, arwah Kpl Ismail
Hadapan Pejabat Gaji 7 RAMD, Pengkalan Chepa, Kelantan

Skot saya pula, Lt Kol Robert Rizal Abdullah (B), menghantar gambar yang ditangkapnya ketika 'Ops Cahaya Bena' 1976. Gambar menunjukkan sebuah Nuri terbang rendah dalam kawasan Thailand.
Tanpa berbaju ialah Kapt Zainuddin, 3 Meriam, selaku FOO

Beliau menceritakan 'reunion' yang dihadiri baru-baru ini di Sungai Petani. Selepas 25 tahun, beliau bertemu semula dengan anggotanya yang terkena jerangkap samar dalam operasi tersebut. Kisahnya boleh dibaca di sini.

Di manakah mereka sekarang!!

Lt Kol Rizal & Kpl Wan Abdul Rahman....Terima kasih.

Isnin, 11 Julai 2011

Penerbangan Terakhir Dari Saigon

Jatuhnya Saigon (Ho Chi Minh City)....

Pelarian menaiki helikopter di 'LP' atas bumbung Kedutaan AS

Bagaimana pula warga Malaysia yang berada di Vietnam Selatan ketika itu, termasuk Kol Borhan Hj Ahmad (xPAT)? Siapa yang dipertanggungjawabkan untuk membawa mereka kembali ke Malaysia?  

Tugas ini dipikul oleh No 4 Skuadron, TUDM Kuala Lumpur. 2 buah pesawat Dart Herald telah ditugaskan untuk melaksanakan misi ini: hanya sebuah pesawat sahaja yang terbang ke Saigon manakala sebuah lagi 'stand-by' di Kota Bahru untuk mengambil alih pesawat yang berada di Saigon sekira pesawat tersebut mengalami kerosakan. Ikutilah kisah penerbangan terakhir bagi pesawat TUDM ke Saigon sebelum bertukar nama kepada Ho Chi Minh City sepertimana yang tercatat dalam majalah 'Perajurit' keluaran Julai 2011....


Satu bahan sejarah untuk TUDM.

Terkini....Saya difahamkan bahawa ada pihak tertentu yang sedia menaja untuk menerbitkan buku tentang pengalaman-pengalaman wira-wira (bukan wira sukan) seperti yang  diceritakan oleh Mejar Dato' Salehuddin - "SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN". Pihak tersebut mencadangkan biarlah ada cerita sekurang-kurangnya 4-5 wira. Saya pasti ramai di luar sana ada banyak cerita yang menarik untuk dikongsi bersama. Apa kata anda ceritakan kisah yang tak didendangkan itu supaya dapat diabadikan dalam sebuah buku. Sekurang-kurangnya generasi akan datang mengetahui tentang pengorbanan para veteran di suatu ketika dulu. E-melkan kepada saya, kalau ada gambar, rajah, dll, lagi baik.

Sabtu, 9 Julai 2011

Bantulah....

Para Pembaca...Huloq-huloglah! 

Mohd Sabri Yusoff
Mari Beramal, Mari Berdoa...
Salam semua
Salah seorang sahabat kita, 715141 PW LAMRI BIN HASSAN (AA) TTP:18 Mac 2010
Alamat Rumah: No.11A, Jalan SP 2/1, Seri Peristana, 47000 Sg Buloh, Selangor
No.Akaun Maybank: 114-020-634-019
HP: 012-6071910

sedang diuji dengan sangat hebat
anak kesayangan beliau (perempuan) disahkan mengalami barah otak
sudah dibedah, sekarang memerlukan penjagaan rapi dirumah disamping kimotherapy secara berkala...juga ada mendapat bantuan berupa katil khas dan kerusi roda dari beberapa NGO yg prihatin......

Kos yang terbesar sedang diharungi ialah bagi penyediaan Lampin Pakaibuang dan Susu Khas...khabarnya JHEV tiada peruntukkan untuk perkara ini kerana lampin Pakaibuang dan Susu Khas tidak dikategorikan sebagai peralatan/ubat-ubatan.

