Ekoran itu, saya pun memikiokan untuk menerbit sebuah buku dalam bentuk bergambar mengenai sejarah Nuri (pictorial history) sementelah buat masa ini ada masa lapang sementara menunggu penyelia menyemak tesis saya. Itu pun tertakluk jika bahan mencukupi dan, yang paling mustahak, ada orang yang sedia menajakannya. Saya telah pergi ke satu syarikat pencetakan bertanyakan kos untuk mencetak buku yang mengandungi lebih kurang 120 halaman dengan ciri-ciri kertas licin, kulit tebal, dan berwarna. Terkejut berok dibuatnya apabila jurujual memberi anggaran. Jujur dikatakan, jika ongkos sendiri...lupakan saja le! Kalau nak jual, harga minima RM120, termasuk pos. Buku macam ini bukannya saleable sangat. Bukan ramai individu yang sedia bayo untuk beli buku sebegini. Nak harapkan institutional buyers, saya pula tak kenal orang2 beso.
Apa yang bermain dalam minda, tajuk buku tu lebih kurang seperti berikut:
Sikorsky S61A-4 Nuri
The Old But Faithful Iron Bird
Seorang juruterbang S61 Sea King dari Royal Canadian Air Force (RCAF), telah menerbitkan buku bertajuk "Perseverance: The Canadian Sea King Story", sempena HUT ke50 Tahun helikopter tersebut berkhidmat dalam RCAF.
Saya berminat membelinya untuk kajian saya. Harganya C$20 tak termasuk postage. Saya menghantar emel kepada Sheawater Aviation Museum tetapi tiada jawapan. Cuba Amazon dan e-Bay. Depa pun tak ada buku tersebut. Tiba2, seorang WhatsApp group member memaklumkan yang beliau kini berada di Kanada. Apa lagi, saya pun bertanya le sama ada beliau boleh belikan buku itu untuk saya. Beliau telah mencari di kedai2 buku di Calgary and Vancouver, tapi tak ada. Akhir sekali, beliau telah menghubungi muzium dan dimaklumkan buku tersebut masih ada. Jika ada rezeki, dapatlah buku itu nanti, insyaAllah.
Para pembaca, jika ada gambo2 Nuri, saya berterima kasih sekiranya sudi menghantarnya kepada saya melalui emel. Gambo yang dihantar melalui telefon akan 'pecah' bila diperbesarkan. Saya tengah menggagau mencari gambo2 Nuri yang terlibat di Acheh, Kampuchea, Op Fajar di Laut Merah, Op Selamat yang melibatkan Nuri diaturgerak ke Manila pada 16/12/87 sempena persidangan Ketua2 Negara ASEAN, Op Daulat di Lahat Datu, banjir pada 1971, dll. Saya hanya mampu menghargai sumbangan dengan merakamkan "Courtesy of ......", tu saje le. Terima kasih.
12 ulasan:
Assalammualaikum Tn.
Satu usaha yg murni & baik utk terbitkan buku ala2 coffee table buku. Saya menyokong penuh usaha Tuan dgn membelinya.
Waalaikumussalam,
Terima kasih ditas sokongan. Sekarang ni dah memulakan penulisan dan mengumpul gambo2, wallahualam.
saya doakan kejayaan Tuan.... sebagai anak bekas tentera (meakipun tentera darat) no ayahanda saya 14610, rasanya peranan nuri amat besar terhadap mobiliti anggota tentera darat dulu sehingga kini. moga berjaya.
Satu usaha yg sangat murni yg tak ramai sukarela utk melaksanakannya. Saya ada beberapa gambar nuri utk saya kirimkan kepada Tuan sebagai tanda saya menyokong usaha murni Tuan. Saya harap ianya dapat membantu Tuan. Mohon Tuan dapat berikan e-mail Tuan. Jazakallahhu khairan
Anon.
Terima kasih kerana melayar blog. Alamat emel saya ialah nibsny@yahoo.com. Sekali lagi, Terima kasih.
Anon.
Terima kasih kerana melayar blog. Alamat emel saya ialah nibsny@yahoo.com. Sekali lagi, Terima kasih.
