20 Nov 1955...
...Chen Tien memberi 2 lagi syarat tambahn pada Too untuk disampaikan kepada Tunku sebelum masuk semula dalam hutan. Tunku memberi respon sewajarnya.
...Secara umumnya, lokasi dan tarikh rundingan di antara Tunku dengan Chin Peng more or less sudah diketahui.
...Amnesty masih berjalan. Safe area untuk PGK yang nak menyerah diri masih dikekalkan.
Adakah Chin Peng menghormati initiatif ini semua? Adakah dia betul-betul jujur menyaksikan agar rundingan dilakasnakan?
Tentu tidak kerana kerana pada 20 Nov, jam 0200 sejumlah lebih kurang 100 PGK telah menyerang dan 'menawan' kampung baharu Kea Farm di Cameron Highlands. Mereka ini dari 27th Section dan 25/29 Section, 31 Independent Platoon yang kebiasaannya beroperasi "...in 10th MCP and 7th MCP Districts respectively." Menurut Dato' Seri Yuen Yuet Leng, "...the MCP made a major effort to demoralise the Home Guard (HG) in an effort to strengthen their negotiating position." (Yuen Yuet Leng, The Defence of Kea Farm. Dalam Brian Stewart, Smashing Terrorism in the Malayan Emenrgency, (2004), Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd, hlm. 5-6).
Lokasi Kea Farm
Ketika penghuni kampung sedang nyenyak tidur dengan selimut tebal kerana hujan lebat, PGK telah surrounded pos Home Guard (HG). Kekuatan HG ialah lebih kurang 60 orang. Pada jam 0200, tiba masa pertukaran sentri yang melaksanakan tugasan rondaan. Bila gate dibuka, PGK meluru masuk dan mengambilalih pos. Malah sebelum gate dibuka, sebahagian daripada mereka telah masuk ke perkarangan pos setelah memotong perimeter fence di dua lokasi.
Seterusnya PGK telah mengikat tangan ketua platun HG, Lai Yin Hoong (kiri, The Straits Times, 22 Nov 1955, hlm.) dan mengarahnya membawa mereka ke rumah Komander HG, Thong See Heng. Menurut Lai, selain kaum Cina terdapat orang Melayu dan India dalam kumpulan PGK. Dia diarahkan kembali ke posnya setelah menunjukkan rumah bosnya. Dia pun ikut sajalah arahan itu. PGK mengarah Thong keluar dari rumah dan dipaksa membawa mereka ke kampung Kea Farm untuk membuat "...house-to-house search for shotguns." Dia mengaku dia tidak mampu melawan mereka. Dia dapati PGK telah merampas senjata dan peluru kepunyaan HG.
Selain mencari senapang patah, menurut Yip San San, Ketua Kampung, pengganas-pengganas 'melawati' 5 buah kedai dan kebas bahan makanan berjumlah Dollar 300. Nak tahu apa yang mereka kebas? Hampir 5 1/2 pikul beras, 2 pikul tepung, 69 kati minyak masak, 58 tin sardin, 68 tin susu, 20 paket tembakau, 16 tin teh, 70 kati garam, 21 kati biskut, 24 kati serbuk kari, 39 tin daging (tinned meat), 10 kati udang, 20 kati ikan masin, 5 paket ubat, 3 lampu minyak, 4 gelen minyak tanah, 48 bulb lampu picit dan 25 guni. Semua barang ini dimasukkan dalam 25 guni.
Yip seterusnya menceritakan yang dia diarah menunjukkan rumah Chou Yin San, 41 tahun, iaitu seorang petani dan juga anggota HG. Apabila tiba di rumah Chou yang tinggal bersama 2 orang siblings perempuannya, mereka mengarah dia keluar. Bila keluar saje, diikat tangannya "...then stabbed him twice in the neck and once in the chest." Mati le seorang HG!
Selepas itu, Yip ditanya mengenai seorang lagi tapi mereka tak tahu namanya. Yip kata dia tak kenal orang itu...terselamatlah dia!
Mesti ingat...semua ini berlaku dalam hujan lebat dan tiada sebarang tembakan senjata api. Jadi anggota polis tidak menyedari apa yang sedang berlaku!
Selepas itu mereka quietly menuju ke balai polis yang jaraknya lebih kurang 850 ela saja. Balai polis dianggotai seramai 6 orang mata-mata termasuk OCSnya, Kpl Zakariah bin Mohamed Aziz. Menurut Zakariah, beliau mendengar laungan surrender dari luar. Dia ingatkan ada PGK nak menyerah diri. Jadi, dibukalah pintu tapi tak ada orang yang kelihatan. Mengesyaki ini adalah musuh, cepat-cepat dia tutup dan kunci. Seterusnya, PGK melaung supaya mereka menyerah diri. Jawapannya, no way...mereka tidak akan menyerah diri. Selepas itu, PGK melaungkan supaya kaum hawa dan kanak-kanak meninggalkan stesen kerana mereka nak bakar stesen tersebut.
Zakariah cuba menghubungi Tanah Rata tetapi talian telefon dah mati...kabel telah dipotong oleh PGK. Zakariah cuba menghubungi bantuan melalui radio VHF. Masalahnya, generator berada di luar stesen. Jadi, dia mengarah seorang anggotanya menghidupkan generator. Betul-betul masuk mulut harimau le...terus ditangkap.
Zakariah mengarahkan PC Osman bin Kassim cuba memboleh kepungan untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan Gurkha di kem mereka di Brincang, lebih kurang 2 batu. Osman berjaya membolos kepungan PGK dalam gelap gelita dengan dibantu oleh hujan lebat. Dia pun berlari ke kem Gurkha.
Tapi komunis terlupa, mereka hanya boleh merancang, Allah yang menentukannya. Stesen tak terbakar kerana hujan lebat....sungguh hebat kuasaNya!
Sejurus kemudian...bang...bang...bang PGK menembak mereka.
Sumber: The Straits Times, 22 Nov 1955, hlm. 9
Sementara itu, Zakariah mengarahkan pula PC Abu bin Sipes dan PC 25203 Omar bin Mohd Esa keluar ke belakang stesen melalui trap-door ke trench di bawah stesen.
Dari kiri: PC Osman bin Kassim, PC Abu bin Sipes
Munurut Abu, apabila mereka berdua berada di dalam trench, tembak-menembak berhenti. Ini bererti PGK telah menawan stesen. PGK pula turut turun ke dalam trench dan menembak ke arah mereka berdua. Tembakan musuh telah mengorbankan Omar. Bukan itu saje tindakan kejam mereka. PGK menuangkan 2 tin minyak geh (minyak tanah) dalam trench dan menyalakan api. Apa lagi...menyemaraklah api mengejar Abu. Menurut Abu lagi, "I could feel the heat and decided to go up the bank behind" dan mendapati PGK sedia menunggunya. Mereka pun merampas senjatanya.
4 orang anggota polis dibawa ke pos HG di mana semua orang kampung dan kaum keluarga anggota polis dikumpulkan.
Setelah hampir 2 jam bermaharajalela dalam kegelapan dan hujan lebat dan memberi amaran kepada penghuni Kea Farm, PGK mengambil "...their sacks of loot, formed columns on the road, and marched out through the gate" menuju ke hutan.
Pasukan Gurkha tiba di Kea Farm pada lebih kurang jam 0600 tetapi PGK dah lama menghilang.
Serangan ini mengakibatkan masing-masing seorang anggota polis dan HG terkorban dan kehilangan 33 shotguns dan 3 laras rifel serta 642 butir peluru.
Operasi follow-up yang dilakukan oleh PK mendapati lokasi dimana PGK berkumpul sebelum menyerang Kea Farm adalah "...on the edge of an amnesty "safe" area." Trek menunjukkan mereka melalui safe area ini dalam perjalanan mereka ke kampung tersebut.
Selain pasukan Gurkha, pasukan Royal Artillery diatur gerak ke Kea Farm dan mula membedil kawasan-kawasan tertentu.
Cukuplah buat masa ini. Bersambung...InsyaAllah.
Sumber:
1. The Straits Times, Two hours to do as they please-killing, looting, 21 Nov 1955.
2. The Straits Times, The haul: Guns, rice, milk and tobacco, 21 Nov 1955.
3. CO 1030/31, Telegram from Sir D. MacGillivray to S. of S., (Secret), 21st November, 1955 16.15 hrs.
4. The Straits Times, The night terror ruled a village, 22 Nov 1955.
5. The Straits Times, All-Out War Again: But amnesty offer remains open, 22 Nov 1955.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan