17 September 2017 mungkin begitu bermakna kepada PW1 Salehuddin bin Ahmad. Pada malam itu, TUDM akhirnya mengiktiraf inovasinya, SALEH STRECHER/STRECER SALEH. Saya yakin ramai tidak tahu salasilah strecer ini. Saya tak berhasrat untuk bersoreh asal-usul strecer atau pun siapa dia itu Saleh. Dah lama ditulis dalam blog ini dan juga turut disiar dalam "Helicopter Heroes" yang disiarkan dalam History Channel pada Ogos 2015. Malahan saya mendedikasikan sumbangan beliau dalam coffee-table book, Sikorsky S61A-4 NURI: The Old But Faithful "IRON BIRD" (hlm. 133) yang diterbitkan pada 2016.
Sikorsky S61A-4 NURI: The Old But Faithful "IRON BIRD"
Saleh Stretcher
Pada malam itu, TS PTU telah menganugerah beliau...
PTU menyerah Sijil Penghargaan kepada PW1 Salehuddin
Diapit oleh anak-anak kesayangannya
En Saleh telah menghubungi saya memaklumkan bahawa beliau sebenarnya telah menyediakan tek ucapan untuk malam itu. Namun, disebabkan perasaan pilu menyelubinginya apabila melihat rakan seperjuangan yang terkorban dalam tragedi 26.4.1976, beliau tidak mampu membaca tek ucapannya itu. Walau bagaimana pun, beliau telah menghantar tek tersebut kepada saya seperti berikut:
Tek ini diemelkan oleh anaknya, Noorziana Salehuddin, pada 19.9.2017:
Assalammualaikum uncle,
Di sini, gee sertakan dokumen yang abah dah edit dan juga speech yang sebenarnya abah nak bagitau pada malam majlis tu... malam tu abah dah tak boleh nak cakap speech yang dia dah plan, sebab sedih dgn tayangan video arwah/mendiang kawan2 dia malam tu... jadi apa yang abah plan nak cakap memamg tak terkeluar...
Thank again,
Saya sungguh terharu membaca tek dan juga emel tersebut. Seperti yang saya nyatakan diposting sebelum ini, saya bersyukur kepada Ilahi kerana akhirnya TUDM menghargai inovasi En Salehuddin.
Kepada En Salehuddin....Saya tidak mengharapkan apa2 balasan. Apa yang mampu saya ucapkan diatas kata2 saudara dan juga kedua-dua anak Encik hanyalah.....TERIMA KASIH ENCIK.
Kepada En Salehuddin....Saya tidak mengharapkan apa2 balasan. Apa yang mampu saya ucapkan diatas kata2 saudara dan juga kedua-dua anak Encik hanyalah.....TERIMA KASIH ENCIK.
4 ulasan:
Assalamualaikum. Saya amat berbangga memounyai wira-wira seperti Tuan. Semua wira2 angkasa ini adalah sebahagian dr sejarah negara yang akan terus dikenang sampai bila2. Pengiktirafan inovasi seperti ini adalah sesuatu yg amat besar maknanya kepada PW1 Salehudin yg membuktikan bahawa anak tempatan tidak kurang hebatnya berbanding dengan bangsa2 lain di dunia. Saya terhutang budi pd anda semua kerana keamanan yg saya kecapi sekarang sedikit sebanyaknya adalah atas pengorbanan anda semua. Saya doakan agar anda semua diberkati dunia dan akhirat.
http://www.dailymotion.com/video/x614t8x
https://www.hmetro.com.my/utama/2017/10/269308/pilot-selamat-nyawa
Assalam, adakah Tuan orang yang dicari? ��
Waalaikumussalam Anon,
Terima kasih. Setelah merujuk kepada Log Book, saya bukan orang yang dimaksudkannya. Saya telah menguar-uarkan kepada kumpulan WhatsApp Nuri Warriors bertanyakan siapa yang terbabit. Setakat ini, Lt Jen Dato' Nawi Alias, yang ketika kejadian adalah OC No 3 Skuadron, masih ingat insiden tersebut dan beliau memaklumkan bahawa beliau telah melawat casevac berkenaan di hospital Pulau Pinang tetapi tidak ingat siapa aircrew terbabit, wallahualam.
Catat Ulasan