Sama2 Tuan, InsyaALLAH saya akan bertanya kpd beberapa org pegawai kanan TD yg telah lama bersara termasuk salah seorg pegawai "pioneer commando GGK" di kawasan rumah saya. Baru tadi saya ada berjumpa dgn pioneer kdo ni dan bertanyakan ttg nuri. Beliau jawab ada tapi dia nak check dulu sbb benda dah lama sangat. Katanya beliau 'mungkin ada' bahan sejarah nuri mula2 sampai di negeri Sarawak. InsyaALLAH Tuan, sekiranya ada bahan2 tsbt, saya akan dapatkannya tapi akan mengambil masa yg panjang sedikit. Fm ANON Apr 18, 1:54am
Assalamualaikum tuan.
Betul tu tuan. Sumbangan yang diberikan oleh The Faithful Old Nuri tidak boleh dinafikan. Semoga Allah SWT membantu tuan menyiapkan buku tersebut
Assalamualaikum,
Didoakan agar Mejer sihat walafiat, menarik sangat posting dari Mejer ni, saya anak jati Kampung Lasah, Sungai Siput (U), Perak, anak kelahiran tahun 70an, memang saya dibesarkan dengan Nuri berlegar2 di atas atap rumah org tua saya, saya juga antara anak-2 kampung yang selalu pergi mendapatkan baki gasoline Nuri dari tong drum selepas Nuri dipenuhkan tangkinya. Mungkin Mejer pernah terbangkan Nuri ke kampung saya.
Waalaikumussalam Saudara Jana Rezeki,
Terima kasih. Memang Lasah bukan asing bagi saya walaupun saya hanya berada di padang yang dikelilingi oleh pokok kelapa sawit.
Assalamualaikum tuan,
Semoga tuan didalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.terima kasih diatas usaha tuan yang tidak pernah mengenal erti jemu mengetengahkan jasa-jasa anggota keselamatan suatu ketika dahulu baik sewaktu aman mahupun semasa era konfrontasi dan insurgensi.
Saya Ismail b baharuddin dari klang,merupakan anak kepada Arwah Sjn Baharuddin yg menurut beliau pernah bertugas bersama-sama tuan dan ramai lagi seperti kapten Murad dan beberapa nama lagi yang saya tidak ingat,terutamanya semasa operasi di Gubir.beliau pernah bertugas di pangkalan udara kuantan,butterworth,dan beberapa tempat sebelum menamatkan khidmat beliau di pangkalan udara Labuan.
semasa beliau bertugas didalam angkatan tentera beliau banyak mengambil gambar-gambar,namun ada yang telah hilang atau rosak dan ada juga yang masih elok.gambar-gambar milik arwah sering saya gunakan sebagai rujukan untuk replika-replika pesawat yang saya buat untuk koleksi sendiri mahupun untuk dijual.
Jika tidak keberatan saya ingin berkongsikan gambar-gambar tersebut untuk tatapan warga pembaca yang mungkin secara langsung atau tidak turut terlibat dalam pasukan keselamatan,mahupun untuk para peminat sejarah tanah air khususnya semasa era insurgensi.
Semoga segala usaha tuan baik semasa didalam tentera mahupun sekarang sentiasa dihargai dan diberkati Allah s.w.t.
Terima kasih.
Waalaikumussalam Saudara Ismail,
Terima kasih kerana melayari blog saya. Sudah pasti saya mengenali ayahanda anda kerana kami sama2 pernah bertugas di No 3 Skuadron, TUDM Butterworth. Beliau kerap kali mengiringi Nuri saya sebagai gunner Alouette gunship. Kami banyak terlibat dalam operasi di Gubir dan Kroh.
Saya mendahului dengan mengucapkan terima kasih diatas kesedian anda kongsi bersama gambar2 tersebut. Saya harap anda boleh scan dan emel kepada saya. Saya menghadapi masalah apabila gambar2 diambil melalui mobile phone dan dihantar melalui WhatsApp kerana imej gambar 'pecah' apabila diperbesarkan.
Catat Ulasan