Siaran ulangan...
Dalam sejarah Negara Malaysia, inilah pertama kali sebuah helikopter Nuri ditembak jatuh oleh pengganas komunis (PK). Semua aircrew dan penumpang berikut terkorban -
"KIA" - Killed In Action...
- Lt (U) Chung Ming Teck PTU, #10 Skn, Kapten pesawat
- Lt (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, #10 Skn, Co-pilot
- Sjn Leong Yee Heng PTU, #10 Skn, AQM
- Kapt (U) Choo Yeok Boo PGB, #7 Skn (Kapten)
- Kapt (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, #7 Skn (Co-pilot)
- Mej Haris bin Rejab, MMLO Haadyai
- Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Bde
- Lt Ibrahim bin Zakaria, 3 RAMD
- Sjn Kamis bin Dolmat, 3 RAMD
- L/Kpl Kamarulzaman bin Zakaria, X Sqn RGK
- L/Kpl Suandi bin Saim, X Sqn RGK
Kebanyakan kita semua tidak berpeluang untuk mengetahui apa yang berlaku kerana Laporan Lembaga Penyiasatan diklasifikasikan sebagai 'Rahsia'. Memadailah membaca cerita dari mereka yang 'terlibat' semasa insiden tersebut. Saya telah 'menciplak' komen-komen dalam blog saya (tanpa edit) berkaitan kejadian yang menggemparkan negara di suatu ketika dulu...
Semuanya bermula di sini...Kem Gubir...
Capt's Longhouse said...Nor,
,,,guess, you might be interested to know that i might be the last aircrew from the No.10 squadron that briefed them before their departure to ops. gubir to recover another shot-up 139 holed Nuri (Murad's)from Gubir back to Butterworth base.
,,,in fact, i was to carry out the aircraft ferry back but since i had flown more than 100 hrs within that bloody week, Capt Choo from 7 Sqn. as relief back-up crew, advised me to just ferry my chopper back to Kuantan for its servicing schedule.
,,,so that morning, while having a shower together, all 3 of us, Choo & Chang plus myself discussed about the emergency landing sites available along the Gubir valley and protocol to follow in case of force landings if in case we can't make it to the emergency LPs !.
,,,My advise was to force land into the deep valley basin and on to the bushy bamboo trees inorder to help cushion the chopper, which Capt. Choo agreed but Lt(U)Chung suggested that force landing on the bigger trees would be his option !.
,,,we were jolly about it since this informal safety briefing was carried out in the bathroom while soaping ourselves naked !.
,,,if am not wrong, the Nuri that was shot down was crewed by Lt(U) Chung and Lt(U) Wan Munsiff and not Capt. Choo & Capt(U) Mustapha as most might think so.
,,,I was flying overhead Grik, when I heard over the radio that the Nuri had crashed but unfortunately my chopper has just enough flying hours to ferry her back to Kuantan. My request to divert for SAR was turned down due to the technical short comings, however there were other choppers already at the location to carry out the SAR function.
,,,Apparently, the crashed chopper initially landed over a huge tree and caught fire upon contact with the ground below, killing everyone onboard, indeed most unfortunately. Am not too sure if it could have made it to the deep valley end, whereby the trees were smaller in size ?.
,,,the bathing experience together plus special jolly briefings we had together still is fresh in my mind until today !. I can somehow still remember the great jokes and laughters while having that very early morning cold shower too at the officer's Mess RMAF/RAAF Butterworth.
,,,Indeed, we always had a great time together too there after our operational flights from the thai/M'sian border areas.
,,,This is the 2nd time and the last that Capt(U)Choo had taken over my flight assignment during our tour of flight duties !. He was a great buddy and I own him aplenty. Just a few months before he had positioned his chopper as the dummy to be shot at, while I carried out the winching down of troops to surround the bloody CTs during another special ops. near the Thai/M'sian border area and not too a distance away from Gubir.
Faizul said...Hello Capt Longhouse,
Thank you for refreshing our memories on that tragic incident where we lost a lot of our friends and comrades.
I was in Sibu Detachment during that period fighting our own little war with the CT's there.
There was a marked increase in traffic on our HF channel 2 and it eventually dawned on us that we had lost an aircraft and all on board.
