Pengikut

Isnin, 28 November 2011

Sumbangan Kepada Wira-Wira?

Apabila membaca tulisan dalam 'BULETIN' Royal Kedah Club, saya terpanggil untuk menghantar e-mel berikut kepada Dato' SUK Negeri Kedah. Manalah tahu, kalau ada rezeki, tut...tut...terbuka hati mereka yang berkenaan meluluskan cadangan saya itu, insya-Allah.

From: nor ibrahim sulaiman
To: Dato' Rasli SUK Kedah
Cc: PBTM Kedah ; xsapper
Sent: Monday, 28 November 2011 1:39 PM
Subject: PENGIKTIRAFAN TERHADAP WIRA-WIRA NEGARA

Assalamualaikum Dato',

Dengan segala hormatnya, saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kekaguman saya di atas keprihatinan negeri Kedah terhadap rakyatnya yang berpendapatan rendah. Ini terbukti apabila kerajaan negeri telah memberi sumbangan kepada kedi-kedi Kelab Kedah Diraja seperti yang disiarkan dalam 'BULETIN' Royal Kedah Club, isu Oktober 2011. Untuk itu....SYABAS.

Di sini, saya ingin mencadangkan agar bantuan tersebut dipanjangkan kepada para veteran Pasukan Kesalamatan - ATM & PDRM - yang bermustautin di Kedah, khususnya mereka yang cacat anggota tubuh badan ketika menentang pengganas komunis di era insurgensi dan juga para penerima pingat Kepujian Perutusan Keberanian (KPK).Sepertimana yang Dato' sedia maklum, penerima KPK terkecuali daripada menerima Elaun Kenangan yang dinikmati oleh penerima SP, PGB, JPP & PTU walaupun ia tergolong dalam kategori 'Anugerah Perkasa' Persekutuan. Sekiranya cadangan ini menjadi kenyataan, ia mencerminkan penghargaan negeri kepada wira-wira tersebut.  

Selain pengiktirafan, sumbangan ini mungkin sedikit-sebanyak dapat membantu mereka yang menghadapi  kesempitan kewangan dalam mengharungi kehidupan seharian. Ramai daripada wira-wira yang tidak didendang ini tidak berpencen dan kecacatan anggota badan serta tahap kesihatan juga menjadi faktor utama mereka tidak berupaya mencari nafkah. Apa jua jumlah sumbangan sudah pasti memberi makna kepada mereka. Saya boleh bayangkan kegembiraan yang terpancar di wajah mereka ketika disorong dengan kerusi roda atau dibantu  topang ketiak ketika nama diumumkan untuk menerima sumbangan tersebut!! Sudah pasti Hari Pahlawan setiap 31 Julai menjadi tarikh keramat yang sentiasa dinantikan oleh mereka. 

Saya tidak pasti jumlah mereka yang terlibat di negeri Kedah. Mungkin cawangan persatuan-persatuan terbabit di Kedah, seperti PBTM, Yayasan Komando Malaysia, Pertubuhan Xsappers Wilayah Utara, dan lain-lain, boleh membantu bagi mendapatkan butir-butir mereka yang layak.

Sekiranya sumbangan yang dicadangkan ini sudah dan akan terus dilaksanakan, sekali lagi saya ucapkan SYABAS DAN TERIMA KASIH. Jika sebaliknya, adalah menjadi harapan saya agar Dato' memberi pertimbangan sewajarnya.

Akhir kata, kerjasama Dato' sangat dihargai. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Apakah keberangkalian saya akan terima sebarang respons? Tiada jawapan kerana saya sudah 'masak' dengan telatah segelintir agensi kerajaan. Pokoknya....Sekurang-kurangnya saya telah mencuba, Wallahualam.

