4 dari kiri Kapt Aris, Brig Jen Tuan Mustaffa, saya, Lt Kol Harun Ayob
dan Mej Mutalib (Handau) (kiri)
Semasa ucapan oleh pelbagai persatuan veteran, semuanya berasa terharu terhadap kesudian Tuan Mustaffa menganjur majlis meraikan para veteran. Saya harap usaha ini akan berterusan walaupun apabila Tuan Mustaffa tidak lagi menjadi Komander PU. Orang beso2 ini duduk kat satu2 PU sat-sat saja.
8/6 Jam 1400 di KLGCC....Satu perjumpaan awal xnuri kru telah diadakan. Untuk makluman, ada production house nak buat dokumentari tentang "Burung Besi" untuk "History Channel". Depa layar internet untuk mendapatkan maklumat tentang siburung ini. Taip sana taip sini....asyik2 nama xnuripilot ini yang keluar. Jadi depa pun hubungi pakar rujuk ini untuk mendapat pandangan. He...He...He. Mudah saja, mengapa tidak buat satu reunion. Alhamdulillah mereka bersetuju. Jadi, saya senaraikan nama yang mewakili sesuatu era, seperti awal penubuhan skn, veteran Gubir dan Selamat Sawadee, serta operasi SAR. Ikut hati memanglah nak jemput semua yang saya kenali tapi buat permulaan memadailah jumlah yang kecil.
Antara yang dapat hadir adalah seperti berikut...
Dari kiri: PW1 Salehuddin (pencipta 'Saleh Stretcher'), Lt Kol Mior Zubir, Kapt Johan, PW1 Patrick Lee, Kapt Zainal, Nibs, PW1 Mohsain, Kapt Dato' Ravi, Kapt Raja Mohamed, Lt Jen Dato' Nawi Alias, PW1 Pak Singh (Kapt Murad tiada dalam gambar)
Dari kiri: Zaini, Redza Zainal, Dato' Nawi, Nibs, Fitri

Banyak cerita yang diperolehi daripada mereka. Sekarang saya boleh mengemaskini kajian saya dengan adanya maklumat terbaharu tentang beberapa operasi.
Saya minta maaf kerana ramai lagi sepatutnya disenaraikan tapi tidak dijemput. Sepertimana yang dikatakan, majlis ini adalah buat permulaan. Ada juga yang tidak dapat hadir disebabkan keadaan tertentu. Saya masukkan juga wakil yang terlibat dalam Ops Pindah (Temenggor Dam) tapi beliau tidak dapat hadir. Pihak penerbit ada menyatakan yang mereka akan mengadakan satu lagi reunion untuk Nuri kru. Mungkin kali ini dibuat di Muzium TUDM. Kawasannya yang luas boleh menempat ramai veteran dan para jemputan. Pada prinsipnya, mereka bersetuju. Bila? Wallahualam.
Tuan Mustaffa...Terima kasih kerana memulakan putaran roda.
Redza, Fitri & staf Redz Production....Terima kasih kerana sudi menaja perjumpaan tersebut.
Dato' Nawi dan semua rakan seperjuangan...Terima kasih kerana sedia hadir ke majlis mengimbau kenangan di suatu ketika dulu.
1 ulasan:
Salaam Major Nor.
Apologies for bothering you.
To the best of your knowledge was 'Ops Tugu' in 1983 the first operation taken by Malaysia to build living modules in the Spratlys?
Apart from PASKAL which provided security, was Gerak Khas deployed on the reef?
Thank you,
Fariz.
Catat Ulasan