Pengikut

Khamis, 13 September 2012

Tam & Belang

Sedih & Kecewa...Itulah kata-kata yang saya boleh luahkan! Sedih kerana beberapa ekor kucing di DGCC sudah tidak kelihatan lagi. Kecewa kerana saya difahamkan oleh seorang pekerja, seorang eksekutif kelab telah mengarahkan supaya kucing-kucing tersebut dibuangkan.

Sepertimana yang saya coretkan di sini, tak kira hari dan dalam apa jua cuaca, saya akan pergi ke kelab untuk memberi makanan kepada mereka. 2 ekor pula, 'Tam' & 'Belang', sangat manja. Selepas makan, mereka akan 'panjat' atas saya: Belang pula akan cium dan gigit telinga saya.

Tam & Belang

Favourite spot siBelang - bahu saya

 Mungkin saya silap, kemungkinan besar mereka di'hukum' kerana 'bauan' yang kurang menyenangkan tatkala menyahut 'nature's call'! Saya tak tahu di mana mereka berada. Saya hanya mampu berdoa agar ada hambaNya yang sanggup memberi mereka makan walaupun ala kadar saja. Saya tidak boleh ambil mereka kerana di belakang rumah saya dah ada lebih kurang 10 ekor kucing terbiar. Setakat memberi makan tu, bukannya satu masalah,  insyaAllah.

Sayang sekali di Alor Setaq atau Jitraq tiada NGO seperti SPCA. Kalau ada, saya akan menghantar kucing-kucing ke sana dan memberi sumbangan kepada organisasi tersebut. Kepada 'pembenci' kucing, percayalah bahawa setiap perbuatan itu ada balasanNya. Saya yakin amal jariah kepada ciptaanNya yang juga haiwan kesayangan Rasulullah akan diberkatiNya. Mungkin tidak dalam bentuk wang ringgit, tapi mungkin kesihatan, wallahualam.

Tam & Belang...I miss you. 

3 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

Setiap makhluk Allah S.W.T juga tahu dan sentiasa berdoa, bukan manusia saja.

Kalau kita membuat kebaikan kepada haiwan spt kucing, Insya-Allah haiwan berkenaan akan turut mendoakan kesejahteraan kita.

Nur Emyinda berkata...

Salam Tuan Mejar Nor Ibrahim,

Kesiannya kucing2 tu...dibuang ke manala agaknya? Sampainya hatiiiii...

Yes, did read about "the cute homeless" - 7 of them. Am sure the cuties must have missed you too Tuan.

p/s Rasullullah SAW pun kasihkan kucing. Ada terbaca sebuah hadith Riwayat Bukhari r.a, seorang wanita pernah masuk ke neraka kerana membiarkan seekor kucing mati keaparan.

Walau apapun Tuan, sy pasti kucing2 itu sekarang tentu sedang mendoakan kesejahteraan Tuan sefamili kerana selama ini Tuan berlaku baik kepada mereka. U and your Heart of Gold Tuan!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Kamal Sanusi & Cik nur_emyinda12,

Terima kasih. Pagi tadi saya dimaklum bahawa kesemua kucing tersebut telah dibuang di market Jitra. Saya telah pergi ke market untuk mencari mereka. Nak bagi mereka makan friskies. Sayang sekali, tak jumpa. I'm really very sad & extremely disappointed with the executive. Bukannya club yang beri makan setiap hari dan mereka berkeliaran di tempat kedi saja.

Kedi-kedi Indon pun sayang pada mereka. Saya provide shampoo dan mereka (kedi) akan mandikan haiwan-haiwan tersebut. Lebihan apa yang mereka makana juga diberi. Seorang pekerja pula membawa nasi untuk kucing di kawasan lain. Apa pun, sesuatu yang berlaku itu sudah pasti ada hikmahnya. Saya hanya boleh berdoa agar haiwan-haiwan tersebut dipeliharaNya, wallahualam.