Jumaat, 25 November 2011

'LEGACY OF HEROES'

Sapa pula yang telefon ni! Pada 23/11 jam lebih kurang 1250, saya terima satu 'miss call' daripada 03-62013150,  nombor yang tiada ada dalam directory 'contacts'. Jawabnya, saya pun daillah nombor tersebut. Saya memang tak kenal sipenerima atau syarikat tersebut - Rajawali Aerospace Sdn Bhd. Menurut sipenerima, bos beliau mahu berbicara dengan saya. Siapa? Jawabnya ...Brig Jen Dato' Richard Robless. Sudah pasti saya mengenali beliau...Bos saya ketika beliau menjawat KESEK (Ketua Sekriteriat), DTU. Saya pula ketika itu PT2 Sek2. Tugas utama saya ialah menjadi setiausaha kepada Jawatankuasa Panglima Tentera Udara.

Ha...macam mana 'out of the blues' xbos nak cakap dengan saya? Apabila dihubungkan kepada beliau, Dato' menjemput saya ke upacara 'LEGACY OF HEROES' bermula pada 12/12/2011 di Air Movement, TUDM Kuala Lumpur.  Aturcara adalah seperti berikut...


Menurutnya,  beliau menjemput para xkrew Nuri seramai mungkin bagi menjayakan acara tersebut. Wow...kami HEROES!! Kalau tiada aral melintang, saya akan pergi, Insya-Allah. Saya anggapkan ini sebagai 'reunion' dan sungguh berharap ramai veteran akan hadir.

Sebentar tadi terima panggilan daripada Lt Kol Frank Chong TUDM (B) yang memaklumkan, tarikh untuk 'old heroes'  hadir ialah 14/12 dan telah disahkan oleh staf Rajawali Aerospace.

Dato' Richard....Terima kasih.

Rabu, 23 November 2011

Diterbit Semula?

Sepertimana yang saya nyatakan di  sini,  saya bersyukur kerana buku 'Limited Edition' telah habis dijual. Tapi saya sedih kerana terpaksa mengucap sayonara kepada "Coretan Xnuripilot". Dan, turut berasa kecewa kerana pembacanya juga terhad. Mana tidaknya, selain pembaca yang membeli terus daripada saya, berapa ramai yang minat membacanya di Perpustakaan Awam? Saya memang mimpikan agar buku tersebut dijual di gedung-gedung buku. Tapi, itu bukan satu perkara yang mudah untuk penerbit persendirian...percayalah!

Faktor utama membantutkan keinginan ini ialah RM...Biasalah tu! Namun demikian, andaikan  ongkos bukanlah satu masalah untuk mejar pencen ini, saya tak nampak jalan bagaimana buku-buku tersebut boleh diedar di kedai-kedai buku seluruh negara. Bagi melaksanakan impian ini, saya memerlukan penerbit yang berwibawa. Jadi, cubalah nasib dengan menghubungi Dewan Bahasa & Pustaka bertanyakan sama ada mereka mempunyai dasar menerbitkan buku yang telah diterbitkan oleh penerbit persendirian seperti saya. Maka, melayanglah surat berikut kepada KP DBP.....

Ingatkan habis begitu sajalah. Ketika sedang tarik troli pada pada 22/11/2011 jam 0805, tut...tut...saya terima panggilan telefon daripada DBP memohon saya hantarkan satu naskah buku bagi mereka 'mengkaji' kesesuainya untuk diterbitkan oleh mereka. Jawabnya, lepas 9-lubang saja, bergegaslah saya ke pos laju untuk pos xpreskan buku itu. Apa keputusannya nanti...Wallahualam.

Jujur dikatakan, saya agak pesimistik akan keputusan yang saya akan dimaklumkan nanti. Sebabnya? Kan ke DBP diamanahkan oleh gomen untuk mendaulatkan Bahasa Melayu. Mana ada DBP menerbitkan buku yang gaya penulisan 'talking writing' dan bahasanya pula lebih daripada rojak buah! Agaknya mereka yang terbabit di DBP mengeleng kepala membaca buku saya tu...Eh...Eh...Eh.

Apa pun, saya sentiasa bersyukur kerana, sekurang-kurangnya, saya telah mencuba. Kalau ada rezeki....Alhamdulillah.

