Pengikut

Rabu, 24 September 2014

Sesi "Temuduga"

6-9 September 2014...Saya berada di Muzium TUDM, KL, kerana menghadiri sesi "temuduga terbuka". Bukan nak mencari kerja tetapi untuk menceritakan  pengalaman semasa menjadi dreba the old but faithful iron birds...Nuri. Saya bersyukur kerana ada pihak yang sudi nak buat filem dokumentari tentang Nuri. Jadi, saya pun terbang le ke KL. Sesi tersebut boleh dikatakan satu perjumpaan rakan2 lama.

Nuri mula berada dalam inventori TUDM pada 1968. Pada sesi tersebut, terdapat otai2 pelopor No 7 dan No 10 Skn turut hadir.  Antara mereka ialah ialah Peter Yuen, Dato' Fauzi, Dato' Nawi, Oon L.H., Raja Mohamed, Peter Wong, Abdullah Basirun, & Thesigen.

Antara yang saya sempat jumpa ialah...

Berdiri dari kiri: Mej Musa, NIBS, Fitri, Mej Peter Wong
Duduk dari kiri: Lt Kol Roslan TUDM (Pengarah Muzium), Lt Kol Mior Zubir

Dari kiri: PW1 Thesigen, Musa, Peter Wong, Brig Jen Dato' Goh S.T, Roslan, Fitri, NIBS 

Dari kiri: Musa, PW1 Salehuddin (pencipta "Saleh Stretcher"), NIBS, PW1 Mohsain

Lt Kol Khairudin, Kol Amin, Salehuddin, NIBS, Kol Zainal Piee

Duduk dari kiri: Lt Kol Peter Yuen, Roslan, NIBS
Berdiri: Lt Kol Ismail Yahya

Duduk dari kiri: Musa, NIBS, Lt Jen Dato' Nawi, Redza
Berdiri dari kiri: Mej Sukumaran TUDM, Lt Kol Basri (RAJD)

Dari kiri: Musa, ????, Mej Jen Dato' Fauzi, NIBS, Sukumaran, Mohsain 

Saya terpaksa balik ke Jitra pada 9/9/14 kerana 2 buah sekolah telah mengundang hero veteran ini pada 10 dan 11 Sep 14. Jadi tak sempat nak jumpa mereka berikut:

Dari kiri: Mohsain, PW1 Abdullah Basiron

Dari kiri: Mej Oon Lye Hock, Lt Kol Mahayudin (Jutera No 10 Skn)

Dari kiri: Kapt Raja Mohamed, Kapt Nasrun, PW1 Patrick Lee

Sepertimana yang sudah dijangka, pelbagai cerita yang saya tak pernah dengar mula timbul pada hari itu. Allah betul2 mempermudahkan saya melaksanakan kajian saya, syukur alhamdulillah.

Kepada  kesemua mereka yang hadir semasa sesi tersebut....Terima kasih kerana dapat meluangkan masa. 

Kepada Redz Production....Terima kasih kerana menghargai pengorbanan kami semua.

Tiada ulasan: