Pengikut

Ahad, 20 November 2011

Putaran Kehidupan

Satu putaran kehidupan! Berbelanjalah berpuluh-puluh RM untuk mengekalkan 'kemudaan' bagi menyekat kemaraan 'ketuaan'....suntiklah tok segala botox. Tapi, mana boleh melawan kekuasaan-Nya. Terima sajalah hakikat. Tidak kira sesiapa pun, baik apa jua status atau darjat, dan sekiranya diberi keistimewaan untuk menikmati kehidupan agak lama sedikit di muka bumi ini, TETAP tidak dapat lari dari proses penuaan.....

Dahulu....

Saya masih  didukung oleh mak
Sekarang.....

Lebih kurang 60 tahun kemudian (26/3/2011)

Persamaan....Anak-beranak mengalami 'osteoporosis'...

Mak di lutut. Dimasukkan ke Hospital Taiping (17/9/2011)

Saya pula di leher...'cervical spondylosis' (14/10/2011)

Awal 60'an....Arwah bapa bersama kakak-kakaknya di perkarangan rumah abang iparnya, arwah Wan Salaidin (WS), ketika itu Pegawai Daerah Dinding. Saya tiada dalam gambar mungkin pergi 'menyerangpang'  ketam bersama members di Telok Haji Salim agaknya...

Depan ~ Dari kiri: Muhayuddin, arwah Wan Mohamad WS, Ahmad Kamaruddin (adik), Wan Yaacob WS, arwah Wan Ibrahim WS, Wan Faezah, Thalasiah (adik)
Duduk ~ Dari kiri: Arwah Wan Hamaruddin, arwah Hariah, arwah Halimatun Saadiah, arwah Wan Salaidin 
Belakang ~ Dari kiri: Arwah Sulaiman (bapa), Wan Ismail Khairuddin, Wan Norniah WS, Rabaiah (kak), Uteh Mariah, Rahamah (mak), arwah Mohamad Hanafiah (dukung)

50+ tahun kemudian, 31 0gos 2011....

Dari kiri: Saya, Thalasiah, Mak, Rabaiah, Ahmad Kamaruddin
Berdiri ~ Dari kiri: Mariatul Haniza, Wahinuddin

Apa yang mampu saya nasihatkan hanyalah....Jaga kesihatan, banyak-banyak bersyukur terhadap nikmat-Nya dan bermohon untuk keredaan-Nya.

Wan Ismail Khairuddin...Terima kasih kerana sudi menghantar gambar-gambar yang membawa banyak kenangan.

4 ulasan:

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Sangat indah! "Down Memory Lane" - keakraban sebuah keluarga bahagia.

Semoga Tuan dan Ibu sefamili sentiasa dilimpahkan rahmat kasih Allah dan kesihatan yang cemerlang. Betullah seperti kata nasihat Tuan - agar menjaga kesihatan, bersyukur dan bermohon akan keredhaanNya.

Teringat saya akan kata2 ini:
"Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Semoga kita semua mendapat keredhaanNya... Amin.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudari nur_emyida12,

Terima kasih. Banyak-banyak bersyukur diatas limpah kurnia-Nya.

Unknown berkata...

Assalamualaikum...sy adalah pensyarah dr kolej universiti islam melaka & dalam proses utk mengarang buku berkenaan dgn suk negeri melaka..sy ditugaskan utk mencari salasilah en.wan salaidin bin wan ismail...bagaimana ea sy mahu berhubung dgn tuan atau keluarga en.wan salaidin?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam,

Harap hubungi saya di 019-4744849. Anda boleh bertanya dengan anaknya, Dato Wan Yaacob Bin Wan Salaidin.