Ahad, 20 November 2011

Putaran Kehidupan

Satu putaran kehidupan! Berbelanjalah berpuluh-puluh RM untuk mengekalkan 'kemudaan' bagi menyekat kemaraan 'ketuaan'....suntiklah tok segala botox. Tapi, mana boleh melawan kekuasaan-Nya. Terima sajalah hakikat. Tidak kira sesiapa pun, baik apa jua status atau darjat, dan sekiranya diberi keistimewaan untuk menikmati kehidupan agak lama sedikit di muka bumi ini, TETAP tidak dapat lari dari proses penuaan.....

Dahulu....

Saya masih  didukung oleh mak
Sekarang.....

Lebih kurang 60 tahun kemudian (26/3/2011)

Persamaan....Anak-beranak mengalami 'osteoporosis'...

Mak di lutut. Dimasukkan ke Hospital Taiping (17/9/2011)

Saya pula di leher...'cervical spondylosis' (14/10/2011)

Awal 60'an....Arwah bapa bersama kakak-kakaknya di perkarangan rumah abang iparnya, arwah Wan Salaidin (WS), ketika itu Pegawai Daerah Dinding. Saya tiada dalam gambar mungkin pergi 'menyerangpang'  ketam bersama members di Telok Haji Salim agaknya...

Depan ~ Dari kiri: Muhayuddin, arwah Wan Mohamad WS, Ahmad Kamaruddin (adik), Wan Yaacob WS, arwah Wan Ibrahim WS, Wan Faezah, Thalasiah (adik)
Duduk ~ Dari kiri: Arwah Wan Hamaruddin, arwah Hariah, arwah Halimatun Saadiah, arwah Wan Salaidin 
Belakang ~ Dari kiri: Arwah Sulaiman (bapa), Wan Ismail Khairuddin, Wan Norniah WS, Rabaiah (kak), Uteh Mariah, Rahamah (mak), arwah Mohamad Hanafiah (dukung)

50+ tahun kemudian, 31 0gos 2011....

Dari kiri: Saya, Thalasiah, Mak, Rabaiah, Ahmad Kamaruddin
Berdiri ~ Dari kiri: Mariatul Haniza, Wahinuddin

Apa yang mampu saya nasihatkan hanyalah....Jaga kesihatan, banyak-banyak bersyukur terhadap nikmat-Nya dan bermohon untuk keredaan-Nya.

Wan Ismail Khairuddin...Terima kasih kerana sudi menghantar gambar-gambar yang membawa banyak kenangan.

Jumaat, 18 November 2011

Bila?

Alkisah, saya ada menerima panggilan daripada 2-3 rakan yang juga penerima PTU. Mereka bertanyakan bila pembayaran akan dibuat. Mentang-mentanglah saya yang memulakan isu ini, jadi saya juga yang dianggap penyelesai apa jua masalah yang timbul. Eh...Eh...Eh. Mana le saya nak tahu kerana siapalah si xnuripilot ini...kaki penyebuk saja! Pada saya, bila gomen nak bayar tak menjadi masalah. Lagi lama, lagi banyak tunggakan. Itu kata saya. Mereka pula kata...nanti gomen lupa. Kenalah saya terangkan yang gomen terpaksa meminda akta tertentu.

Apa pun, dah orang menaruh harapan, terpaksalah saya melayangkan emel berikut kepada pihak berwajib.

From: nor ibrahim sulaiman
To: Dato' Zahid Hamidi
Cc: KSU KEMENTAH ; Tan Sri PAT ; Dato' Shahrul Polisek ; PTU ; PTD ; khalid Ali ; Chong KL ; Md Som ; Capt Murad
Sent: Friday, 18 November 2011 11:13 AM
Subject: ELAUN KENANGAN