Marilah kita bersama-sama membantu beliau sekeluarga, mudah-mudahan segala amal bakti kita mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT...Segala sumbangan mahupun lawatan didahului dengan ucapan jutaan terimakasih
Shahrin Osman08 July 14:39
Mohd Sabri Yusoff
Mari Beramal, Mari Berdoa...
Salam semua
Salah seorang sahabat kita, 715141 PW LAMRI BIN HASSAN (AA) TTP:18 Mac 2010
Alamat Rumah: No.11A, Jalan SP 2/1, Seri Peristana, 47000 Sg Buloh, Selangor
No.Akaun Maybank: 114-020-634-019
HP: 012-6071910

sedang diuji dengan sangat hebat
anak kesayangan beliau (perempuan) disahkan mengalami barah otak
sudah dibedah, sekarang memerlukan penjagaan rapi dirumah disamping kimotherapy secara berkala...juga ada mendapat bantuan berupa katil khas dan kerusi roda dari beberapa NGO yg prihatin......

Kos yang terbesar sedang diharungi ialah bagi penyediaan Lampin Pakaibuang dan Susu Khas...khabarnya JHEV tiada peruntukkan untuk perkara ini kerana lampin Pakaibuang dan Susu Khas tidak dikategorikan sebagai peralatan/ubat-ubatan.

Marilah kita bersama-sama membantu beliau sekeluarga, mudah-mudahan segala amal bakti kita mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT...Segala sumbangan mahupun lawatan didahului dengan ucapan jutaan terimakasih

Jumaat, 8 Julai 2011

SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN - BHG 7

Sambungan daripada coretan ini...

Pada bulan Disember 1973, saya menerima berita yang tak menyenangkan saya bahawa permohonan pertukaran saya ke Kor Risik Angkatan Tentera telah ditolak. Saya berasa amat kecewa oleh kerana saya telah menaikkan nama Angkatan Tentera Cawangan Khas (MISB) atau pun Kor Risik amnya namun permohonan saya ditolak begitu sahaja. Dengan latar belakang saya yang begitu luas dalam bidang perisikan, namun ianya agak rugi bagi Angkatan Tentera Malaysia tidak menerima saya sebagai salah saorang anggotanya. Saya telah ditawarkan untuk memasuki Polis DiRaja Malaysia cawangan Special Branch tetapi saya menolakanya oleh sebab saya amat mencintai Angkatan Tentera Malaysia. Saya menerima satu arahan baru yang mana saya akan dikembalikan ke pasukan baru saya, Rejimen Kedua Peninjau, mulai 1 January 1974. Saya dibenarkan balik bercuti selama 14 hari sebelum melapurkan diri ke pasukan.

Saya melapurkan diri ke Pegawai Pemerintah Rejimen 2 Peninjau Diraja, Lt Colonel Mohamed Jusuh (Brigadier General Mohamad Jusuh). Alangkah terperanjat dan malangnya saya ditempatkan A Skuadron 2 Peninjau, Sibu, Bahagian Ketiga Sarawak sekali lagi sebagai Penolong Ketua Skuadron. Sepanjang perkhidmatan saya didalam Angkatan Tentera Malaysia ini, boleh dikatakan ¾ nya saya ditugaskan di bumi Sarawak. Ada setengah kawan-kawan saya pernah berkata bahawa saya haruslah memohon kerayaatan Sarawak. Semasa itu, Ketua Skuadron ialah Major Andrew Ong Eng Ching. Saya bersama A Skuaderon di Sibu tidaklah begitu lama. Saya berada di Sibu selama 6 bulan sahaja. Selepas itu, A Skuadron kembali ke Semenanjung menaiki kapal 'Kota Raja' dari Sibu ke Pelabuhan Kelang dan terus ke Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Semasa di Rejimen 2 Peninjau DiRaja, saya sempat membuat operasi di Batu Melintang, Tanah Merah, Kelantan, Raub, Bentong, Karak dan juga Operasi Banjir di sekitar Daerah Pekan, Pahang. Semasa di Rejimen 2 Peninjau Diraja, saya telah dihantar berkursus di 10 Rejimen Latih Jurutera di Kluang Johor untuk Kursus Jerangkap Samar dan Periok Api pada 27 April 1975 hingga 10 Mei 1975. Kemudian saya dikehendaki menghadiri khusus di Pusat Latihan Darat pada 26 Mei 1975 sehingga 22 July 1975 untuk Muslihat Pegawai Rendah.

