Pengikut

Khamis, 22 Disember 2016

Majlis Tahlil arwah Lt M Abdul Hamid bin Ismail SP

Pada 20/12/2016, saya terima undangan daripada Lt Kol Basri Bin Omar PGB ke satu majlis di Mes Pegawai 6 RAMD. Majlis tersebut dianjur oleh Pegawai Memerintah sempena inisiatif pegawai2 Intake SSC 20 menziarah pusara arwah squadmate mereka, Lt M Abdul Hamid bin Ismail SP di Felda Bukit Tembaga pada keesokan hari, 21/12. Jujur saya katakan, saya hanya mengenali Basri sahaja. Pembabitan saya dengan Intake ini bermula dengan tulisan saya di SINI, dan di SINI, juga di  SINI .  Saya tabik spring kepada Intake ini yang berusaha untuk menjalin silatulrahim di antara mereka. 




21/12 di Mes Pegawai 6 RAMD




21/12 di Felda Bukit Tembaga


Intake 20

Bersama Lt Kol Rani, CO 6 RAMD, dan anggotanya 

Syukur Alhamdulillah, sekarang ini pihak TDM telah mengarah 6 RAMD untuk 'tengok2' pusara wira ATM ini.  

Lt Kol Basri Bin Omar PGB (B)...Terima kasih kerana mengundang saya.

Selasa, 1 November 2016

Helicopter Pilots Reunion 2016

30 Oktober 2016....HELICOPTER REUNION 2016 DI WISMA PERWIRA, KEMENTAH, KUALA LUMPUR.

Saya ni memang malas bebeno nak pergi ke KL melainkan sekiranya betul2 sangat diperlukan. Tapi, kali ini saya memang looked forward untuk menghadiri majlis Reunion ini. Malah saya awal2 lagi dah tempah tiket ETS (Platinum) ke KL dan tempah bilik hotel berhampiran dengan KL Sentral. Kebetulan pula Lt Kol Harun Ayob dari Perlis juga nak pergi. Kami naik ETS yang sama dan kongsi bilik. Reunion ini adalah kali ke3. Yang pertama saya tidak hadir kerana ada urusan. Yang ke2 juga saya tak hadir kerana penganjur kata Reunion itu untuk meraikan ke 50 tahun Alouette berada dalam inventori TUDM. Sementelah saya bukannya Alouette operational pilot sepanjang berkhidmat dalam TUDM, jadi tak hadir. Kali ini, memang saya nak hadir.

Ingatkan naik Platinum ini saya pasti sempat le buat window shopping kat KL Sentral yang mengikut jadualnya lebih kurang jam 1430. Saya juga looking forward naik ETS kerana ramai rakan kata memang hebat instrumen komunikasi ini. Sehingga ke Ipoh, memang begitu lancar. Tiba di Ipoh, kami terpaksa meneruskan perjalanan dengan menaiki bas ke Kampar kerana gerabak simen yang tergelincir berhampiran Batu Gajah... apa nak dikatakan. Bukan KTM sengajakan. Masalahnya, pemindahan kami ambil masa hampir 3 jam...eh...eh...eh. Dari Kampar, naik Komuter untuk perjalan seterusnya. Saya tak pernah naik Komuter. Bila ditanya kepada Pak Guard, dia kata 'free seating'. Jadi saya naiklah. Yang peliknya, saya perhatikan mengapa koch tu hanya perempuan saja. Depa pula senyum saja lihat saya. Tu memang tak hairanlah kerana, maklumlah depa tengok orang hensem ini...he...he...he. Bila saya terbaca apa yang ditulis di dinding gerabak di hadapan saya, koch ini hanya untuk kaum Hawa....Ya Allah, malunya! No wonder le....Tapi duduk juga le kerana dah tak ada seat.

Kami tiba di KL hampir jam 1800 dan checked in di hotel pada 1830. Inilah yang dikatakan....kita hanya mampu merancang, Allah menentukannya. Apa pun, syukur alhamdulillah selamat sampai. Kol Zainal Piee TUDM (B) jemput kami lebih kurang jam 1930. Sebelum trip ini, saya dicadangkan bawa buku kerana mungkin ada orang nak beli. Jadi bawa 12 saje. Nak bawa banyak tak pasti orang nak beli dan lagi buku2 ini berat sangat. 1 buku beratnya melebihi 1 kg.

Ramai yang hadir, lebih kurang 270 orang.

