Saya tertarik dengan laporan yang disiarkan oleh akhbar The Star pada 17 November 2009. Sempena penutupan kutipan dana untuk Hari Pahlawan, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar veteran-veteran tentera mengabadikan pengalaman mereka. Beliau mencadang supaya pengorbanan wira-wira negara ini semasa mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara tidak dilupai. Ini boleh dilaksanakan melalui filem dan penulisan.
Keratan saranan beliau ....
Tuesday November 17, 2009
Be more creative, ex-servicemen told
KUALA LUMPUR: The Malay-sian Ex-Servicemen’s Association should resort to more creative approaches to instill the spirit of patriotism among the younger generation and in doing so, collect more donations for the Warriors’ Day in future, said Datin Seri Rosmah Mansor.
She said to realise the objective, more talks must be held on heroism, more literary works be produced besides films and documentaries of the heroic efforts and sacrifices made by the nation’s warriors in fighting for peace and sovereignty of the country.
Saya memang setuju dengan cadangan tersebut. Malah sebelum beliau menyuarakannya lagi, saya telah menulis kepada Ketua Pengarah PLKN pada 7 Ogos 2009. Secara ringkasnya, saya mencadangkan agar wira-wira dijemput untuk memceritakan pengalaman mereka. Saya percaya, untuk membakarkan semangat patriotisme dikalangan generasi muda, buat permulaan pendedahan wajar disasarkan kepada pelatih-pelatih PLKN. Sedih sekali, seperti yang dijangkakan, sepi seribu bahasa....!
Pada 13 November, saya telah menghantar peringatan melalui e-mel kepada Menteri Pertahanan dan KSU beliau berkaitan perkara tersebut. E-mel berkenaan, petikannya di bawah, menjadi bahan coretan dalam blog saya bertajuk "Menagih Janji".
"Pada 7 Ogos 2009, saya ada mencadangkan kepada Ketua Pengarah PLKN agar penerima pingat-pingat keberanian - SP, PGB, JPP, PTU dan KPK - dan warga tentera yang mengalami kecacatan anggota semasa menjalani operasi menentang keganasan PK, dijemput untuk menceritakan pengalaman mereka kepada remaja-remaja yang mengikuti latihan PLKN. Bayangkan, wira-wira datang berkerusi roda atau hilang penglihatan menceritakan bagaimana mereka menjadi cacat. Saya percaya kaedah ini akan memberi impak yang diharapkan oleh kerajaan."
Memang betul jangkaan anda...sekali lagi, sepi seribu bahasa!
Saya terbaca blog squad-mate saya, Lt Kol Robert Rizal Abdullah (B) - pgbwarrior.blogspot.com - bertarikh 12 Disember 2008, yang meluahkan kekecewaan beliau untuk mempromosikan bukunya ketika itu. Beliau memohon kerjasama Markas ATM tetapi... quote '...My initial inquiry from Markas ATM was not promising as it would incur quite a large sum of money which I couldn't afford...'unquote. Dalam bahasa kasar...bolayan! Beliau terpaksa mengiklan melalui blognya. Buku-buku tersebut boleh dibeli dengan menghubungi beliau melalui telefon.
YBhg Datin Seri Rosmah Mansor...bukannya semua wira-wira ini tidak berminat untuk mengabadikan pengalaman mereka. Saya sendiri sedia menyahut seruan Datin Seri. Masalahnya...sedangkan cadangan kepada PLKN tidak mendapat sebarang respons dari pihak berwajib...manakan pula ada yang berminat untuk membeli/membaca buku tentang cerita yang sudah lapuk dimamah zaman. Paling mustahak sekali...siapalah sipenyibuk Mej Nor Ibrahim Bin SulaimanTUDM (B) ini...betul tak???
Para pembaca yang dihormati, selamat datang ke alam kenyataan...CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!
3 ulasan:
Squad,
Now I remember that particular incident. I called Markas ATM to find out whether they could help me in the launching of my books. They were saying something that I translated as I would have to bear the cost of the after-launching refreshments for all. That would come to RM2,000.00. That was too much for my pocket. So, I had to look for other avenues.
Luckily, our Squad, Dato' Nik Zaaba was organising a PBTM function where Datin Jean Abdullah was invited to grace the occasion. So I hooked myself to that function. Squad Nik was very helpful and helped organised my wonderful book launch at the Mandarin Hotel, KL on 10 December 2008. Thanks Squad Nik Zaaba. I'm indebted to you for that. Next time we meet I'll belanja you teh tarik and kuey teow goreng with plenty of kerang/udang.
Tuan,
Agak elok sekiranya bekas-bekas perajurit dapat dijemput untuk menceritakan pengalaman mereka kepada generasi muda menerusi PLKN, sekolah dan sebagainya. Sememangnya, generasi muda sekarang tidak mengambil tahu soal pertahanan dan perjuangan wira-wira kita dahulu. Jika diteliti dalam buku sejarah sekolah pun, tidak diceritakan secara lanjut tentang perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan kita dalam menentang insurgensi dan konfrontasi. Generasi muda sekarang lebih ambil tahu tentang hiburan dan gosip-gosip terkini artis kesayangan mereka. Hanya segelintir golongan muda terutamanya yang menyertai tentera samada sebagai anggota tetap mahupun simpanan sahaja yang lebih mengetahui tentang soal pertahanan. yang lain-lain masih mempunyai mentaliti "Apa gunanya tentera, bukan nak berperang pun zaman sekarang"
2Lt Peh,
Sad but you said is very true indeed.
I agree with your suggestion that the young generation should be exposed to what the older generations had done and sacrificed, through PLKN, Rakan Muda and school activities.
Catat Ulasan