Selepas itu, saya dihantar untuk menghadiri khusus Pegawai Tugas Turus Tadbir di Latehan Tentera Darat, (LATEDA) Port Dickson, Negeri Sembilan dari 11 Mac 1977 hingga 15 Jun 1977. Saya telah dicalunkan untuk menghadiri kursus di Royal Australian Armoured Corp daripada 13 November 1978 sehingga 8 Disember 1978.

Pada January 1979, saya telah ditukarkan ke Bahagian Naziran, Angkatan Tentera Malayia, Kementrian Pertahanan. Semasa di sini, saya telah dihantar berkursus di Pusat Latihan Darat (PULADA) pada 21 Julai 1980 sehingga 13 September 1980 untuk menghadiri kursus All Arms Tactic Course. Pada Disember 1980, saya telah diarahkan untuk menghadiri kursus di Armed Forces of Philippines, Command and General Staff College, Makati, Metro Manila, Philipines selama 1 tahun mulai Disember 1980 hingga Disember 1981. Di Manila, saya sempat menghadiri kursus pentadbiran di Asian Institute of Management dengan kelulusan Masters in Business Management (MBA). Sekembalinya saya dari Manila, Philippines, saya telah ditukarkan sebagai Pegawai Turus Dua, Departmen Tentera Darat, Bahagian Alat, Kementerian Pertahanan.

Pada 22 Disember 1983, saya meletakan surat perberhentian sebagai anggota tentera di atas nasihat Pegawai Perubatan oleh kerana trauma saya alami semasa pertempuran masih lagi bermain di dalam diri saya. Saya diberhentikan berpencen oleh kerana sebab-sebab kesihatan (on medical ground). Sementelah itu juga, saya berasa kecewa yang saya tidak diterima untuk memasuki Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia. Kalau saya masih berada dalam Angkatan Tentera Malaysia ketika itu, saya tak mungkin dinaikan pangkat yang lebih tinggi oleh kerana Kor Peninjau DiRaja semasa itu amat 'saturated'. 

Saya tidaklah menyesal meninggalkan Angkatan Tentera Malaysia oleh kerana Angkatan Tentera Malaysia telah mengajar saya selama 18 tahun untuk menjadi apa yang ada pada diri saya sekarang ini. Angkatan Tentera Malaysia telah mengajar saya serba sedikit supaya menjadi seorang yang berprinsip tinggi, bertanggungjawab dan bersedia menerima risiko dari semua tindakan yang saya lakukan. Saya juga tidak keberatan menentang penyelewengan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh sesiapa pun secara terbuka demi untuk menegakkan kebenaran serta prinsip hidup saya.
TERIMA KASIH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Saya telah menyaran kepada 'skot' saya ini agar beliau menyakinkan Kapt Hamid SP supaya menulis ceritanya. Memang benar kisah  tersebut boleh dibaca dalam buku tulisan Lt Kol Dr Syed Othman (B) tetapi lebih bermakna sekiranya tuan empunya badan menceritakannya. Sekiranya beliau (Kapt Hamid) bersedia menyambut saranan ini, lengkaplah kisah Mejar Dato' Salehuddin. 

Mej Dato' Salehuddin....Terima kasih.

Khamis, 7 Julai 2011

SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN - BHG 6

Sambungan daripada coretan ini.... 

Semasa di Lundu, saya mendapat berita yang mana seorang ‘informer’ saya bernama Wwwww telah dibunuh oleh pengganas komunis dan mayatnya digantung di atas pokok yang berhampiran dengan kampung beliau, Kampong Serayan. Saya dengan anggota PKPT yang ada, telah pergi ke tempat kejadian. Setelah saya melihat mayat yang tergantung pada sabatang pokok, saya juga jumpa satu surat yang mengatakan ‘anjing kerajaan haruslah dibunuh’. Keluarga Wwwww bersama orang kampung mengambil mayatnya dan dikebumikan secara Christian. Saya pun bermalam di kawasan hutan sekitar tempat mayat Wwwww dijumpa. Pada tengah malam, saya kedengaran bunyi bayi menangis dengan kuatnya. Saya dikejutkan oleh Cpl Jaafar ‘Bond’ supaya mendengarkanya sendiri. Saya tidak berbuat apa-apa malam itu. Lama kelamaan bunyi tersebut telah senyap. Kami ingat bunyi itu adalah bunyi hantu atau pun jembalang oleh kerana kubur orang iban ada berdekatan.