Dari kiri: Mej Jen Dato Seri Sharbe TUDM, Mej Hassim TUDM (B), NIBS, Mej Ahmad 'Peng', Mej Sawaluddin, Mej Jen Dato Karim TUDM (B). Saya mengganti Sawaludin sementara Hassim mengganti saya sebagai Ketua No 5 Skn. Dato' Sharbe juga seorang mantan Ketua No 5 Skn. 

Dari kiri: Lt Kol Husaini TUDM (B), NIBS, Lt Jen Sabri Adam TUDM, Brig Jen Ranjit Singh TUDM (B), Mej Dato' Sim K.P., Lt Kol Ismail 'Gayong' TUDM (B)

Dari kiri: Kapt Abd Manan Mansor, Lt Kol Ooi A.B. TUDM (B), NIBS, Lt Jen Dato' Nawi Alias TUDM (B) 

Bersama Kol Zainal Piee TUDM (B) & Mej Jen Dato'  Ibrahim Hashim TUDM (B)

Dari kiri: Lt Kol Norhashimi TUDM (B), Lt Kol Noel Sagayarajah TUDM, Lt Kol Ajir Juman TUDM (B), Mej Hassim TUDM (B), Mej Tai T.F.

Kapt Midzor, Kol Zainal Piee TUDM (B), Mej Jen Dato' Mohd Sulong TUDM (B), Mej Tai T.F., NIBS, Brig Jen Dato' Abdul Rahim TUDM (B)

Bersama Lt Kol Zulkifli, CO 3 Skn

Goodies

Lebih memeranjatkan lagi, semua buku saya habis dijual. Malah, ada juga yang kecewa kerana tak sempat membelinya....Syukur alhamdulillah.

Saya tabek spring kepada Lt Jen Dato' Seri Sabri Adam yang berjaya menganjurkan event yang sungguh meriah....Syabas Dato'. Sepertimana yang diucapkan oleh Brig Jen Dato' Goh S.T., bukan mudah nak menganjur majlis seperti ini dengan hanya mengguna aplikasi WhatsApp.

Pada 31/10, saya dan Harun berlepas dari Sentral menaiki ETS Platinum balik ke destinasi masing. Kali ini tidak perlu menaiki bas dari Kampar lagi. Tapi, KTS berjalan perlahan di tempat kejadian. Kereta yang saya tinggalkan di stesyen keretapi di Alor Setar sedia menunggu, syukur alhamdulillah. Sekarang, saya looking forward menghadiri 50th Anniversary Nuri pada 2017, jika dipanjangkan usia dan diizinkanNya, wallahualam.

La...macam mana saya boleh terlupa. Ucapan terima kasih juga kepada Kol Zainal Piee yang bersusah payah menjemput kami berdua dan, selepas itu, menghantar balik. Sebelum balik, sempat lagi belanja supper walaupun perut dah betul kenyang. Sekali lagi, TERIMA KASIH ZAINAL.

Ahad, 9 Oktober 2016

Era Insurgensi Komunis?

Pada  20 September 2016, saya telah pergi ke sebuah agensi gomen untuk memenuhi undangan mereka. Apa lagi, veteran ni pun syok sendiri le menceritakan tentang pengalaman di era insurgensi komunis dulu. Semasa makan,  seorang penyarah mamaklumkan kepada saya bahawa ramai daripada peserta tu tak tahu pun tentang era yang saya ceritakan. Terkejut berok le saya. Ya le....orang macam saya sudah pasti tidak faham apa yang generasi kini dan akan datang mengetahui tentang sejarah negara tercinta ini...sungguh sedih!


Masa pi jumpa Supervisor di UUM, saya maklum pada dia tentang perkara ini. Nak tahu jawapannya? Dia kata ramai pelajar dia sama saja. Mereka ingat lepas tamat perang Jepun, negara aman sejahtera untuk mereka menikmati kehidupan. Dia menegur mereka kerana kurang membaca...sungguh sedih!

Tut...Tut...terbaca laporan Utusan Malaysia, 4 Oktober 2016.... 


Saya tak berhasrat untuk mengulas, hanya... sunggguh sedih!

Isnin, 12 September 2016

Perintis Kedamaian

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Pada Selasa, 6/9/16, jam 1227, saya terima panggilan semasa memandu dari Tesco Alor Setar balik ke Jitra daripada seorang yang saya tidak kenali. Beliau mengenalkan dirinya Mokhtar Mahmud Baginda. Malah beliau terpaksa mengulangi 2 kali namanya. Mujur le otak ni masih OK lagi...baru le teringat siapa pemanggil tersebut, iaitu Dato Mocktar Mahmud Baginda, adik ipar kepada Abu Samah, orang kuat 10 Rejimen, PKM. Memang saya terkejut kerana saya tidak mengenalinya dan hanya mengetahui tentang beliau melalui buku di SINI. Sudah pasti saya bertanya apa yang mendorong beliau menghubungi mejar veteran ini.