Assalamualaikum YB Dato',

Pelajar-pelajar sekolah sudah pun menerima RM100 sepertimana yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet baru-baru ini yang melibatkan sejumlah RM550 juta. Bilakah pula agaknya kami, seramai 123 penerima JPP & PTU, akan merima elaun perkara di atas yang telah diumumkan oleh PM pada 30 Julai 2011? Saya tidak mengetahui apa jua masalah yang dihadapi oleh pihak berwajib kerana semenjak pengumuman tersebut, saya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan dengan pembayaran elaun ini. Saya harap kami tidak akan melalui apa yang dialami oleh penerima-penerima SP & PGB ketika kadar baru diumumkan pada 31 Julai 2009. Saya difahamkan salah seorang penerima PGB tidak sempat menikmati elaun RM1500 kerana arwah telah meninggal dunia sebelum pembayaran dibuat. Mereka menerimanya 10 bulan dari tarikh pengumuman. 

Pertimbangan Dato' agar menyegerakan pembayaran ini sangat dihargai. Terima kasih.

RAKYAT DIDAHULUKAN....PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Sama ada pihak berwajib akan memberi sebarang respons...Wallahualam.

Isnin, 14 November 2011

...إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

14 November 2011....Jam 0041. Saya terbangun daripada tidur apabila mendengar lagu "My Way" telefon bimbit saya. Saya kenal pemanggil tapi bukan dia yang menelefon. 'Assalamualaikum mejar. Saya anak Sayed Mahadzir. Bapa dah tiada lagi'. 'Bila arwah meninggal? tanya saya. 'Pagi tadi, jam 1100 ketika operation. Mak pesan untuk memaklumkan kepada mejar'....إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

11 November 2011....Jam 1152. Saya terima sms daripada arwah, Cikgu Sayed Mahadzir '...Assalamualaikum. Apa khabar kawan2. Moga dalam sihat walafiat. Alhamdulillah saya juga Insya Allah agar beransur sihat, walau pun terpaksa menjalani rawatan di Wad Kenanga 1, Tingkat 4 Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Masalah paru2. Tolong doakan saya agar cepat sembuh. Wassalam - SAYED MAHADZIR'.

Jam 1800...saya pun pergi le ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan terus ke Tingkat 4. Masalahnya, tiada Wad Kenanga 1. Yang ada ialah Kenanga 4A hingga 4C. Jadi, saya telefon beliau tapi tiada jawapan. Hantar sms pula. Beberapa minit kemudian, beliau telefon saya. Arwah bertanya saya berada di mana ketika itu. Jawapannya ialah berhampiran cafeteria. 'Saya di hospital Sg Petani, bukannya di Alor Setar'. Ya Allah...Apa dah jadi dengan saya ni kerana tak teliti semasa membaca sms beliau! Memang benar beliau sepatutnya dimasukkan ke HSB dari Kuala Nerang tetapi kerana ketiadaan pakar di hospital tersebut, beliau dihantar ke Sg Petani. Walaubagaimana pun, arwah sungguh gembira kerana saya 'cuba' menziarahnya.

Saya berjumpa arwah buat kali pertama dan terakhir pada 31 Julai 2011, jam 1848 di RTM Alor Setar. Kami terlibat dalam drama pendek dan arwah menemuramah saya tentang kemerdekaan. Arwah telah menulis skrip drama berkaitan kekejaman 'Bintang Tiga' di era Darurat dulu. 


Arwah Cikgu turut membeli buku 'Coretan Xnuripilot' malam itu. Komen beliau '...Saya sangat kagum. Ia mempunyai nilai sejarah yang sangat tinggi dan perlu diangkat untuk tatapan umum yang lebih luas. Apa lagi dalam keadaaan hari ada jiwa2 pengkhianat bangsa yang cuba menyanjung komunis dan menolak pejuang kemerdekaan seperti terdapat dalam Utusan hari ini. Malang sekali apabila kenyataan itu dibuat oleh tokoh pemimpin Melayu sendiri. Syabas Mejor! Saya yakin kandungannya boleh diadaptasi untuk dijadikan sebuah filem. Tahniah' (sms pada 27/8/2011 jam 1500).

No 1 dari kanan: Arwah Cikgu Sayed Mahadzir - 31 Julai 2011

Pada 31 Ogos, arwah menghantar sms '...drama pendek Jangan Dok Tebeng akan disiarkan pada  jam 1600 di Radio Kedah'. Malangnya, saya tidak sempat mendengar drama tersebut kerana berada di Taiping sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Arwah Cikgu Sayed Mahadzir, 60, seorang penulis, ahli Persatuan Penulis dan Persatuan Sejarah Negeri Kedah, menamatkan kerjaya sebagai seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan Padang Senai. Kata-kata berangsang arwah, petikan sms  pada 27/8/2011 '...Namun Mejor jangan putus asa, usaha perlu diteruskan. Saya , Insya Allah, bersama Mejor. Akan mengambil kesempatan menyatakannya pada setiap ruang yang ada. Wassalam'. 

Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman...Al- Fatihah.

Jumaat, 11 November 2011

TAMAT

Syukur Alhamdulillah....Terjual juga 2000 naskah buku saya ini akhirnya! Sudah tentu saya banyak-banyak berterima kasih kepada para pembaca blog saya ini yang sentiasa memberi sokongan sehingga buku tersebut berjaya diterbitkan. Saya tabik spring kepada saya sendiri kerana berjaya menghadapi pelbagai halangan untuk menjadikan impian saya satu kenyataan....No joke man. Masuk bakul angkat sendiri...He...He...He!

Sesiapa yang berhasrat untuk menerbit buku secara 'solo', hubungilah 'Consultant' tak bertauliah ini  dan saya akan memberi pandangan seikhlas-ikhlasnya. Jangan risau, tiada sebarang fee dikenakan...FOC, insya-Allah. Apa yang dimaksudkan 'solo'? Sayalah penerbit, pengedit, pemasar, penyimpan kira-kira, runner/despatch, operator telefon, dan apa-apa yang anda boleh fikirkan. Kalau buku diterbitkan oleh pihak kedua, anda tidak akan menghadapi masalah ini semua. Anda hanya perlu menulis...hantar kepada penerbit. Dan mereka akan edit, cetak, lancar dan pasarkan. Lepas tu, tunggu dapat royalty.

Kalau saya seorang ternama atau bergelar, mungkin mudah sikit untuk melariskan jualan buku. Jika hanya seorang mejar pencen, bukan mudah! Memang benar ramai politikus dan pak-pak jeneral  menyarankan agar para veteran mendokumentasikan pengalaman sebelum menutup mata. Masalahnya, kebanyakan mereka 'cakap tak serupa bikin'.   Bayangkan, pelancaran buku saya oleh Menteri Pertahanan di KEMENTAH pada 2 Ogos 2011....hanya laku lebih kurang 25 buku sahaja! (Pak Menteri sendiri telah membeli 200 naskah pada 9 Mei....saya bulldozed my way ketika beliau tiba kat Hotel Sri Malaysia, Kangar. He...He....He). Semasa meraikan majlis Hari Raya Aidilfitri bersama warga 6 Briged dan penduduk di Sungai Petani, hanya senaskah saja yang laku! Itu pun dibeli oleh seorang isteri kepada seorang pegawai untuk dihadiahkan kepada suaminya.  Kos petrol dan tol pun lebih daripada harga buku...Kesian saya! Inilah alam kenyataan yang mungkin ramai yang tidak mengetahui dan mesti dihadapinya oleh penulis persendirian.

Saya bernasib baik juga kerana ulasan Dato' Zaini Hassan dalam kolum 'Cuit'nya di Utusan Malaysia, majalah 'Perajurit', surat KSN,  serta  program TV3 'Malaysia Hari Ini' banyak membantu.