Pada keesokan harinya, saya pergi mencari apa-apa maklumat yang bolih saya perolihi dan kami bermalam di tempat yang sama juga. Saya dan Cpl Jaafar ‘Bond’ dan Tpr Kasmo pergi arah ke tempat yang kami kedengaran bunyi bayi malam tadi. Malangnya tiada apa-apa kesan yang kami perolehi. Pada malam hari kedua, saya terdengar bunyi bayi menangis lagi. Kali ini bunyi tersebut agak jauh sedikit tetapi diherning malam, bunyi tersebut macam di sebelah khemah saja. Saya dan Cpl Jaafar, Trp Kasmo dan Tpr Jali memberanikan diri untuk ke tempat bunyi bayi tersebut. Setelah lebih kurang 45 minit berjalan, saya ketemu bayi lelaki yang berbungkus dengan kain hitam di pangkal pokok. Muka bayi tersebut penuh dengan gigitan nyamuk. Saya pun terus mengambil bayi tersebut dan dibawa ke tempat kami bermalam. Keesokan harinya, saya membawa bayi tersebut ke Lundu. Saya namakan bayi tersebut Ali Marcup. Nama ini saya ambil sempena satu operasi khusus di persekitaran Titiakar/Biawak yang dinamakan 'Operasi Marcup'.

Oleh kerana saya tidak mampu untuk menjaga bayi tersebut, saya telah menyserahkannya  kepada pihak berkuasa untuk tindakan mereka selanjtunya. 

Setelah surat yang saya jumpai telah diterjemahkan dengan teliti, saya terus merancangkan satu operasi sulit di sekitar Gunung Pueh berhampiran dengan kem pengganas komunis yang jumpai itu. Di dalam surat tersebut, ada menyatakan satu kumpulan pengganas komunis akan kembali ke kem mereka dan sebelum itu mereka hendak mengambil atau membaca surat di dalam satu DLB (Dead Letter Box) di Ulu Sungai Perunggang, iaitu di lereng Gunung Pueh yang telah ditetapkan. Saya juga telah mendapat maklumat dari SEP yang mana kumpulan yang akan kembali ini baru saja mendapat latihan di sekitar Serian.

Memandangkan semasa itu saya hanya mempunyai 6 orang anggota sahaja  termasuk seorang SEP yang baru saja menyerah beberapa hari yang lampau, bantuan anggota tambahan adalah sangat-sangat diperlukan. Saya telah pergi berjumpa dengan arwah Lt Col Sabaruddin Sulaiman, Pemerintah Batalion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja, dan beliau berkata yang beliau tidak dapat membantu saya langsung untuk mendapatkan anggota tambahan. Yang ada di dalam kem semasa itu hanyalah ‘bottle washers’ sahaja. Kalau saya hendak yang itu, bolehlah dia beri. Saya ada mengatakan kepada Lt Col Sabaruddin bahawa ‘bottle washer’s’ adalah tentera juga. 

Saya mengatakan yang Captain Hamid Awang ada dan dia boleh membantu saya dalam operasi ini. Lt Col Sabaruddin Sulaiman berkata bahawa Captain Hamid Awang tidak boleh digunakan oleh kerana sebab-sebab tertentu. Saya merayu untuk mendapatkan seorang pegawai, iaitu Captain Hamid Awang, dan 10 anggota lain-lain pangkat. Captain Hamid Awang pada tiap-tiap pagi dan petang merayu semasa bertandang di rumah saya yang beliau ingin menceburi/mengikuti bersama di dalam mana-mana operasi sulit yang saya laksanakan. Lama-kelamaan, Lt Col Sabaruddin membenarkan Captain Hamid Awang turut di dalam operasi yang saya rancangkan ini dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Setelah kebenaran diperolehi, pada jam 1000, 6 April 1973, saya memberi taklimat kepada kesemua anggota-anggota yang akan mengambil bahagian di dalam operasi ini. Saya telah membahagikan semua anggota kepada 3 kumpulan kesemuanya. Captain Hamid Awang dan kumpulanya sebagai ‘cut-off’ party pertama. Sgt Major Shaik Ismail bin Mohd Shariff sebagai ‘cut-off’ party kedua dan saya bersama dengan angota anggota PKPT dan seorang SEP akan menjadi ‘killer group’.

Saya dan anggota PKPT meninggalkan Lundu pada jam 0300 pagi, 7 April 1973, menuruti jalan Lundu/Biawak. Kesemua anggota-anggota diturunkan di Kampong Serayan dan masuk ke sebelah kiri merentasi kampung berkenaan dan kemudian meneruskan perjalanan menuju ke kaki Gunung Pueh. Sebagaimana yang telah dirancangkan, anggota kumpulan berpecah kepada tiga kumpulan buat beberapa ketika dan setiap kumpulan telah membawa anggota masing-masing ke destinasi yang telah saya tetapkan. Setelah kesemua kumpulan  mengambil tempat masing-masing, saya pun menunggu di tempat untuk membuat tindakan selanjutnya. (Anggota PKPT yang terdiri daripada anggota komando bersiap sedia untuk bergerak ke Gunung Pueh). 

Pada jam 1740, saya terdengar bunyi tembakan pertempuran yang agak lama juga. Saya menyuruh Tpr Kasmo menghubungi Capt Hamid Awang tetapi tidak berjawab. Selepas itu, saya kedengaran yang Captain Hamid Awang di udara meminta bantuan. Saya dan semua anggota PKPT turun menuju ke tempat Captain Hamid Awang tadi. Di situ saya ternampak tiga mayat pengganas komunis dan satu mayat anggota tentera. Saya terus memeriksa kesemua beg galas tiga mayat pengganas komunis dan mengambil kesemua senjata. Semasa itu juga saya meneliti dan mencari butiran maklumat untuk tindakan saya selanjutnya.

'Victory Camp' di atas Gunung Pueh

Pada keesokan harinya, saya dan anggota PKPT serta anggota Batilion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja, keluar berjalan kaki membawa mayat anggota Batalion 2 RAMD dan kesemua mayat pengganas komunis. Captain Hamid Awang telah diarah oleh Lt Col Sabaruddin Sulaiman untuk meneruskan operasi tersebut. Sampai sahaja saya di Lundu, saya serahkan ketiga-tiga mayat pengganas komunis, senjata, peluru dan alat letupan kepada Officer Incharge of Station Inspector Chen Yew Tzen (Deputy Supritendent of Police Chen Yew Tzen). Semua dokumen-dokumen saya hantar ke District Sepecial Branch Officer, First Division, Kuching, Deputy Supritendant Police Nafri Junaidi. Saya membuat satu lapuran secara bertulis kepada Military Intelligent Officer Sarawak, Major Maulub Maamin. 

Captain Hamid bin Awang telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan anggota beliau,  Koperal Taib bin Tawal, pula dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani.

Saya telah melaksanakan satu misi yang sebegitu penting dan tinggi risikonya yang jelas telah melambangkan kesedian saya untuk berkorban apa saja demi agama, bangsa dan tanah air ini. Kejayaan saya menjadi pemimpin sekumpulan bekas pengganas komunis melaksanakan misi menangkap atau pun membunuh orang yang mereka sanjungi dan hormati juga jelas melambangkan sifat kepimpinan serta semangat yang kental lagi unggul. Oleh sebab sifat kepahlawanan saya yang begitu tabah menempuh dugaan, keberanian yang luar biasa serta kesediaan untuk bertindak dengan menghadapi risiko yang begitu tinggi tanpa mengira keselamatan diri saya, kesemua misi yang saya laksanakan berkesudahan dengan jayanya. Saya telah disokong oleh pihak atasan dan diperkenan pula oleh Duli Yang Maha Muli Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, untuk di anugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) pada 6 Jun 1973. Saya menerima pengurniaan tersebut sempena penganugerahan Panji-Panji kepada Batalion ke 9, Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 22 Mac 1975 di Padang Kawad, Sungai Besi, Selangor Darul Ehsan.
Bersambung....

Isnin, 4 Julai 2011

SEORANG PAHLAWAN YANG LUPUT DIMAKAN ZAMAN - BHG 5

Sambungan daripada coretan ini... 