Jawapan beliau ialah kerana posting saya di SINI menyentuh perasaan beliauSaya tidak melepaskan peluang untuk bertanya pengalamannya semasa berada di kem komunis di Weng, terutama mengenai akidah anggota 10 Rejimen. Memadailah saya katakan memang interesting dan mengesahkan apa yang saya fahami sebelum ini. 

Sepertimana yang saya katakan dalam posting pertama mengenai perkara ini, beliau menyuarakan kekecewaannya kerana sumbangan beliau sebagai "Perintis Kedamaian" tidak dikenang oleh negara. Menurutnya, pihak tertentu mengetahui peranan yang dimainkannya kerana dokumen2 terbabit telah diserahkan kepada salah seorang daripada mereka. Mengapa terjadinya keadaan begini? Wallahualam. 

Saya tertarik dengan kenyataan beliau. Rumusannya lebih kurang begini le ...hero2 Pasukan Keselamatan berjaya membunuh PGK. Ada di kalangan mereka menerima Anugerah Perkasa yang membawa imbuhan kewangan. Sebaliknya, peranan yang dimainkan beliau berjaya menamatkan ancaman komunis terhadap negara tercinta ini selama 21 tahun. Ekoran sumbangan ini, tiada lagi ratapan kehilangan nyawa dan cacat anggota tubuh badan. Pengiktirafan kepada beliau? Malah tidak diundang ke majlis Perjanjian Damai di Hat Yai pada 2/12/89. 

Saya dah cuba menghubungi Production House tapi sehingga ni...wallahualam. Dah cuba juga untuk mendapat nombor penerbit Majalah 3 untuk mencadangkan kepada mereka membuat liputan tentang wira ini. Tetapi sehingga kini masih tak tahu nombor terbabit.

Saya juga mencadangkan supaya Dato Mocktar menulis memoirnya. Jawapannya ialah beliau sedang berusaha untuk menterjemah buku oleh Myzara kepada bahasa London tetapi tergendala kerana kekangan ongkos. Seterusnya beliau menyuarakan yang beliau berhasratnya sangat untuk berjumpa dengan mejar pencen ini, tak kiralah sama ada di Kuala Lumpur atau Kuantan. Memang itu 1 penghormatan kepada saya....tapi, apalah yang saya boleh lakukan....siapalah saya! Nak jual buku pun terpaksa 'mengemis'.

Ada sesiapa yang boleh dan sudi membantu beliau? Terima kasih.

Ahad, 31 Julai 2016

The Old But Faithful "IRON BIRD"

Syukur Alhamdulillah, akhirnya 500 naskah buku yang dicetak diterima sebentar tadi.



Sesiapa yang berminat, sila kredit RM130 senaskah ke dalam akaun CIMB 0210-0001938-20-2 NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN. Kemudian harap WhatsApp/sms/messenger di 019-4744849 dan beri nama penuh & alamat pos. Apa jua sokongan sangat saya hargai. 

TERIMA KASIH

Sabtu, 30 Julai 2016

From Baling to Hat Yai: The Spiral Road To Peace

Satu perkara yang memberi kesan kepada saya apabila menjerumuskan diri membuat kajian tentang The Old But Faithful Iron Bird ialah saya bersyukur sebagai rakyat negara Malaysia tercinta ini. Dan berbangga turut terlibat secara langsung mempertahankan kedaulatan negara daripada komunis. Saya menghargai pengorbanan para veteran yang sedia berkorban demi negara. Tetapi sayang sekali, pengorbanan ini tidak banyak dipaparkan kepada rakyat. Akhirnya, ramai golongan muda yang kurang mengetahui sejarah negara mereka sendiri...sungguh sedih! 

Mungkin ramai akan bertanya mengenai tajuk posting ini. Macam ini le, pertemuan di antara gomen Malaya dan PKM bermula di Baling pada 26-28 Disember 1955. Pertemuan ini yang dikenali sebagai "Baling Peace Talks", melibatkan delegasi Malaya yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sementara PKM oleh Setiausaha Agongnya, Chin Peng dan kuncu2nya.

Kegagalan itu menyaksikan Malaya/Malaysia terpaksa berhadapan dengan keganasan komunis sehingga 2 Disember 1989 apabila termeterainya Perjanjian Damai di antara kedua-dua pihak di Hotel Lee Garden, Hat Yai, Thailand.

