Pengikut

Ahad, 22 April 2018

Perginya Wira Di belakang Tabir

Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama Datuk Mocktar Mahmud Baginda sebelum membaca berita ini...

Saya rasa Chin Peng tiada dalam gambo ini. Dari kiri: Abu Samah, Mocktar Mahmud, Abdullah C.D., Abdul Rashid Mahiden (UM21.04.2018)

Sapertimana yang saya jelaskan di SINI, secara peribadi saya tidak mengenali arwah. Namun demikian, saya ralat kerana tidak dapat memenuhi hasratnya untuk bertemu dengan saya. Saya masih ingat yang beliau sedia pergi ke KL jika saya setuju walaupun di waktu itu beliau agak uzur. Apakan daya, dah tak ada rezeki! 

Sebagai siaran ulangan, apabila membaca buku ini, saya terfikir bagaimana tiba2 ada rundingan di antara Malaysia dan PKM. Buku "The Unsung Heroes" menceritakan peranan yang dimainkan oleh bos SB yang mewakili gomen semasa berunding dengan wakil Chin Peng sebelum termeterainya 
Perjanjian Damai pada 2 Disember 1989. 

Sebanyak 5 rundingan, iaitu pada 2-4 Feb 1989, 15-17 Mac 1989, 11-13 Mei 1989, 2-3 Okt 1989 & 2-4 Nov 1989 telah diadakan di antara kedua-dua pihak yang dipengerusikan oleh Jen Dato' Kitti Ratanachaya di Phuket, Thailand. Beliau ketika itu menjawat Commander Thai 5th Infantry Division dan Thai-Malaysian Combined Tasked Force. Yang bestnya, beliau telah mendokumentasikan minit mesyuarat2 tersebut dalam bukunya, "The Communist Party of Malaya, Malaysia and Thailand."
 
Sebagaimana yang dikatakan di atas, persoalannya, bagaimana secara tiba2 rundingan di antara Malaysia dan PKM diadakan? Apa cerita di belakang tabir? Pencetusnya sudah pastilah SB tetapi siapa yang terbabit selain SB? Mungkin gomen tak nak cerita di belakang tabir...mungkin juga le...entah le!

Tetapi dengan kuasa-Nya, persoalan saya terjawab apabila membaca buku ini...

Coretan terbabit boleh dibaca di SINI.

Sebagai rumusan, sumbangan Allahyarham sungguh hebat. Mana tidaknya, peranan yang dimainkannya mennoktahkan ancaman kebangkitan semula insurgensi komunis yang dihadapi oleh negara tercinta ini selama 21 tahun, 1968-1989.

Ternoktah Satu Perjuangan 

2 Disember 1989...Haadyai
Termeterai satu perjanjian
Ternoktah satu perjuangan
Tiada lagi pemburu
Tiada lagi diburu
Tiada lagi ratapan kehilangan yang tersayang
Tiada lagi siburung besi bahan buruan
Angkara peluru tidak mengenal sasaran
Baik kawan atau pun lawan
Tiada lagi kecacatan ditanggung badan
Sehingga ke akhir hayat
Angkara jerangkap samar
Inilah harga satu pengorbanan
Demi untuk negara tersayang
Tetapi...kini hanya tinggal kenangan
Tanpa sebarang penghormatan
Tanpa pengiktirafan
Apakan daya dah nasib badan
Menggadai nyawa dipinggirkan
Mengharum negara wira kebangsaan
Wahai wira-wira...darat dan udara
Pasrah hadapi alam kenyataan
Penuh cabaran bukannya khayalan
K e s i a n...!!

Dengan pemergian Allahyarham Datuk Mocktar, hasrat untuk menulis kisah INI terpaksa diKIV.

Semoga Allah menempatkan rohnya bersama para solihin...Al-Fatihah...


Related image

Tiada ulasan: