24 November 2009...Syukur Alhamdulillah. Pada hari tersebut saya tidak menarik troli golf kerana membawa isteri ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, untuk temujanji dengan doktor pakar perubatan,
Dato' Dr Muhammad Radzi, Pakar Perunding Perubatan & Gasteroenterologi. Beliau ketika ini berada di luar negara. Jadi isteri saya berjumpa penggantinya. Apa yang saya bersyukur ialah kerana
setakat ini, isteri saya boleh dikatakan pulih dari jangkitan
Hepatitis C - HCV- setelah menjalani rawatan selama
6 bulan. Malah, paras kolesterol turut menunjukkan penurunan walaupun masih di tahap tinggi.
Anda tahu apa itu
HCV? Sebelum Disember 2007, saya sendiri tidak pernah dengar virus ini. Yang saya tahu, hepatitis hanya dikaitkan dengan 'demam kuning' (jaundice). Ceritanya bermula...
Satu tabiat sebagai seorang pilot yang terbawa-bawa sehingga kini ialah setiap 6 bulan saya akan melakukan pemeriksaan darah di RSAT. Maklumlah, sudah asar ni, kenalah tahu tahap paras
'Lipid Profile', 'Liver Function Tests (LFT)', 'Renal Profiles' dan gula. Isteri saya turut menjalani ujian darah. Untuk tiga ujian berturut-turut,
ALT (ujian LFT) beliau menunjukkan kenaikan melebihi had (maksima 41 U/L). Saya dinasihatkan oleh adik saya, seorang Pakar Perubatan di Hospital Ipoh, untuk membuat ujian Hepatitis B dan C. Keputusan menunjukkan beliau dijangkiti
HCV - 'reactive'. Temujanji dengan Dr Pakar (DP) diaturkan.
Sebelum berjumpa dengan DP, mulalah melayar internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang
HCV. Bagaimana dijangkiti virus ini, simptom, ubat, kesan pengambilan ubat, soalan yang perlu ditanya, dan sebagainya. Semasa berjumpa dengan DP, apa yang beliau terangkan sama apa yang saya baca melalui internet.
Sebelum memulakan rawatan, sampel darah isteri saya terpaksa dihantar ke Malaysian Liver Foundation (MLF) di Kuala Lumpur. Pertama kali untuk
'Hepatitis C RNA Real Time PCR, Quantitative (Viral Load)'. Bahasa mudahnya...jumlah virus. Sebulan kemudian, sekali lagi darah dihantar ke MLF untuk
'Genotyping'. Bahasa mudahnya...penentuan jangka masa menjalani rawatan. Ini diikuti menjalani
'biopsy'. Satu proses yang menyakitkan kerana secebis hati terpaksa diambil. Tujuan biopsy bagi mengetahui tahap kerosakan pada hati.
Setelah semua ujian tersebut dilaksanakan,
'genotype 3' memerlukan beliau menjalani rawatan selama
6 bulan. Untuk makluman, rawatan hanya dua - pengambilan ubat
'ribavirin' 4 biji setiap hari dan suntikan
'interferon' seminggu sekali. Tempuh rawatan pula ialah
6 atau 12 bulan....itu sahaja! Pada 3 Mac 2007, bermulalah rawatan
HCV dengan pengambilan 4 biji pil ribavirin dan suntikan interferon. HSB menjadi rumah kedua kerana pada setiap Ahad terpaksa ke sana untuk suntikan tersebut. Buat permulaan, jururawat menyuntik interferon tetapi seterusnya saya melakukannya. Sebenarnya, suntikan ini boleh dilakukan di rumah. Masalahnya, ubat ini terlalu sentitif kepada suhu sekeliling dan mesti sentiasa disuhu sejuk. Olehkerana kawasan rumah saya kerap terjadi gangguan elektrik, saya memohon jasa baik HSB untuk menyimpan ubat tersebut dalam peti sejuk di makmal.
Kesan pengambilan ubat-ubat tersebut? Pening, vertigo...semua berpusing, loya...tidak lalu makan, rambut gugur, gatal seluruh badan, sakit sendi-sendi, terlalu letih, dll. Anda boleh membaca pengalaman beliau di
sitiroffinimy.blogspot.com bertajuk
"Retirement Blues". Dalam 2 bulan pertama menjalani rawatan, setiap minggu terpaksa periksa darah. Tujuannya ialah untuk memantau paras
'haemoglobin'. Sekiranya, turun ke tahap di bawah 7, rawatan terpaksa dihentikan. Sekiranya hendak dimulakan semula....kena sendirian berhad lah.
Oi mak dato'...ubatnya mahal! Setiap kali suntikan interferon sahaja...
RM600.00. Oh ya...setiap kali hantar darah ke MLF...RM400.00. Olehkerana peruntukan kewangan HSB tahun itu telah habis, saya terpaksa menghantar Kiriman Pos untuk pemeriksaan darah di MLF. Syukur Alhamdulillah, kos ini boleh dituntut dari Kerajaan.
Suntikan terakhir beliau, ke 24, ialah pada 10 Ogos 2008. Dan seperti biasa, sampel darah dihantar ke MLF. Pada 9 September 2008, laporan MLF....
"Not Detected". Untuk kepastian lagi, sampel darah dihantar ke MLF pada 5 Februari 2009. Sekali lagi, Syukur Alhamdulillah
...."Not Detected". Pada 8 November 2009, pemeriksaan darah diambil dan keputusan diketahui semasa temujanji pada 24 November 2009.
Pembaca yang dihormati, masalah jangkitan
HCV ini ialah tiada menunjukkan sebarang simptom di peringkat awal! Isteri saya tiada menghadapi sebarang masalah kesihatan. Simptom hanya di kesan di tahap kritikal....barah hati -
'cyrrhosis'. Orang Perak panggil
'busung'. Di peringkat ini....kita hanya boleh berdoa sajalah!
Seorang kenalan saya turut dijangkiti
HCV. Saya faham apa yang beliau hadapi dan saya sentiasa memberi semangat kepada beliau. Syukur Alhamdulillah, beliau selamat menjalani rawatan 6 bulan.
Pembaca, nasihat ikhlas saya....sekiranya
"ALT" anda melebihi paras maksima, eloklah lakukan pemeriksaan
HBV dan HCV. Anggota Kerajaan dan pesara sungguh bertuah kerana kos perubatan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan. Saya difahamkan, kos rawatan
HCV untuk 12 bulan ialah
RM80,000 di hospital swasta. Sekiranya virus ini awal dikesan, kemungkinan boleh pulih setelah menjalani rawatan adalah tinggi....InsyaAllah!
Apa pun, kita hanya berupaya untuk berusaha....Allah yang menentukan.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hospital Sultanah Bahiyah amnya, dan Jabatan Perubatan Dalaman khususnya, terutama Dato' Dr Muhammad Radzi dan jururawat Faezah dan mereka yang terlibat semasa isteri saya menjalani rawatan HCV. Terima kasih.