Saya ada menghubungi production houses mencadangkan kepada mereka supaya membuat filem dokumentari untuk History Channel/National Geographic berkaitan perkara tajuk posting ini. Saya kata ramai mereka yang terlibat, terutama Perjanjian Damai, masih bernafas. Sayang sekali sekiranya mereka ini pergi buat selama-lamanya. Tut...Tut...semalam saya terbaca salah seorang perintis jalan keamanan sudah uzur. 


Beliau yang dimaksudkan ialah Datuk Mokhtar Mahmood Baginda. Nak tahu tentang peranan beliau baca di SINI. Memang beno luahan beliau yang sumbangannya tidak mendapat pengiktirafan sewajarnya. Setahu saya yang kurang membaca kisah2 sebegini, nama beliau hanya tercatat dalam buku yang ditulis oleh Suriani Abdullah, isteri kepada Abdullah CD, Pengerusi PKM...
Nama Datuk Mokhtar sudah pasti tidak tercatat dalam buku berikut...

Tak tahu le saya. Apa pun, saya bersyukur walaupun baharu saje nak mengenal sejarah negara, kecintaan saya terhadap negara ini menjadi lebih mendalam.

Selasa, 21 Jun 2016

Deraf Buku

Pikio punya pikio, saya ambil keputusan untuk terus menerbitkan buku The Old But Faithful Nuri walaupun tak orang nak menaja. Terpaksa keluar duit simpanan....kesian saya!

Anyway, inilah rupa deraf buku tersebut, insyaAllah.


 
  



Harga RM130 di Semenanjung dan RM140 untuk Sabah/Sarawak, termasuk pos. Jika datang ke rumah, diskaun RM10. Buku ini tidak dijual di toko2 buku, hanya perlu menghubungi saya melalui telefon atau emel.  Mungkin siap dicetak pada penghujung Julai nanti, insyaAllah.Saya hanya mampu mencetak 500 naskah sahaja. Jadi, kira2 Limited Edition le...He...He...He.

Saya berharap para pembaca blog ini menyokong usaha saya ini dengan membelinya. Untuk itu, didahului dengan ucapan TERIMA KASIH.

Sabtu, 21 Mei 2016

"FORWARD"

Sambungan dari SINI. Sapa sangka, jika  terterbitnya buku mejar menyebok ini dengan izin Allah yang maha kuasa, "FORWARD"nya dinukil oleh PM...he...he...he.

Semalam, saya telah menulis surat kepada 1 organisasi memohon agar mereka 'menaja' dengan membeli sejumlah buku bersamaan dengan nilai kos pencetakan. Jujur dikatakan, mungkin agak 'berat' sikit, tapi kalau tak cuba, mana nak tahu. Jika dimakbulkanNya, syukur alhamdulillah. Jika tidak, tak apalah...dah tak ada rezeki. Sekurang-kurangnya, saya telah mencuba. Keluar le dari simpanan, insyaAllah. Lepas tu, jaja le ke sana, ke sini...He...He...He.

Jumaat, 13 Mei 2016

The Old But Faithful "IRON BIRD"

Lanjutan daripada coretan di SINI.

Sebenonya, apa yang saya maksudkan 'Penaja' bukannya 'menderma' sejumlah ongkos tanpa sebarang balasan. Apa yang saya harapkan ialah penaja bersetuju untuk membeli sejumlah buku yang bernilaikan kos pencetakan. Jujur saya katakan, kos menerbit buku ini boleh tahan juga. Tanpa kesedian/jaminan sesuatu entiti, kemungkinan hanya tinggal satu impian saja.

Tak apalah. Apa yang bermain dalam fikiran saya diterjemahkan dalam deraf berikut.





Pada 5/5/16 lepas, saya telah terbang ke KL untuk berbincang dengan seorang bakal penaja/pembeli. Mungkin penghujung bulan ini akan dimaklumkan sama ada organisasi beliau sedia membeli buku itu nanti. Jika responsnya positif, syukur alhamdulillah. Tindakan seterusnya ialah cuba mendapatkan orang beso tertentu untuk menukil "Forward" dan memohon ISBN daripada Perpustakaan Negara. Saya hanya merancang untuk mencetak 500 naskah sahaja...kira2 Limited Edition le...He...He...He.

Jika sebaliknya, tak apa kerana dah tak ada rezeki. Pokoknya saya telah mencuba. Dan sekurang-kurangnya saya ada satu salinan deraf sebagai kenangan.

Ini sajalah sumbangan yang termampu saya laksanakan untuk mengabadikan The Iron Bird, wallahualam.