Pengikut

Selasa, 17 Januari 2012

Yop Min Yang Saya Kenali

15 Januari 2012, Ahad, jam 0830. Terima panggilan telefon daripada adik, Ahmad Kamarudin @ Mek, memaklumkan bahawa Yop Min dimasukkan ke CCU, Hospital Tuanku Bainun, Ipoh kerana diserang sakit jantung. Saya memberitahunya untuk memaklumkan perkembangan selanjutnya.

16 Januari 2012, Isnin, jam 1244. Terima panggilan telefon daripada adik, Wahinuddin @ Aii, memaklumkan bahawa Yop Min 'sudah tiada lagi'....إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ! Jenazah  diuruskan di Ipoh sebelum dibawa ke kampung halamannya di Lenggong. Apakan daya, disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan, saya tidak pergi ke Lenggong untuk pengkebumiannya.

17 Januari 2012, Selasa, jam 0730. Selepas memberi makan kucing-kucing di DGCC, saya pun terus memandu ke Lenggong untuk menziarah kaum keluarga arwah Yop Min.

Arwah Mohd Jamil bin Mohd Azraai, 74, atau lebih dikenali Yop Min di kalangan keturunan Khairuddin bin Haji Sulaiman, adalah sepupu saya. Bapanya, arwah Pak Mat Azraai, adalah abang kepada arwah bapa saya. Arwah Yop Min sangat dihormati dan disegani oleh kami semua. Beliau mempunyai budi pekerti yang tinggi. Pertuturannya lemah-lembut dan mengatur apa yang akan dituturkannya.

Arwah adalah pesara dalam perkhidmatan Jabatan Ukur, Kuala Lumpur. Setelah isterinya, arwah Hawa Binti Hassan yang pulang ke rahmatullah pada 17 Oktober 1993, beliau membuat keputusan untuk kembali ke kampungnya di Lenggong. Arwah menghabiskan sisa-sisa hayatnya mengajar Al-Quran kepada kanak-kanak berdekatan dan bertindak sebagai  siak/bilal/iman apabila keadaan memerlukan. 

Dari kiri: Arwah Wan Shaari, Wan Ismail Khairuddin, arwah Yop Min, arwah Sulaiman (bapa)

Jenazah telah disemadikan di tanah perkuburan masjid yang arwah adalah seorang kariahnya. 
Di sini juga bersemadinya arwah Pak Mat Azraai (ayah), Wan Zan (ibu) dan Kak Mah (adik) 

Mana saya boleh Yop Min! Pertama kali saya memijak tanah Kota Bharu ialah ketika arwah berkhidmat di Jabatan Ukur, Kota Bharu. Saya telah mengambil cuti untuk melawat Kelantan ketika mula berkhidmat di pasukan 3 Meriam, Taiping. Dari Taiping, saya telah menaiki keretapi ke Kota Bharu dan tinggal di rumah arwah. Ketika itu arwah masih bujang dan tinggal bersama rakan-rakannya. 

Semasa bertugas sebagai Pegawai Gaji 7 RAMD, Pengkalan Chepa di awal 70'an, arwah telah tinggalkan keretanya, Mini Minor, untuk kegunaan saya semasa arwah balik bercuti ke Lenggong. Arwah menggunakan perkhidmatan keretapi menerusi Golok-Padang Besar dan seterusnya ke Kuala Kangsar. Nombor pendaftaran kereta ini, AM 7314, telah menyelamatkan saya daripada dikenakan saman oleh  Pak Dato'. Satu malam, saya telah 'termasuk' jalan 'No Entry' di pekan Kota Bharu.  Apabila ditahan, dengan muka penuh 'welfare', saya merayu kepada Pak Dato' yang saya ini tidak 'familiar' dengan bandar Kota Bharu kerana baru tiba dari Perak untuk melawat saudara.  Syukur Alhamdulillah, saya dilepaskan.

Kereta tersebut masih kekal di Lenggong...Satu kenangan yang mengusik jiwa. Tapi tuan punya kereta sudah pergi buat selama-lamanya. Namun demikian, arwah Yop Min sentiasa segar dalam ingatan. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Bersama Muha (adik arwah Yop Min) di Lenggong

3 ulasan:

mangchikla berkata...

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim dan Pn Siti,

"Dari Dia kita datang, dari Dia jugaklah kita dikembalikan. Sesungguhnya semua yang kita ada dan diberikanNya hanyalah satu pinjaman. Sebanyak dan sedalam manapun kita menyayanginya, Allah SWT lebih lagi menyayanginya. Keredhaan atas pemergiannya itulah yang paling dituntut oleh agama kita. Mudah2an arwah Yop Min ditempatkan bersama orang2 yang soleh di sana... insyaallah. Al-Fatihah...

p/s besarnya pahala arwah Yop Min berbakti sebagai khairiah masjid serta mendidik dan mengajar anak2 setempat mengaji membaca khalimah Allah/ Al Quran...

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara mangchikla & Saudari nur_emyinda12,

Terima kasih.