Sambungan daripada coretan di
sini. Sementelah saya memaklumkan
Dato' Rosli turut hadir,
Dr Azaharudin telah menjemput Rosli menceritakan pengalaman beliau semasa helikopternya,
FM 1703, ditembak ketika dalam percubaan menurunkan anggota komando secara abseiling di kem komunis (klik di
sini). Sportingly, beliau naik ke pentas.
Disebabkan skrin di belakang menunjukkan gambar
'Strecer Saleh' manakala Syed Othman pula dari
Lasah, beliau mengaitkan satu insiden yang tak pernah saya dengar. Sebuah Nuri, beliau sebagai ko-pilot, telah ditugaskan untuk mengambil seorang
'medevac (medical evacution)' di kawasan operasi berhampiran Lasah. Lokasi untuk mengambil medevac tiada LP dan terpaksa mengguna kaedah
'winching'. KU (Kuatermaster Udara) pun turunkanlah strecer. Semasa dinaikkan, sepertimana yang saya sendiri pernah alami, tiba2 strecer tersangkut pada dahan pokok. KU melaporkan kepada kapten yang mengarahkan beliau mencuba membuat sesuatu. Menurut Rosli, masa tu kapten dah berpeluh jantan dibuatnya.
Rosli menceritakan satu pengalamannya yang melucukan
Untuk makluman, jika lama sangat 'hovering', 'Ts & Ps' akan naik. Untuk menyejukkannya, kena le terbang. Ala...macam kereta juga le. Kalau lama sangat idle, suhu enjin akan naik. Lebih kurang begitu le. Selain itu, kemungkinan juga pengganas komunis jadikan Nuri sebagai sasaran untuk 'shooting practice'. Setelah berusaha beberapa kali, akhirnya strecer terlepas daripada dahan dan berjaya sampai ke 'cargo door'. Tapi, bukan main menggelabah dan terkejut berok si KU apabila tiada casevac dalam strecer! Sudah tentu mangsa 'terjatuh'. Beliau memaklumkan kepada kapten yang 'medevac missing'. Kapten pula tak boleh terus hovering dan terpaksa terbang bagi menyejukkan enjin dan gearbox. Di waktu yang sama, beliau menghubungi anggota unit terbabit bertanyakan keadaan si medevac. Beliau dimaklumkan medevac selamat berada di bumi. Engkuhnya, apa yang terjadi ialah si medevac panik bila strecer tersangkut. Beliau mengambil keputusan turun pokok dan tak nak dikeluarkan. Tak apalah telan beratus panadol saja le. He...He...He.
Zainal pula telah menukar tema majlis daripada 'pengkisahan' kepada 'sayembara'. Mentang2 le anak Melaka, beliau mengambil peluang menonjolkan bakat terpendam sebagai seorang anak seni. Beliau telah mendeklamasi puisinya yang mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin...He...He...He.
Nuri...Oh Nuri (klik di
sini)
Majlis berakhir jam 1300 dan kami beredar untuk makan tengah hari.
Bergebang sakan selepas makan tengah hari
Saya sempat mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Mastura kerana telah membeli sejumlah
81 naskah buku ke2 saya. Beliau memaklum yang PPAS akan membantu penulis seperti mejar pencen ini. Para penulis persendirian, jangan lepas peluang keemasan ini. Juga saya bergebang dengan Dr Azaharudin tentang pengkajian peranan Nuri dalam menentang pengganas komunis. Menurut beliau, memang kurang bahan atau kajian dibuat berkaitan dengan ATM. Malah beliau mengalu-ngalu sesiapa yang berminat dan sedia berbincang dengan saya jika veteran ini nak sambung belajo lagi. Mej Ramli pula telah menghadiahkan buku beliau (kiri) pada saya.
Selepas makan tengah hari, Puan Hajah Mastura, Pengarah PPAS, telah menjadi pemandu pelancong kepada kami. Hanya satu perkataan yang mampu saya ucapkan tentang PPAS....WOW.
Dari kiri: Puan Habibah, Dr Syed Othman, Hajah Mastura, Dato' Rosli, Zainal Piee, NIBS, Mohd Afzeer, Shamsul Nahar, Dr Azaharudin
Saya harap majlis serupa ini akan diteruskan setiap tahun. Penganjurannya tidak semesti pada
'Musim Patriotisme' -
Ogos/September;
ia sepatutnya berterusan (klik di
sini). Ramai para veteran di luar sana sedia menceritakan pengalaman mereka jika diundang, insyaAllah.
Puan Hajah Mastura, Puan Hikmah, Dato' Rosli, Kol Zainal, Mej Ramli, saudara Shamsul & saudara Mohd Afzeer....Terima kasih.