SAYA PERCAYA ANDA MESTI ADA MENERIMA E-MEL SEPERTI DI BAWAH INI......
“You have 500,000.00 GBP from Hyundai Online Promo.Confirm this receipt by replying the due process unit officer (hyundai.claims00@9.cn) .....”
“This is to inform you that you have been selected for a cash prize of 1,500,000 (British Pounds) held on the 14th of September 2009 in London (United Kingdom).The selection process was carried out through random selection in Our computerized email selection system (ESS)London Uk......”
“Sorry to distract your attention, I am Mr. Abraham Zonog the bill and exchange manager in the bank of Africa Ouagadougou Burkina Faso. In my department, I found the deposited fund amounted $15m united state dollars owned by a disease customer who died in the air crash with his entire family......”
“PRIZE AWARD:
This is to inform you that your Email ID has won a prize Sum of €1,000,000.00 Euros only in an staats Loterij held in Netherlands....."
DAN BANYAK LAGI........! Sekiranya anda 'delete' semua 'sampah' ini....SYABAS saya ucapkan.
Tetapi jangan terkejut, ada segelintir rakyat Malaysia teruja menerima e-mel seperti ini dan tanpa berfikir panjang, mengikut saja arahan yang diberi. Tak percaya? Anda masih ingat satu ketika dulu ramai yang tertipu dengan 'black money/duit hitam'? Mangsa penipuan termasuk golongan profesional, seperti peguam!
Bagaimana ini boleh berlaku? Saya tertarik dengan komen 'Anonymous' keatas coretan saya bertajuk 'Beringat Sebelum Terlambat'. Petikan komen seperti berikut.....
'.....Tetapi konsepnya masih sama... SKIM CEPAT KAYA! Mana ada orang mahu ambil SKIM LAMBAT KAYA seperti yang ditawarkan kerajaan seperti ASB, Tabung Haji, Public Mutual dan sebagainya. Ini kerana sikap TAMAK yang melanda diri mereka yang tidak mahu bersyukur dengan insentif yang telah ATM berikan..... '.
Ambil kes duit hitam. Perancang penipuan ini boleh dikatakan rakyat dari benua Afrika. Macam mana anda boleh percaya dengan hanya mengguna dakwat hitam dan kertas putih sahaja boleh jadi USD! Ingat macam ini sajalah..... Sekiranya mempunyai 'keistimewaan' ini, baik tinggal di negara mereka sahaja - tidak perlu merantau beribu km untuk 'mengkayakan' orang Malaysia. Rakyat di negara mereka sendiri sepatutnya diberi bantuan. Lojik tak? Atau, tidak terfikirkah mengapa mereka tidak menggunakan kepakaran ini untuk menipu warga yang kaya di negara mereka sendiri, atau pun setidak-tidaknya warga negara berjiranan? Kerana.....warga Afrika tidak termakan dengan penipuan sebegini. Dengan lain perkataan......TIDAK TAMAK! Segelintir orang Malaysia? Fikir sendirilah.
Ambil kes e-mel. Bila masa pula anda beli tiket loteri di Holland atau England? Tanpa membeli tiket boleh menang ke? Sebagai orang Islam, anda sudah pasti tidak akan membelinya kerana loteri itu haram! Tak terfikir ke....dari lebih kurang 6 bilion manusia di muka bumi ini, anda dipilih untuk menerima Euro 1.5 juta....wow! Ada juga saya terima e-mel dari 'Microsoft' yang saya akan menerima wang dari syarikat ternama itu. Saya percaya ramai dari kita semua mengetahui yang Bill Gates telah menubuhkan satu yayasan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan....lebih kurang begitulah. Bantuan tersebut disalurkan melalui program-program di negara-negara tertentu....bukannya terus kepada individu. Masalahnya, ada orang percaya sehingga sanggup memberi nombor akaun bank mereka. Dengan kepintaran otak manusia yang berteknologi tinggi sekarang ini, jangan hairan sekiranya wang anda dalam akaun nanti.......0! Atau disiasat atas kesalahan 'money laundering'.
Anda anggap macam ini lah.....Skim Cepat Kaya ini seperti 'instant trees' yang ditanam oleh PBT. Dalam sekelip mata....terpacak pokok-pokok di bahu jalan. Ribut dan hujan datang ....tercabut semua. Ialah, mula-mula dipancing dengan memberi pulangan yang lumayan. Apa lagi, perasaan tamak mula menular.....tambah lagi pelaburan; bergadai-bergolok pun tak kisah. Tiba-tiba, kerajaan mengumumkan pelaburan dalam skim tersebut salah di sisi undang-undang dan semua urusniaga dibekukan......hancur lebur!
Skim Lambat Kaya pula umpama tanam pokok dari benih lagi (ini bagi kebanyakan kita, termasuk saya). Macam peribahasa Melayu....sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Keperitan untuk menabung akan membuat kita lebih berwaspada dalam mengurus kewangan kita. Kita akan lebih menghargai simpanan tersebut. Nak keluar duit akan berfikir beratus kali.
Pembaca, mana ada jalan mudah untuk menjadi kaya dalam sekelip mata. Memang kita disyorkan untuk berusaha......usaha yang tidak menyalahi undang-undang. Jangan salahkan sesiapa sekiranya anda dibebani hutang keliling pinggang.....tanggung sendirilah! Sentiasa bersyukur kepada Allah, insyaAllah selamat.
2 ulasan:
Squad,
Thanks for the Hari Raya visit. But it was so short, tak sempat nak berbual banyak.
I have received numerous such "winning notification" I knew they were all done by fraudsters who are waiting to pounce on gullible people.
I always deleted them. Don't even open them as your datas may be revealed as well.
One of my relative almost fell to such a scam:
She came to my house one day to borrow RM1000. Why? She said she wanted to credit it into an account in order to get the RM15,000 she had purportedly won. I called the h/p number and was suspicious when I heard a voice with an indonesian accent. I called a friend in Petronas, which was said to have sponsored the prize. He said there was no such thing! Incidently, he said he had received hundreds of such calls.
Careful when it come to money. There is no easy and short-cut way to make money.
Squad,
Thank you for your input. Next time I go back to Taiping, I'll give you a call.
Readers, please read my squad's comment.
Catat Ulasan