Pengikut

Selasa, 10 Disember 2013

Tan Sri Mohamed Ngah Said Dalam Kenangan

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ....Kembalinya arwah Lt Jen Tan Sri Mohamed Bin Ngah Said TUDM (B), mantan PTU, pada 08/12/2013. Saya berpeluang 'mengenali'nya ketika bertugas sebagai PS 2 Sek A; setiausaha kepada mesyuarat JPTU/JPPTU. Paling hampir saya bersama arwah ialah ketika mengganti 'MA'nya semasa penjawat 'Attend C (cuti sakit)'.  Ingatkan, baru saja saya memetik kata2nya di sini.

Saya sebenonya menyimpan hasrat untuk menghubungi arwah. Tujuannya ialah untuk mendapat maklumat tentang sejarah Nuri bagi penyelidikan saya itu; kisahnya merupakan sumber utama. 

Mungkin ramai warga TUDM sendiri tidak mengetahui tentang arwah. Arwah adalah salah seorang pelopor pesawat helikopter TUDM. Alouette 111 mula berkhidmat dalam TUDM pada 1963 dan arwah adalah antara anak watan yang menjadi juruterbang 'Cepung' tersebut. Bila tibanya pula si 'Burung Besi', wujudlah No 7 Skn yang berpangkalan TUDM Kuantan dan Sqn Ldr Mohamed Ngah Said sebagai Ketua Skn yang pertama (1968). Tidak lama kemudian, masih 1968, No 7 Skn berpecah kepada dua: No 7 & No 10 Skn. No 7 Skn berpindah ke TUDM Kuching manakala No 10 Skn berpangkalan di TUDM Kuantan. Arwah pula dilantik sebagai Pegawai Memerintah TUDM Kuching pada 15/5/1968. No 7 Skn diserah kepada arwah Sqn Ldr Ahmad Merican S T Merican (bersara Mej Jen Dato', TPTU): Sqn Ldr Ben Lee pula menjawat Ketua No 10 Skn yang pertama. Arwah juga adalah 'Pangud (Panglima Udara)' , Marud (Markas Udara) ketika Pasukan Keselamatan melancar pelbagai operasi di era saya, seperti 'Ops Selamat Sawadee'. 

Pangud (2 dari kanan) memeriksa Nuri di Kroh. Nuri Mej (U) Chong KL ditembak oleh pengganas komunis ketika mendarat di LP untuk mengambil seorang 'casevac'. L/Kpl Ismail, anggota Air Rescue Team, terkorban dalam pesawat. Kehadiran juruterbang F5E & Tebuan untuk mendengar taklimat. Keesokan hari, pesawat pejuang telah mengebom kawasan yang telah dikenal pasti diikuti oleh gunship 'straf' sebelum Chong mendarat untuk mengambil casevac 

Seorang rakan seperjuangan menceritakan satu insiden ketika berkhidmat di No 3 Skn, TUDM Butterworth. Pesawat Nuri rakan ini telah ditembak oleh pengganas komunis di kawasan operasi Selamat Sawadee. Pada malam itu, beliau terima panggilan telefon di Mes Pegawai. Sipemanggil mengenalkan dirinya... 'Ini Md Ngah' dan bertanya khabar tentang insiden tembakan itu. Rakan saya memberitahu....'hoi...jangan main2 lah'. Masa tu dah jadi kebiasaan members suka 'menyakat'. Lepas tu, sipemanggil kata 'Ini Md Ngah...Pangud'. Apa lagi, kawan saya terus 'attention'  walaupun bercakap dalam telefon. Entah2, beliau hentak kaki semasa nak 'sedia'. Maklum saja le....mana biasa seorang Lt terima panggilan dari Pangud, waktu malam pulak tu. . Inilah contoh seorang Panglima yang sungguh prihatin terhadap anggotanya.

Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang yang soleh....Al-Fatihah.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas paparan kenangan yang menarik tentang sekelumit kisah tentang jiwa -jiwa yang pernah menabur bakti pada negara dan bangsa semuga kisah ini menjadi teladan pada generasi muda masa sekarang .
Semuga Allah menempatkan rohnya bersama hambanya yang beriman dan di ampuni segala kesalahannya . Amin .Al-Fatihah.

Al-Manar berkata...

Assalaam Alaikum,

This is an interesting account of Arwah (semoga Tuhan rahmat rohnya)from a person who used to know him. I have just stumbled here and the word Nuri attracted my attention. For personal reasons I name my house "Nuri". In one of my postings I wrote about a cousin who survived a Nuri crash in the jungle of Kelantan many years ago.

Selamat menulis. Insya Allah akan datang lagi
AlFatihah to arwah.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anon & Al-Manar,

Terima kasih.

Benjamin Ali Rifqi berkata...

Salam alayk, bagaimana saya boleh dapatkan bio penuh Almarhum Tan Sri Mohamed Bin Ngah Said ?

Unknown berkata...

t.kasih atas cerita tntang arwah ayah chor sy