Apa pun, saya bersyukur kerana Perpustakaan Awam (935 naskah), Perpustakaan ATM (70 naskah) dan unit-unit TUDM (TUDM memesan 100 naskah) telah memperolehi buku tersebut. Ada juga organisasi tertentu, seperti AIROD (mahukan 100 naskah tapi telah dihantar hanya 90 saja kerana ketiadaan stok), INTAN, Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negeri dan BTN turut membeli (bukan semua). Saya telah fak/emel kepada pelbagai agensi kerajaan; hampir 2 inci tebal file surat-menyurat. Ada yang memberi respons - positif & negatif (banyak yang negatif) - setelah saya menghubungi Ketua Jabatan itu sendiri. Kira-kira bertuah dapat bercakap dengan bos. Kebiasaannya hanya terhenti di tahap 'gate-keeper' sahaja. Kalau harapkan mereka respons kepada surat/emel tanpa disusuli dengan panggilan telefon, jawabnya tunggu saja le sehingga kucing bertanduk!

Kemungkinan besar saya tidak akan mencetak lagi buku ini melainkan ada permintaan dalam jumlah yang besar atau pun ada penaja yang sedia membiayai kos penerbitannya. Memadailah dengan 2000 naskah tersebut. Yang paling penting ialah ia memberi satu kepuasan kepada saya...A real achievement as far as I'm concerned.  
Sekarang bolehlah difikirkan buku kedua. Semuanya tertakluk jika ada sumbangan cerita daripada para veteran yang mahu pengalaman mereka diabadikan. Sebelum mengucapkan sayonara kepada "Coretan Xnuripilot", sekali lagi...TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.

Selasa, 8 November 2011

11 Zulhijjah 1432H

11 Zulhijjah 1432H=7 November 2011= Hari ke2 Hari Raya Aidiladha. Sepertimana yang dipraktikkan beberapa tahun terdahulu, Masjid Darulaman, jarak dari rumah saya = 'par 3' sahaja, telah melakukan majlis korban sebanyak 6 ekor lembu. Mengikut perancangan, lembu pertama disembelih pada jam 0800. Namun demikian, proses ini tergendala kerana seekor lembu telah cabut lari dan 'cowboys' terpaksa mencari sebelum berjaya menangkapnya semula. Hanya lebih kurang jam 1030 barulah bermulanya melapah lembu pertama.

Kerja-kerja melapah

Tut...Tut...Hujan turun dengan lebatnya

Syukur alhamdulillah, korban tahun ini selamat dilaksanakan walaupun rasa letih bebeno dibuatnya. Kalau dipanjangkan umur, tahun hadapan berulang lagi amal ibadah ini, InsyaAllah.

Jumaat, 4 November 2011

'...DI ATAS SIFAT....'

Pagi tadi, saya bersembang dengan seorang rakan, x-anggota TUDM daripada Cawangan Trafik Udara. Saya bertanyakan sama ada beliau telah mendapat PJM. Beliau memaklumkan yang beliau tidak berminat dengan pingat tersebut walau pun rakan sejawatnya pernah mencadangkan agar memohon semasa pingat itu mula diperkenalkan. Itu hak beliau...Tiada masalah kalau tak mahu. Saya memberitahu beliau bahawa saya mahukan PJM dan setelah 1 tahun menunggu, akhir tersemat juga di dada kiri pada April 2011. Saya berbangga dengan '...DI ATAS SIFAT KEPERWIRAAN, KEBERANIAN, PENGORBANAN DAN KESETIAAN DALAM MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA SEMASA TEMPOH DARURAT' 

Untuk makluman, isu pemakaian PJM telah dibincang oleh penggubal undang-undang di Parlimen England. Perkara ini dibangkitkan kerana kerajaan London 'melarang' pemakaian pingat berkenaan sempena 'Rememberance Sunday', 13 November setiap tahun. Penerima-penerimanya tidak berpuas hati dengan larangan tersebut dan mereka melobi Ahli-Ahli Parlimen untuk membincangkan perkara ini. Akhirnya, kerajaan akur dengan desakan veteran darurat Malaysia.