Setelah hari siang, saya terus berjalan pergi ke Balai Polis Engkelili untuk menghubungi Balai Polis Semanggang, mendiang Deputy Superintendent Polis Bobby Ong Yon Chuan bagi memaklumkan kejayaan yang telah dicapai disamping meminta beliau menghantar Prebet Omar, pemandu MIO, untuk mengambil kami kembali ke Semanggang. Setibanya kami di Balai Polis  Semanggang, saya terus menyerahkan kesemua SDO, SEP dan senjata serta peluru kepada DSBO, DSP Bobby Ong Yon Chuan. 
Sebagaimana yang dirancangkan, saya terus bergerak menuju ke Kem Wongpadong untuk untuk membawa masuk anggota-anggota daripada Batalion keEmpat (4)  Rejimen Renjer  dibawah pimpinan Lt Col Anthony Silva (Lt Col Dato Anthony Silva) ke tempat kejadian untuk membawa mayat-mayat pengganas komunis yang telah berjaya saya bunuh. Batalion KeEmpat Rejimen Renjer ketika itu memberi saya anggota kekuatan satu Kompeni di bawah pimpinan Major Hafifi sebagai ‘show of force’. 
                                                                                                                                         
"Orang ramai..", ujar Lt Gen Dato Maulub Maamin, "...sehingga kini masih tidak mengetahui cerita sebenarnya disebalik pembunuhan Commander Fam Tze Heong dan Comrade Hoi Yin kerana kematian mereka tidak pernah dihubungkait dengan Major Dato Salehuddin Abd Muttalib dan kumpulannya. Ini oleh kerana Operasi Teliti 2 adalah Operasi yang bertaraf ‘Rahsia Besar’ yang mana orang-orang yang berkenaan saja mengetahuinya. Berita yang disiarkan melalui akhbar dan media electronic sebagai tindakan yang telah dilakukan oleh anggota-anggota Batalion ke 4 Renjer Rejimen dalam operasi biasa mereka. Di dalam akhbar yang disiarkan, musuh yang ditembak mati ialah 4 orang kesemuanya." (Petikan buku "Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia" Jilid 1 oleh Lt Kol Dr Syed Othman (B)).

Sejurus selepas itu, saya dikehendaki kembali ke Lundu, Bahagian Pertama, kerana dikhuatiri dikenali oleh penduduk tempatan. Selain itu, pertukaran saya ke Lundu juga mungkin disebabkan pada ketika itu kegiatan pengganas komunis di Lundu cukup aktif. Segerombolan pengganas komunis telah menyerang hendap Batalion 7 Renjer Rejimen dan 15 anggotanya telah terkorban di Jalan Biawak/Titiakar/Lundu. Di Lundu, saya dapat bantuan daripada anggota Gerak Khas yang ditumpangkan ke ATCK (mereka dikenali sebagai unit tempur Pasukan Khas Perisikan Tempur) untuk membantu saya mencari maklumat medan dan juga memusnah musuh-musuh. Pasukan ini diberi nama Pasukan Khas Perisikan Tempur. Anggota- anggota yang ditumpangkan kepada saya terdiri daripada:-

1.       Cpl Jaafar (Bond).
2.       Cpl Suki.
3.       Tpr Muit Ahmad (PGB)
4.       Tpr Kasmo Signaler.
5.       Tpr Jali.
6.       Tpr Alino (Penyanyi ala Negeri Sembilan)
7.       Tpr Jubri.

Saya juga mempunyai anggota-anggota Perisikan Medan sendiri, terdiri daripada:-
1.       Sgt Asun.
2.       Cpl Hamdan Edi.
3.       Cpl Hendry Ajun.
4.       Cpl Hadi.

Kami ditempatkan di sebuah rumah di luar kawasan Kem Tentera di Lundu. Dibawah pentadbiran saya, Special Branch telah menempatkan 2 anggota seperti berikut:- 

1.       Cpl Anthony Sim.
2.       MM Ayub.

Semasa di Lundu, Batalion ke Tujuh Renjer Rejimen membuat ‘follow-up’ setelah anggota mereka dibunuh untuk menjejak saki-baki pengganas di sekitar kawasan tersebut. Satu pasukan dibawah Captain Ropee Adnan dapat menjejak pengganas komunis hingga terjadi satu pertempuran yang mana seorang pengganas komunis bernama Lee Chi (Rakyat Indonesia) telah ditembak mati. Banyak maklumat-maklumat penting diperolehi dalam beg galasnya. Dari situ, saya mendapat maklumat bahawa pengganas komunis ini berada di kem yang begitu padat dengan lubang panji (highly protected). Kem tersebut telah dinamakan ‘Victory Camp’ (nama diambil sempena kejayaan pengganas komunis membuat serang hendap keatas anggota Batalion Ketujuh Renjer Rejimen) berada Gunung Pueh, di sempadan Indonesia/Sarawak dan lebih kurang 60-70 pengganas komunis berada di sana. 

