Pengikut

Jumaat, 13 Mei 2016

The Old But Faithful "IRON BIRD"

Lanjutan daripada coretan di SINI.

Sebenonya, apa yang saya maksudkan 'Penaja' bukannya 'menderma' sejumlah ongkos tanpa sebarang balasan. Apa yang saya harapkan ialah penaja bersetuju untuk membeli sejumlah buku yang bernilaikan kos pencetakan. Jujur saya katakan, kos menerbit buku ini boleh tahan juga. Tanpa kesedian/jaminan sesuatu entiti, kemungkinan hanya tinggal satu impian saja.

Tak apalah. Apa yang bermain dalam fikiran saya diterjemahkan dalam deraf berikut.





Pada 5/5/16 lepas, saya telah terbang ke KL untuk berbincang dengan seorang bakal penaja/pembeli. Mungkin penghujung bulan ini akan dimaklumkan sama ada organisasi beliau sedia membeli buku itu nanti. Jika responsnya positif, syukur alhamdulillah. Tindakan seterusnya ialah cuba mendapatkan orang beso tertentu untuk menukil "Forward" dan memohon ISBN daripada Perpustakaan Negara. Saya hanya merancang untuk mencetak 500 naskah sahaja...kira2 Limited Edition le...He...He...He.

Jika sebaliknya, tak apa kerana dah tak ada rezeki. Pokoknya saya telah mencuba. Dan sekurang-kurangnya saya ada satu salinan deraf sebagai kenangan.

Ini sajalah sumbangan yang termampu saya laksanakan untuk mengabadikan The Iron Bird, wallahualam.

14 ulasan:

Zalan73 berkata...

Assalam Tuan,
Jika buku ini berjaya di terbitkan saya ingin membelinya satu. Berapa agak2 harga nya?

Zalan73 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Tuan..kalau org ramai ingin dapatkan kalau buku ini berjaya di keluarkan nanti...adakah sama seperti buku2 yg lepas

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam Saudara Mohamad Roslan Hussin.

Terima kasih kerana menunjukkan minat untuk membeli buku saya yang tidak sepertinya ini, jika penerbitannya menjadi kenyataan. Saya menganggarkan harga lebih kurang RM120 senahkah utk Semenanjung dan RM130 untuk Sabah/Sarawak. Harga ini termasuk poslaju, walllahualam.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anon.

Maaf saya kurang pasti apa yang dimaksukan "...sama seperti buku2 yg lepas". Buku ini lebih mirip kepada 'coffee-table' book dengan hard cover, glossy paper dan berwarna, insyaAllah. Penerbitan buku seperti ini melibatkan kos pencetakan yang tinggi.

Rozmal bin Malakan berkata...

Assalamualaikum, Viralkan di FB tuan. InsyaAllah boleh dapat 500 orang untuk advance kepada tuan.

Zalan73 berkata...

Nanti bila di terbitkan tlg rezebkan saya satu..Saya berharap ianya menjadi kenyatan.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Mohamad Roslan Hussin.

Terima kasih. Jika dimakbulkan-Nya, saya akan memaklumkan anda, insyaAllah. Tadi telah poslajukan deraf "Forward" dan buku kepada orang kuat tertentu memohon agar bosnya sudi menukil sepatah dua kata, wallahualam.

Zalan73 berkata...

Inshaa Allah & Terima kasih. Saya berharap selepas projek ini berjaya atau sebaliknya Tn tidak berhenti menulis. Saya suka jika Tn dapat buku kan kisah2 perjuangan para wira tak di dendang kita. Terutama kisah2 seperti ops bamboo,ops selamat sawadee dan sebagainya. Cerita2 begini patut di ketengahkan dan dibukukan..

Tanpa Nama berkata...

Tuan..maksud saya takdi..cara pembelian adakah sama seperti buku2 yang terdahulu...tuan telah jelaskan pada pertanyaan dari saudara Roslan...saya menulis guna talifon..lagi pun masa tu pinjam internat kedai mamak..TQ untuk info...sy berharap buku baru ini akan jadi kenyataan seperti harapan semua.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Mohamad Roslan Hussin.

Terima kasih. Jujur dikatakan, saya juga agak sedih kerana para veteran agak berat untuk menceritakan pengalaman mereka. Saya sedia memaparkan dalam blog saya jika mereka setuju. Itu yang termampu saya laksanakan.

Saudara Anon,

Jika dimakbulkanNya, pembelian buku secara menghubungi saya. Saya le penulis, penerbit, jurujual, book-keeper, dan despatcher. Semua sendirian bhd...He..He..He.

Unknown berkata...

Salam tuan,

Jika buku ini berjaya diterbitkan, saya ingin membelinya satu naskah sebagai kenangan. Hasil pembacaan saya, tuan sedia maklum harganya dalam lingkungan RM120 termasuk pos. Untuk makluman tuan saya masih mampu untuk memilikinya dengan anggaran harga tidak melebihi RM200.

Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik tuan untuk memaklumkan pada saya apabila terbitan naskah buku ini menjadi kenyataan. Insyallah.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

Raja Borhannuddin bin Raja Mohamad
0139093821
borhanbest@gmail.com

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam,

Terima kasih diatas minat terhadap karya saya. Harapan menggunung tidak kesampaian untuk mendapatkan 'guaranteed buyer'. Namun demikian, sedang memikirkan masak2 sama ada meneruskan hasrat dengan perbelanjaan sdn bhd. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan nanti, insyaAllah.

Nazri berkata...

As salam tuan..saya pun berminat nak membeli..sekiranya naskah tuan berjaya di terbitkan saya tidak mahu melepaskan peluang membeli buku tuan...-Cikgu Nazri SMK Banggi