Perkara ini dimaklumkan oleh Lt Kol Idris Hassan melalui e-mel berikut....
From: Douglas Fox 
To: Idris Hassan 
Sent: Saturday, October 29, 2011 1:39 AM
Subject: THE RIGHT TO WEAR THE PINGAT JASA MALAYSIA

Dear Idris,
I am pleased and proud to forward this email and the Hansard extract to you. It is good to see Parliamentary debate in its most positive form (Hansard makes good reading).
I have to mention, of course, that the British veterans holding the PJM and living in Malaysia have proudly worn the medal notwithstanding the previous (incongruous if not just downright silly) rules. As one senior British retired general remarked while visiting Malaysia during the 50th Merdeka celebrations, wearing the PJM, "they can't lock us all up in the Tower!".
Kind regards,
Douglas

Dear Members,

This is a day for champagne corks to pop!  We have at last won the right to wear our PJM medal and will be able to do so by Remembrance Sunday this year and thereafter without restriction.  This has been a long campaign by many Associations, not just ours, and particularly the ‘Fight4thePJM’ campaign.  But you have all played your part magnificently in lobbying our members of Parliament, Commons and Lords, and others, for this right and we have spent many hours doing so.

I attach above the Hansard extract that will show you the full debate in the House of Lords last night.  In summary:

1.      The debate was led by Lord Astor of Hever, Parliamentary Under Secretary of State for Defence, who opened by recognizing the various debates on the subject of medals are further evidence of the strength of feeling in both Houses on this important matter and acknowledged the conviction with which a number of noble Lords have pursued their concerns about the PJM.

2.      The debate moved was that the Lords do not insist on its Amendment 6 to which the Commons disagreed.  (This was an Amendment which, amongst other things proposed that we should wear the PJM without restriction but the Commons felt it went too far and when they rejected it the PJM proposal was rejected as part of that package).

3.      Lord Astor recognized the concern in particular about whether, in advising Her Majesty on the acceptance and wearing of the PJM, the HD Committee made the right recommendation.  He went on to make it clear what the Government will do in response to these concerns.
·        First, there will be a fresh independent review of the rules governing the award of military medals.
·        Then, on the question of the PJM, he the Parliamentary Under Secretary of State, has already commissioned a an urgent HD paper recommending that holders of the medal be able to wear it with the approval of Her Majesty.  He is confident to resolve the issue and to progress the matter swiftly so that the PJM can be worn on Remembrance Sunday this year [13 November 2011] and thereafter without restriction.  This therefore is our green light.

The debate continued, focusing on practice and procedure and raising some issues that will interest many of you, but raising nothing that would jeopardize the Governments intention at 3 above.  Read it for yourselves on the web also at this link:
http://www.theyworkforyou.com/lords/?id=2011-10-26a.856.2&m=100026

Please do disseminate this message to all your Members as soon as possible in whatever way you deem fit.  I will send a note to His Excellency the High Commissioner of Malaysia who will, I know, be delighted with this outcome.

I, and I am sure all of our Members, will toast this success this evening at dinner!

Yours aye
Tex Pemberton
Lieutenant Colonel Tex Pemberton OBE
Chairman
National Malaya and Borneo Veterans Association

Apakah nilai PJM pada saya? Sungguh tinggi!!  Mana tidaknya apabila melihat gambar dalam akhbar yang menunjukkan arwah Jeneral Tun Ibrahim bin Ismail (sebelum kembali ke rahmatullah) sanggup datang ke majlis penyampaian PJM oleh YB Menteri Pertahanan walau pun terpaksa datang dengan ambulan dan berkerusi roda. Inilah nilai PJM kepada seorang bergelar Tun, Jeneral & mantan PAT!!  Bukankah sekurang-kurangnya ada juga satu  persamaan di antara arwah Tun dengan mejer pencen ini...PJM. (Sayang sekali keratan akhbar tersebut telah hilang. Sesiapa yang ada menyimpan keratan tersebut, harap sudi e-melkan kepada saya). 

Lt Kol Idris Hassan (B)....Terima kasih.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
06 November...Terkini...

Berlandaskan kepada komen-komen terhadap coretan ini, sila klik di sini untuk mengetahui kelayakan bagi penganugerahan JPM.