Pengikut

Selasa, 13 November 2018

"Sambung PhD demi Nuri"

Tepat sekali tajuk yang diberikan oleh Roshila Murni Rosli, wartawan Sinar Harian pada 12 Nov 2018 berikut:

Sinar Harian, 12 Nov 2018, hlm. 33

Isteri saya, Siti Roffini pula memperkukuhkan tajuk akhbar tersebut apabila beliau menyatakan "the Nuri is the force behind your success." Ungkapan yang juga tepat sekali! Sebelum itu, Berita Harian juga telah melaporkan kejayaan ini pada hari konvokesyen itu sendiri iaitu pada 11 Nov 2018 di SINI

Maaf le...kerana terlalu teruja, sampai tersasul tempoh insurgensi yang sepatutnya 1968-1989; bukannya 1968-1969 semasa ditermubual.

Ini pula laporan Utusan Malaysia pada 13 Nov 2018:

Utusan Malaysia, 13 Nov 2018, hlm. 56

Glemor bebeno kali ini. Tapi, apa yang special sangat tentang si veteran ini sehingga mendapat liputan meluas? Nak tahu apa keistimewaan xNuripilot ini? 

Pada pandangan saya, nak dapat liputan dalam sesuatu majlis konvokesyen IPT, seorang graduan perlu tergolong dalam kategori ini: 1) paling cemerlang; 2) termuda; 3) tertua. Dan saya tergolong dalam kategori ke 3...He...He...He.

Setakat 69 tahun itu masih OK lagi. Allahyarham Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin menerima PhD ketika berusia lebih kurang 76 tahun. Jadi, saya kira masih muda le...He...He...He.

Semalam, 12 Nov 2018, pergi ke UUM untuk menghantar jubah dan ambil scroll. Ini le rupanya sijil PhD...
Dalam BM

Dalam bahasa gomen

Bagi mengabadi peristiwa yang begitu bersejarah bagi saya, diturunkanlah beberapa gambo...

Sebelum berkawat ke dewan bersama dengan graduan dari IPG

Sementara menunggu naik ke pentas

Giliran menerima ijazah

Senyum meleret

Selepas terima ijazah tapi masih dalam dewan

Graduan-graduan cemerlang ijazah pertama dan graduan tertua 2018

Ditemubual oleh para wartawan

Posing sikit

Bersama isteri tersayang

Sebelum balik ke rumah

Bersama Dr. Mohd Kasri Saidon



Saya tak tahu bagaimana perasaan anda sekiranya berada dalam situasi saya. Jujur saya katakan, saya sungguh teruja terhadap pencapaian ini. Kenikmatan ini hanyalah di atas keredhaanNya. Saya hanya mampu berusaha, Allah menentukannya. Apa pun, hanya syukur alhamdulliah yang termampu saya ucapkan.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan kepada Prof Madya Dr. Rohani Ghani selaku penyelia terhadap bimbingan serta kesabaraannya berhadapan dengan kerenah veteran ini. Tidak dilupai juga kaum keluarga, semua rakan-taulan yang sedia memberi kerjasama tanpa mengira waktu dan juga agensi-agensi gomen berkenaan. Dah pasti, isteri tercinta yang terpaksa banyak bersabar dan terpaksa mendengar Nuri...Nuri...Nuri hampir setiap waktu. TERIMA KASIH

Tiada ulasan: