Pengikut

Selasa, 17 September 2013

Noktah

16/9/2013....HUT ATM Ke 80.
16/9/2013....HUT Malaysia Ke 50.
16/9/2013....Pemergian seorang ciptaan-Nya yang tidak diratapi oleh majoriti rakyat yang cintakan negara ini dan mereka yang telah berkorban demi mempertahankan kedaulatannya. Mustahil tak tahu apa yang saya cakapkan ini. Subjek yang dimaksudkan ialah....

Utusan Malaysia bth 17/9/13. Tabik spring kepada gomen terhadap ketegasan pendiriannya 

Mungkin ada yang akan bertanya....Tak ada perasaan simpati langsung ke? Mungkin sipenanya boleh luangkan masa membaca luahan hati seorang anak yang kehilangan bapa di sini. Bagaimana pula perasaan seorang isteri yang kehilangan suami di sini? Lupa ke tragedi Bukit Kepung di sini?  Para pembaca sudah pasti sedia maklum pandangan saya seperti yang telah diluahkan di sini.

Dan banyak lagi cerita tentang kezaliman 'bintang 3'. Luangkan sedikit masa untuk menghayati sejarah negara kita yang satu ini.

Sungguh bermakna 16/9/2013!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah pihak British dan sekutu mereka tidak pernah melakukan kekejaman? Apakah di pihak yang melawan British dan sekutu mereka tiada kehilangan bapa dan suami?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Anonymous,

Anonymous,

Soalan paling asas. Siapakah 'penjajah' selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963? Mengapa PKM dibawah pimpinan mendiang Chin Peng terus menentang kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui kaedah demokrasi? Adakah rakyat perlu di'merdekakan' daripada kerajaan yang dilantik oleh mereka sendiri?

Jawapannya telah diberikan dengan jelasnya oleh mendiang dalam bukunya - 'alias CHIN PENG - MY SIDE OF HISTORY'. Memetik ungkapannya '...Perhaps we would soon start receiving firm direction from the Central Committee geared to reaching our ultimate goal of an independent Democratic Republic of Malaya', halaman 92, para 4, ayat terakhir. Wallahualam.

Arunzab berkata...

Even when the British ruled Malaya the CPM committed many atrocities against the Malays , Bt. Kepong being one of them. Ordinary Kg. people to we're killed. If not due to the combine effort of our friends in the commonwealth countries our Sultans would have been removed and Malaya would have been turned into a republic. As a result the Malay would have lost all political power.

I urge anonymous to think carefully before making comments and not show sympathy to the CPM (anak haram) who died fighting the British. Don't forget at that time Malaya was a British protractorate.