Mendarat saje di KL, Wylie dan Too pun terus dipandu ke rumah Tunku untuk memberi taklimat. Selepas itu, gomen pun mengumumkan bahawa kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan mengenai tarikh, masa dan lokasi rundingan tersebut.
Selain tempoh, zon genjatan senjata dan larangan tinjauan udara di bawah 10000 kaki yang dinyatakan sebelum ini, pengumuman tersebut juga menyatakan "...Chin Peng will be accompanied by two representatives, one of which is a Malay. They will be escorted by a conducting officer who will bring them to the meeting place. The necessary measures for the safety and reasonable comfort of Chin Peng's will be provided."
Namun demikian, butiran tidak diumumkan atas sebab keselamatan (The Straits Times, Malayan Reds Warned, 27 Dec 1955, hlm. 1).
Demam rundingan dah pasti le menyelubungi seluruh Malaya. Tunku dah tegaskan apa yang akan beliau jelaskan pada Chin Peng. One thing for sure, no negotiation! Noktah.
Chin Peng bagaimana? Orang Melayu dalam rombongan Chin Peng? Adakah Chin Peng hanya akan berdiam diri begitu saje? Dah pasti...Tidak. Jadi apa strateginya untuk melenturkan ketegasan Tunku dan mendapat simpati rakyat? Guna akhbar! Dia pun pos kenyataan kepada akhbar yang diposkan dari Pulau Pinang pada 24 Dis 1955. Salah satu penerimanya ialah The Straits Times; berapa ramai penerima...wallahualam. Kenyataan ini ditulis dalam bahasa gomen (Inggeris le).
Pada 27 Dis, akhbar tersebut melaporkan kenyatan Chin Peng yang diterimanya pada 26 Dis. Dia beri amaran kepada Tunku dan Marshall bahawa rundingan itu pasti akan gagal melainkan PKM dibenar berkerjasama dengan semua parti dalam usaha mencapai kemerdekaan. Yang bestnya, Chin Peng mengakui bahawa kerjasama ini hanya untuk memberi gambaran kepada penjajah bahawa rakyat Malaya menolak penjajah. Selepas merdeka nanti, mereka tetap dengan objektifnya iaitu menjadikan Malaya sebagai People's Republic of Malaya. (The Straits Times, MCP Makes Its Demand Too, 27 Dis 1955, hlm. 1).
Dengan megahnya, PKM menegaskan "The Communists never want to hide their long-term aims of fighting for a Peoples's Democracy and Socialism. It must be pointed out that the foregoing programme advocated now by the Malayan Communist Party is not a programme for a Peoples Democracy."
Untuk mengelabukan mata rakyat, PKM mengumumkan perubahan struktur organisasi yang melibatkan kepimpinan parti. Struktur ini menyaksikan seorang Melayu, Musa Ahmad dilantik sebagai Pengerusi PKM dan seorang kaum India, Nathan, sebagai Naib Pengerusi. Chin Peng hanya mengekalkan jawatan Setiausaha Agong. Ini memberi gambaran bahawa PKM adalah sebuah parti pelbagai kaum (multi-racial) dan tidak lagi didominasi oleh kaum Cina. Tentu orang yang kurang faham mengenai status hieraki PKM ingat status Musa Ahmad bersamaan dengan Tunku, iaitu Presiden Parti UMNO/Perikatan. Sebenonya tidak; status Setiausaha Agong bersamaan Presiden UMNO/MCA/MIC.
Apa komen Tunku mengenai manifesto PKM ini? Komen beliau hanyalah "I will tell Chin Peng what I think about it when I meet him." (The Straits Times, 'It's Just A Rehash'-Marshal, 27 Dis 1955, hlm. 1).
Marshall? "...a rehash of the platforms of the various political parties."
Dato Sir Cheng Lock Tan, Presiden MCA yang akan turut hadir dalam rundingan itu nanti mengenai tuntutan Chin Peng ini? Semasa ditemubual oleh wartawan The Straits Times di Singapura pada 26 Dec 1955, dia menyangggah kenyataan Chin Peng sebagai "...a very, very cunning document. Even if I believed these 'aims' of their to be true, I would refuse to associate myself with them. We cannot trust the Communists-they are out to control the whole country."
Dia juga mengesahkan akan hadir di Baling nanti. Ini kerana dia mewakili MCA dan dia ada menerima beberapa surat dari Chen Tien yang mahukan dia hadir semasa rundingan itu nanti. Jadi, apabila diajukan soalan apakah pandangannya mengenai rundingan itu nanti, jawapannya ialah "...I cannot give my views on the meeting beforehand. I will hear what Chin Peng has to say first and then considers the matter with Tunku Abdul Rahman and Mr. Marshall." Namun demikian, kesimpulannya dia ialah "...Sooner or later they (the Communists) have to give in." (The Straits Times, MCP Makes Its Demand Too, 27 Dis 1955, hlm. 1).
Jen Bourne yang berada di London semenjak 2 minggu lepas untuk memberi taklimat kepada bosnya dulu, Gen Gerald Templer yang kini menjawat Chief of General Staff (Panglima Tentera Darat), tiba di KL pada 26 Dis. Dia ke sana untuk berbincang dengan Templer mengenai darurat. Ketibaannya disambut oleh pemangku Pengarah Operasi, Mej Jen E. S. Lindsay. Mereka terus balik ke rumah Bourne di mana Lindsay memberi taklimat kepada bosnya mengenai persedian Op Pink Gin. Apabila ditanya sama ada dia memohon trup tambahan untuk menangani darurat, dia menjawab "I have nothing to say just yet." (The Straits Times, Bourne, flies in, gets a briefing, 27 Dis 1955, hlm. 1).
Cukup le setakat ini. Bersambung, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan