Sambungan dari di SINI
Jangan
masuk...jangan masuk
Jam 4.07 petang.[1] Dari Kpg Nahandang Melangkap, Kapten Gabriel
melihat awan mula bertompok-tompok di Low’s Gully. Beliau sedar, matahari akan
terbenam kira-kira pukul 6.00 petang, menanda masuknya waktu maghrib. Masa yang
berbaki sekitar dua jam - suatu tempoh yang amat kritikal - untuk membawa
keluar enam anggota (masing-masing tiga dari kumpulan ekspedisi dan paramedik)
yang masih tersadai di Kevin's Cave. Berdepan dengan batasan masa ini, beliau
tanpa lengah membuat keputusan untuk melaku sorti ketiga ke lokasi tersebut.
Selain Mej Dr Shamsuddin dan anggotanya, Flt Lt Mowbray turut menyertai sorti
ini.
Cuaca sekali lagi tidak dapat diramal. Ketika menghampiri jurang itu, awan tebal mula menyelimuti Kevin’s Cave. Namun keadaan itu tidak mematahkan tekad Lt GabrieCuaca memang tidak dapat diramal. Apabila menghampiri jurang itu, awan mulai menyelimuti Kevin’s Cave. Namun awan tebal itu tidak sekali-kali mematah tekad Lt Gabriel. Beliau nekad untuk cuba masuk ke lokasi tersebut. Ekoran ini, beliau menaikkan pesawat melepasi tompokan awan yang menutup Kevin’s Cave sambil menaikkan pesawat melepasi tompokan awan sambil meninjau celahan kecil - ‘lubang’ awan - yang cukup untuk mengolah gerak pesawat turun ke lokasi tersebut.
Pencariannya tidak sia-sia. Beliau ternampak
satu lubang di atas lokasi itu – peluang yang tidak akan dilepas begitu sahaja.
Namun tidak begitu mudah. Jarak penglihatan menghalang beliau membawa pesawat
ke keadaan terapung melalui kaedah seperti sebelum ini. Daripada
pemerhatiannya, jarak antara dinding-dinding granit tampak agak lebar. Keadaan
ini memberinya satu-satunya pilihan yang ada, iaitu melaksana ‘...tight spiral descend…,’[2]
iaitu menurun secara berpusar. Tanpa berlengah, tangan kirinya menurun collective sementara ‘banking’ dengan tangan kanan menolak cyclic ke kanan sambil kaki kanan menolak pedal
kanan. Lt Gabriel perlu berhati-hati semasa banking bagi memasti tidak melebihi had maksimum 45ยบ
‘angle of bank.’[3]
Dengan tindakan itu, pesawat berpusing ke arah itu. Seperti biasa, Lt Nazhar
memantau panel instrumen sementara kedua-dua AQM memantau keadaan di sebelah
kanan dan kiri.
Apabila pesawat berada lebih kurang 300 kaki di atas lokasi yang dituju, tiba-tiba satu suara pecah di radio: “Jangan masuk...jangan masuk.”[4] Teriakan itu datang daripada seorang anggota CAR/paramedik di bawah melalui radio 2-hala Motorola. Penghuni Kevin’s Cave sememang mendengar bunyi dua enjin ‘General Electric 1500 shaft horsepower’ makin hampir setiap saat tetapi tidak nampak kelibat pesawat – hanya bunyi enjin sahaja. Zero visibility!
Keadaan pada ketika itu amat mencemaskan. Olah
gerak yang ada hanyalah ‘...tight spiral ascend...’[5]
Dengan tangan kirinya menaikkan collective, sementara tangan kanannya menolak cyclic ke kanan serta pedal kanan, pesawat mula
mendaki sambil berpusar. Dalam keadaan ‘Instrument Meteorological Conditions (IMC),’ iaitu tanpa rujukan visual
luar, Lt Gabriel menumpu sepenuhnya pada instrumen ‘artificial horizon’ - satu-satunya rujukan yang memaparkan
profil pesawat - agar tidak mengalami ‘spatial disorientation’ hingga akhirnya pesawat menembusi puncak
awan pada ketinggian 11,000 kaki - keluar dari keputihan awan.
Pendakian berpusar tersebut jauh daripada lancar kerana pesawat terdedah kepada badai bawah dan atas (updraft and downdraft).[6] Pesawat terasa ‘ditarik’ dan ‘ditolak.’ Menyedari risiko meningkat, kapten membuat keputusan untuk kembali ke pangkalan hadapan. Pesawat mendarat pada jam 5.05 petang.[7] Setelah itu enjin dimatikan dan mereka menunggu peluang untuk membuat percubaan seterusnya.
Sebaik melihat Nuri mendarat, Lt Kol Robert Neill berjalan ke pesawat dengan membawa kameranya untuk menyambut tiga lagi anggotanya. Beliau melambai-lambai tangannya kepada para penyelamat. Sebaliknya, kegembiraan bertukar ke pada kekecewaan – tiada kelihatan Mej Ron Foster dan dua lagi anggotanya turun dari pesawat.[8]
*****
Demi masa. Hanya sejam sahaja sebelum sinaran sang
suria beredar. Lt Gabriel tidak mudah mengalah. Beliau tekad untuk cuba sekali
lagi sebelum kegelapan menyelubungi bumi. Ekoran itu, beliau membuat keputusan
untuk mencuba buat kali terakhir ke Kevin’s Cave. Dengan baki bahan api yang
sedia dan para penumpang yang sama, Nuri berlepas untuk sorti keempat ke lokasi
berkenaan pada jam 5.32 petang.
Cuaca sememangnya tidak dapat diramal. Sebaik menghampiri permukaan jurang, baik jurang mahupun kemuncak Gunung Kinabalu hilang daripada penglihatan dek diselubungi awan. Keadaan ini membuat kapten pesawat tiada pilihan selain membatal sorti menyelamat untuk hari itu. Ia merupakan satu keputusan yang amat berat baginya. Tambahan pula, dia sedia maklum bahawa ketiga-tiga paramedik – seorang anggota SAS dan dua CAR/paramedik – tidak membawa haversack masing-masing. Mereka terpaksa bermalam di situ di mana suhu mencecah lebih kurang 13-15 darjah dengan hanya pakaian yang dipakai semasa diturunkan. Anggota SAS tersebut dan LUK Aris hanya memakai pakaian celoreng, manakala LUK Mohd Noh memakai ‘overall’ biru.[9]
Lt Gabriel masih mengejar masa. Sebaik mendarat dan tanpa mematikan enjin pesawat, beliau mengarah AQM membuat ‘running refuelling,’ iaitu mengisi semula beberapa dram bahan api cukup penerbangan ke Lok Kawi. Seterusnya, pesawat berlepas ke Kota Kinabalu bersama para penumpang sebelum ini termasuk Mej Dr Tony Williams[10] serta Lt Kol Robert Neill dan Pbt Lam W.K. Pesawat mendarat di parkir kereta, Sabah Medical Centre, Kota Kinabalu, pada jam 6.35 petang.[11] Manakala Alouette III berlepas ke Lok Kawi untuk bermalam. Hari itu, kru Alouette III mencatat 2.30 jam penerbangan.[12]
Mej Jen John Folley memaklum bahawa satu Lembaga Penyiasatan akan ditubuh di Britain bagi meneliti punca lima anggota berkenaan boleh hilang semasa latihan selama 10 hari di Gunung Kinabalu. Beliau turut mengiktiraf komitmen anggota pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi SAR tersebut. Di samping itu, beliau juga merakam penghargaan kepada PDRM, Border Scouts, Renjer Taman Kinabalu serta penduduk kampung yang menyedia bekalan makanan di laluan yang dijangka menjadi pergerakan lima anggota tersebut.[14]
*****
Setelah bersendirian di biliknya, Lt Kol
Robert Neill menelefon isterinya Fiona di Yorkshire. Namun, hanya kedengaran ‘ring...ring...ring’
– tidak diangkat. Ekoran itu, beliau menelefon pasukannya di York dan dijawab
oleh rakannya, Mike Lentz. Alangkah terkejutnya bila diberitahu bahawa Fiona
ada di situ. Fiona memberitahu suaminya bahawa beliau dan kedua-dua anak mereka
akan pergi sama ada ke Hong Kong atau Kota Kinabalu keesokan hari (26 Mac 1994) – tertakluk bila
beliau akan discaj dari hospital.[15]
*****
London. Sebaik sahaja menerima berita penemuan lima
anggota tentera itu, pada hari itu juga (25 Mac 1994) Perdana Menteri UK, John
Major, segera menghantar mesej kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr.
