Pengikut

Khamis, 28 Mac 2013

Penempatan Semula

Menurut berita dalam tv malam semalam berkaitan 'Ops Daulat', gomen akan menutup Kpg Tanduo dan semua penduduknya akan dipindahkan ke suatu lokasi yang akan dikenalpasti nanti. Pada pemahaman saya, gomen akan mengimplimentasikan strategi ala 'Briggs  Plan' yang telah dilaksanakan di era Darurat Pertama 1947-1960 dulu.
Orang lama tentu le tahu apa dia plan ini. Kepada sesesiapa yang 'terlupa', semasa era darurat pertama dulu, Lt Jen Sir Harold Briggs, Pengarah Operasi, telah merancang beberapa strategi bagi menentang pengganas komunis (PK). Salah satunya ialah memutuskan hubungan PK dengan penduduk-penduduk kampung. Caranya ialah dengan menempatkan semula penduduk kampung-kampung yang dikenal pasti di lokasi-lokasi baharu yang dikawal rapi. Seluruh kampung dipagar dengan dawai berduri dengan hanya satu pintu 'keluar-masuk'.

Objektifnya adalah bagi menghalang PK mendapat bekalan makanan, ubat-ubatan, duit, dan sebagainya. Penghuni kampung dikenakan catuan makanan yang mereka boleh bawa keluar dari kampung ke ladang-ladang mereka.

Berkesan ke plan ini? Bacalah petikan 'My Side of History' oleh Chin Peng "...However, as more and more people were herded into the new villages with their high cyclone wire fencing, their barbed wire, flood light, police guards, constant searches, frequent interrogations and general restriction on movement, we realized we were nothing less than a crisis of survival" (ms 268).

Sudah pastilah penempatan penduduk Kpg Tanduo, 'kampung baru' mereka disediakan dengan pelbagai kemudahan moden. Saya yakin strategi ini dapat menghindar negara dari sebarang pencorobohan oleh pengganas Kiram. Dengan kewujudan ESSCOM yang melibatkan ATM, PDRM, APMM dan lain agensi berkaitan, dan yang paling penting sekali, penglibatan rakyat sendiri, rasa-rasanya bukan mudah musuh nak mencoroboh lagi. Di laut saja, mereka perlu memboloskan diri daripada kawalan TLDM, lepas tu APMM. Di darat pula, TDM dan PDRM. Terakhir sekali, mengelak daripada dikesan oleh para penduduk.

Sejarah....Jangan sama sekali dipandang remeh. Tidak dinafikan keadaan sudah berubah. Tapi, kita boleh mengambil iktibar daripada sejarah. Prinsipnya tetap sama.

3 ulasan:

askartua berkata...

Sir,
Off topic,Congratulation again your some sort of article came out in Sunday Times today.Very nostalgic as personnelly involved in those Ops mentioned esp briefing pilots from 10th Sqn and the Gun ship pilots at Bde Tac Hq at Kroh.Not to mention receiving assisstance from this Burung Besi for Resup,Casevac and medevac during gnd ops in the AO mentioned.Salam

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

askartua,

Thank you. Those were the unforgettable memories.

Mohamad Roslan berkata...

Semoga peristiwa Lahad Datu ini memberi pengajaran berguna kpd kerajaan dan rakyat.Dlm mengejar era teknlogi tanpa sempadan,perlu diingat sempadan negara harus senantiasa dijaga rapi.Saya setuju dgn pendapat tn tntang rncgan 'Brigs'.Kebekesanannya antara terbaik di dunia.