Pengikut

Selasa, 1 Disember 2009

Kereta...Oh...Kereta!!


28 November 2009...Surau di taman perumahan saya membuat korban 6 ekor lembu dan 11 ekor kambing. Saya turut menyertai kerja melapah haiwan-haiwan korban tersebut. Sambutan dari qariah sungguh menggalakkan sehingga terpaksa menolak mereka yang berhasrat untuk membuat korban di saat akhir. Seperti biasa, selepas korban, diadakan kenduri...sup daging/tulang, kari kambing, acar...wow! Klinik yang paling gembira bila datangnya Hari Raya Korban. Mana tidaknya...lepas ini berderetlah orang pergi ke klinik kerana mengalami 'darah tinggi', pening-pening ke dan sebagainya...he...he. Jangan marah doktor!

Tetapi tahun ini saya tidak berkesempatan makan di surau kerana adik memberitahu bahawa ibu saya kurang sihat. Jadi, lepas makan tengah hari di rumah, pacu le ke Taiping.

29 November 2009...

Selepas sarapan pagi, lebih kurang jam 1000 bertolaklah balik ke Jitra. Berhenti untuk makan tengah hari di R & R Gurun pada jam 1200. Selepas makan, semasa memandu, hawa dingin menjadi hawa 'panas'. Mungkin 'aircon' meragam. Kemudian, bila tekan 'accelerator'...tiada respons, diikuti bau sesuatu terbakar. Seterusnya lampu 'amaran' terpancar menyatakan 'battery & invertor' tidak berfungsi. Saya menalifon mekanik dan beliau memberitahu kemungkinan besar 'fan belt' telah putus dan mesti berhenti. Masalahnya, bengkel beliau masih tutup kerana meraikan Hari Raya Aidiladha. Bengkel yang kerap saya kunjungi juga masih tutup. Betul...betul masalah!



Sebuah 'tow-truck (TT)' tiba pada jam lebih kurang 1500. Pemandu TT hendak tarik dari hadapan. Saya dinasihatkan oleh mekanik jangan sama sekali berbuat demikian kerana cara ini akan merosakkan 'gearbox'...barulah beribu-ribu RM melayang. Ini kerana kereta saya  'rear-wheel drive'. Pemandu itu menyakinkan  saya yang beliau sudah biasa melakukan kerja ini, lagi pula kereta ditarik hanya 1 km sahaja untuk sampai ke rumah tol Alor Setar (Selatan). Selepas itu, beliau akan tarik dari belakang. Saya berkeras tidak membenarkannya...balik le beliau. Beliau nak peduli apa sekiranya gearbox rosak...bukan beliau yang tanggung!

Mekanik saya menguruskan penghantaran sebuah 'loader' pula. Kali ini, pemandu meminta maaf lewat sampai kerana tayar lori 'tembak' semasa memasuki lebuhraya dari rumah tol Pendang. Terkejut besar saya dibuatnya...tengah hari begini pun ada orang nak merompak dengan senjata api ke...bahaya sungguh! Beliau tunjuk tayar yang pecah. Seterusnya beliau memberitahu terpaksa membeli tayar baru sebelum meneruskan perjalanan ke Jitra.



Berhenti di 2 buah kedai tayar di Mergong tapi tiada saiz yang diperlukan. Pilihan terakhir...beliau terpaksa mengguna tayar 'spare'. Taukeh kedai mengingat pemandu loader bahawa saiz tayar spare yang dipasang tidak sama...silap-silap 'tembak lagi'. Barulah saya faham apa itu 'tembak'...meletup!





30 November 2009...



Loader semalam dihubungi untuk membawa kereta ke kedai 'aircon'. Kemungkinan besar 'compressor' terpaksa diganti. Selepas itu baru dibawa ke bengkel. Apabila ditanya bila kereta boleh siap dan berapa kosnya, 'Doktor' menjawab'...tak tahu lagi, paling awal pun 2 hari'.



Jam 1730... Saya terima panggilan talifon dari mekanik memberitahu selain compressor, 'condenser' turut rosak dan perlu diganti. Alat ganti tersebut akan ditempah esok dan dijangka siap paling awal pada Khamis, 3 Disember 2009. Ini baru aircon saja...belum lagi pemeriksaan lain seperti enjin dan gearbox! Kos?...masih belum tahu.

Inilah buat pertama kali dalam 40 tahun memandu kereta saya mengalami masalah seperti ini. Apa hendak dikatakan...sabar sajalah...mesti ada hikmahnya!!

3 Disember 2009...Berita Mutakhir...

Jam 1700... Ahkirnya, kereta selamat sampai di rumah setelah 4 hari 3 malam ditahan di 'klinik'. Mekanik memberitahu punca 'fan belt' putus kerana 'compressor jammed'. Bila ditanya bagaimana keadaan ini boleh berlaku, jawapannya ialah alat hawa dingin perlu di servis sekurang-kurangnya setahun sekali.

Pembaca sekalian, jadikan pengalaman saya ini satu iktibar.

7 ulasan:

Capt's Longhouse berkata...

Nor,

,,,Merc. memang banyak buat cerita tak habis habis ada saja yang perlu di-ganti Yeop Oii !!. But kereta lain pun sama..my suggestion to keep your car in good condition, you spray WD40 all over the engine parts plus bearings and even fan belts to get rid of water plus lube. in fact to all metal parts-lah. Use up 1 x can per spraying activity and do it once a month as a min. The WD40 is an anti-rust plus lube BUT its function to keep away water from most bearings will keep the car in good order too.

Cheers.

Siti Roffini berkata...

I think it is essential to do periodic checks as stated in the car manual. Of course you have to spend quite a bit for the checks but the amount is only a mere fraction as compared to what you have to pay now, may be five-fold. Well, some people prefer to learn the hard way.

Tanpa Nama berkata...

Sabo je le! agaknye dah high time tukar kpd E series.. he..he..he. Whatever, setiap kejadian tu ada hikmahnya bagi mereka yang beringat, insyaAllah.

Arunzab berkata...

Sudara Nor,
It matters very little whether it is the latest Mercedece/ Jaguar or an old Dutsan. It is only the different complexity of maintence that each needs and that must done.

There is an old saying that a car is like wife.... Love her, care for her, give her your attention every so and then and she will be faithfull to you for life .Treat her badly,and she will let you down at the most un expected moment

Tanpa Nama berkata...

Mej Nor, lain kali jangan buat 'turn around'check sahaja, open up and physically inspect whatever you want to see. Haahhahaha teringat co-pilot dok kelentong bila tanya dah buat pre-flight 'external Cx".
Tapi takpe yob, saudara masih selamat alhamdullilah syukur......
Selamat menyambut tahun 2010.
Salam.....

Capt's Longhouse berkata...

Nor,

,,,sounds like you have only minor issue-lah, just the air-con plus perhaps some electrical mulfunction to tidy up.
,,,but the wife's remarks you better take heel too Yeop Oii !!
,,,regular servicing as per manual hehehe..ya.!!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara-saudara semua,

Terima kasih lah atas nasihat yang sangat saya hargai. Hairan betul habit buat A, B & C checks semasa jadi pilot tidak dipraktikkan...eh..eh.

Tak tahu co-pilot kelentong.

Tengok 'E' series terbaharu memang terliur...itu sebab struggle bermatian untuk mendapat elaun PTU..he..he. Walaubagaimana pun, apa yang ada setakat ini..Syukur Alhamudulillah.