Mahathir bin Mohamad. Dalam mesej itu, beliau merakam penghargaan atas
kesediaan Malaysia menggerak tenaga dan aset - tanpa sebarang sekatan - bagi
usaha menyelamat lima anggota tentera
Britain berkenaan, meskipun hubungan kedua-dua negara ketika itu berada
dalam keadaan yang agak tegang.[16]
Ketegangan berpunca apa yang digelar sebagai ‘Pergau Dam Affair’ di UK. Akhbar Britain (The Sunday Times)[17] telah “...membuat serangan kononnya Dr Mahathir dan pemimpin negara menerima rasuah dalam meluluskan projek yang diswastakan.”[18] Kerajaan Britain sebaliknya mendiam diri terhadap dakwaan itu. Ekoran itu, sebagai protes, Kerajaan Malaysia telah membatal semua kontrak bernilai berjuta pounds (£).[19]
Bagaimanapun, hubungan dingin antara Malaysia dengan UK sama sekali tidak menghindar operasi SAR tersebut. Brig Jen Hussin menjelaskan “Politik tidak masuk campur dalam hal ini. Ini tentang askar membantu sesama askar.”[20]
*****
Hong Kong. Sama seperti Perdana Menteri UK, pada itu
juga Gabenor Hong Kong, Chris Patten, pula mengalu-alu usaha Malaysia apabila
dimaklum penemuan lima anggota tersebut. Dalam kenyataan rasminya, beliau
menyata:
“Saya mengucap tahniah kepada semua yang
terlibat dalam operasi menyelamat yang amat sukar ini - khususnya anggota
Angkatan Tentera Malaysia yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk
menyelamat para anggota yang hilang.”[21]
*****
Setelah dua anggota tersebut beredar, Lt
Gabriel menerbangkan pesawatnya ke Kem Lok Kawi untuk bermalam di situ. Hari
itu kru mencatat lima jam penerbangan.[22]
Walaupun dalam keletihan, selepas makan malam, beliau mengumpul anggotanya
untuk berbincang tugasan keesokan hari. Mereka sedia maklum cabaran yang
dihadapi. Beliau memberitahu mereka sekiranya berlaku sekiranya berlaku
sebarang kemungkinan terhempas, beliau akan mematikan kedua enjin bagi mengelak
pesawat meletup dan bakar apabila terhempap di atas bongkah-bongkah batu.
Tindakan ini dapat mengurang risiko musibah yang akan berlaku kepada mereka.[23]
Mereka seterusnya beredar ke penginapan masing-masing. Sebaik meletak kepala ke
bantar, terus lena dek keletihan fizikal dan mental.
Kevin’s Cave. Cuaca ketika itu begitu sejuk hingga terasa menusuk ke tulang hitam. Keadaan ini dihadapi oleh tiga anggota paramedik - LUK Mohd Noh, LUK Aris dan Wing (paramedik SAS) – yang tanpa haversack mereka. Bagi mengekang kesejukan, Wings telah membuat rumpun api daripada kayu-kayu mati yang terdampar di tengah sungai menggunakan pisau survival pada tengah hari sebelum sorti pertama Nuri. Mej Ron Foster pula menyerahkan beg tidur (sleeping bag) milik Lt Kol Robert Neill dan Pbt Lam W.K. kepada dua anggota CAR. Namun, biarpun ada api dan beg tidur, “...they were frozen, and passed a miserable night on rock mattresses.” [24]
Makanan bukan satu masalah mereka kerana terdapat bekalan yang dihantar oleh Kapt Mohamad Izhar pagi itu. LUK Aris dan LUK Mohd Noh memilih makanan yang diyakini halal seperti coklat dan biskut untuk mengalas perut. Pada malam itu, dek keterujaan Mej Ron Foster berbual hampir separuh malam dengan Wings, sambil berkali-kali menyediakan teh dan sup. Hanya selepas itu beliau akhirnya melelapkan selama beberapa jam.
[2] Ibid.
[3] Sikorsky. Flight
Manual for Royal Malaysian Air Force sebelum ini, 1-77.
[4] Penjelasan oleh PW U I Gobiraja a/l
Ayayoo (B) melalui telefon pada 30 Ogos 2025.
[5] Laporan oleh 372076 Lt Gabriel Buja
Joel TUDM, The Rescue Mission sebelum ini, hlm. 3.
[6] Penjelasan oleh PW U I Gobiraja a/l Ayayoo (B) melalui
aplikasi WhatsApp pada 18 November 2025.
[vii] Laporan oleh Phillip Sherwell bertajuk “Helicopter
blades almost touched the tree trunks” sebelum ini.
[8] Ibid.
[9] Penjelasan oleh Kpl U Wan Mustafa bin Wan Yusoff (B)
melalui aplikasi WhatsApp pada 15 November 2025.
[10] Lt Col Robert Neill & Major Ron
Foster. (1995). SOS sebelum ini, hlm. 237.
[11] Laporan oleh 372076 Lt Gabriel Buja
Joel TUDM, The Rescue Mission sebelum ini, hlm. 3.
[12] Laksma (M) Mohamad Izhar bin Hassan PTU (B), Buku
Harian Penerbangan Pemandu.
[13] Berita Harian, Tentera Britain yang hilang ditemui hidup,
26 Mac 1994, hlm. 1.
[14] Arkib Negara Malaysia, The Star, Major
thanks Dr M for help, 26 Mac, 1994, hlm. 1.
[15] Lt Col Robert Neill & Major Ron
Foster. (1995). SOS sebelum ini, hlm. 239.
[16] Arkib Negara Malaysia, The Star, Major
thanks Dr M for help, 26 Mac, 1994, hlm. 1.
[17] Tim McGirk
& Will Bennet, Independent, Pilot spotted ‘pebble SOS’ left
by lost soldiers, 26 March 1994.
[18] Berita Harian, Malaysia kecewa Britain diam diri,
2 Mac 1994, hlm. 1.
[19] Philip Johnston, Hopes raised for an end to tension. Koleksi keratan akhbar
tanpa nama akhbar dan tarikh PW U II Sandiran a/l Gopal (B).
[20] Tim McGirk & Will Bennet,
Independent, Pilot spotted ‘pebble SOS’ sebelum ini.
[21] Arkib Negara Malaysia, The Star, Major
thanks Dr M for help, 26 Mac, 1994, hlm. 1.
[22] Kapt Gabriel Buja Joel PTU TUDM, Buku
Harian Penerbangan Pemandu.
[23] Penjelasan oleh Kpl U Wan Mustafa bin Wan Yusoff (B)
melalui aplikasi WhatsApp pada 29 Oktober 2025.
[24] Lt Col Robert Neill & Major Ron Foster. (1995). SOS
sebelum ini, hlm. 244.