Semasa itu juga, seorang pengganas komunis telah pun menyerah diri kepada orang kampung di kawasan Titiakar.  Satu operasi besar-besaran telah dilancarkan oleh Pasukan Gerak Khas bersama Cawangan Perisikan Tentera. Semasa operasi tersebut, kesemua pengganas komunis telah sempat lari keluar dari Victory Camp. Semasa serangan dibuat, Cpl Zuki telah terjatuh ke dalam lubang panji.

Setelah kem pengganas komunis ini ditawan, saya telah pergi mencari bahan bahan perisikan yang ditinggalkan oleh pengganas komunis ini. Pada keesokan harinya, jam 0630 pagi, saya telah dengar satu bunyi tembakan di bawah Victory Camp berhampiran dengan satu anak sungai yang tidak jauh dari kem tersebut. Oleh kerana kami berada diatas bukit yang tinggi dan tiada punca air,  Sgt Hamzah telah diarah untuk mengambil air selaku ketua ‘water party’. Beliau telah terdedah kepada serangan hendap musuh. Saya terdengar satu jeritan dari bawah mengatakan bahawa Sgt Hamzah telah ditembak mati oleh ‘snipper’. Ketua Terup telah mengarah satu ‘follow up’ dilaksanakan dengan segera. Saya tinggal di Victory Camp  untuk meminta bantuan helikopter supaya mengambil mayat  Sgt Hamzah.  

Cuaca ketika itu bekabus dan sukar untuk helikopter mendarat atau pun membuat ‘winching’. Saya berhubung dengan Major  Goh Seng Toh (Brig Gen Dato Goh) selaku BASO ( Brigade Air Support Officer) yang ditempatkan di Markas Briged supaya helikopter dihantar pada jam 1000 pagi apabila cuaca dan keadaan disekitar selamat. Saya masih ingat lagi pilot helikopter semasa itu ialah mendiang Capt Choo Yeok Boo (mendiang Kapt (U) Choo (kiri) bersama arwah Kapt (U) Mustaffa Kamal).  Kami tidak dapat membuat ‘LP’ oleh kerana kawasan bukit terlalu curam dan hutan di situ amatlah tebal sekali. Helikopter hanya berlegar-legar di udara menunggu arahan daripada saya untuk membuat satu approach yang selamat untuk menurunkan anggota serta anjing dan mengambil  bodevac (Sgt Hamzah) secara winching. 

Setelah kawasan untuk membuat winching disahkan selamat, barulah saya mengarahkan supaya process winching dilaksanakan dengan segera. Semasa itu juga, Brigadier General Hassan Saleh (Major General Dato Hassan Saleh), ketika itu menghantar satu ‘trecker dog’ team. Mereka turun dengan mengunakan ‘winching’ sahaja dan menaikkan mayat Sgt Hamzah melalui cara yang sama. Saya mencucapkan ribuan terima kasih kepada Major Goh (BASO) serta Capt Choo (pilot helikopter Nuri) yang bersusah payah untuk mengambil mayat Sgt Hamzah dan menurunkan tracker team demi membantu operasi menjejak musuh.

Semasa di dalam kem pengganas komunis ini, saya telah mendapat satu maklumat perisikan yang amat penting sekali. Saya menemui satu surat dalam bahasa Cina di dalam botol berbalut dengan plastic ditanam di dalam pangkal pokok yang condong melingtangi jalan masuk ke kem tersebut. Saya membawa surat tersebut kembali ke Lundu untuk mendapat penterjemahanya dengan teliti. Pada masa itu juga, Batalion 7 Rejimen Renjer Malaysia tamat tugas-tugas mereka selama 1 tahun di Daerah Lundu dan digantikan oleh Batalion 2 Askar Melayu DiRaja.

Bersambung....