Ex-Caribou-AQM
Abah said...Seperti yang telah saya maklumkan dahulu, saya salah seorang anggota yang terlibat didalam operasi Gubir tersebut. Saya juga merupakan salah seorang 'Volunteer' didalam serangan Kem PGk tersebut dengan menaiki NURI utama yang betul-betul turun secara Wincing di-tengah-tengah Kem tersebut. Pada rancangan awalnya kami diturunkan secara Repeling, malangnya tali Repeling tersebut tersangkut didahan kayu.
Dipendik cerita semasa NURI yang membawa mangsa dan letupan itu hampir ke LP. NURI ditembak oleh Penganas PGK. Malangnya NURI tersebut tidak mendarat di LP tersebut, tetapi berpatah balik ke Kem Gubir. Setelah sekian masa perhubungan dengan NURI tsb putus. Maka kumpulan Penyelamat di kerahkan. Setelah di kesan ada kebakaran dilokasi, maka 3 orang anggota Penyelamat terdiri dari anggota GGK telah diturunkan di bangkai Pesawat NURI tersebut.
Untuk mendapatkan cerita selanjutnya Tuan boleh mendapatkan cerita selanjutnya dari mantan SSJN 14040 Yussof yang merupakan Section Comd saya ketika di No1 Troop X Skn. Kalau tak salah saya setelah beliau bersara dan kembali ke Kampung halaman nya di Dusun Tua Ulu Langat.
Cerita di tempat kejadian boleh didapati sendiri dari mulut beliau kerana beliau merupakan Comd Air Resque Team semasa kejadian . Belia dan 2 anggota bermalam disitu bersama-sama Jenazah-Jenazah sehingga Pesawat NURI datang pada keesokan harinya.
Sementara saya berada di Kem PGK tersebut sehingga diarahkan keluar dari Kem tersebut beberapa hari kemudian. Oleh kerana lokasi yang berbeza maka saya tak dapat ceritakan keadaan sepenuhnya cuma cerita dari mulut dari Kumpulan Penyelamat tersebut diketahui apabila operasi tersebut selesai.
Allahuwaalam
Abah said...Sambungan.....
Takdir menentukan segala-galanya....
Pada hemat saya sekiranya NURI tersebut mendarat di LP tersebut, maka peratusan yang tinggi semua yang yang berada didalam NURI tersebut terselamat dari maut. ini memandangkan LP tersebut betul-betul 'Secured' pertahanan yang terdapat dipersekitaran LP tersebut dikawal hampir-hampir satu TP (XSqn). Kemungkinan juga Juruterbang berpendapat pesawat yang dipandunya boleh samapi ke Gubir berdasarkan sebelum itu sebuah NURI juga telah ditembak oleh PGK dengan kesan tembakan yang maksima dari PGK telah membawa dengan selamatnya (TP dari Skn Z) kembali ke Gubir atau mungkin ada arahan pihak atasan supaya NURI tersebut diterbangkan ke Gubir memandangkan Lokasi tersebut betul-betul berada di Negeri Thailand bukan di Hutan disebelah kita.
Hanya dapat saya nyatakan semasa NURI mengambil Lencongan kehadapan sedikit dari Kem PGK tersebut, NURI tsb ditembak. Tembakan M79 dilepaskan oleh rakan-rakan saya secara rambang jangkaan Lokasi Musuh berada dan juga bantuan
Tembakan ARTY diminta kearah jangkaan Lokasi Musuh berada
Alfatihah........Amin
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...Saudara Abah,
Terima kasih atas sumbangan cerita tersebut. Saya tidak boleh memberi sebarang komen mengapa Pilot tidak mendarat di 'Green Patch'. Mungkin ketika itu beliau tidak menyedari masalah sebenarnya yang dihadapi. Sepertimana yang anda katakan, sebelum kejadian tersebut, sebuah Nuri telah ditembak dan berpuluh peluru mengena tangki minyak. Namun, Kapt Murad telah selamat mendarat di Gubir.
Untuk makluman, secara kebetulan, AQM Kapt Murad ialah Sjn Leong yang akhirnya terkorban dalam insiden Nuri tersebut.
Melalui pengalaman semasa berada di LP kawasan Klian Intan (KI), saya 'lift off' ke KI apabila ditembak oleh PK dengan M79. Sekiranya tindakan ini tidak diambil, mungkin kami semua '...tinggal dalam kenangan'!
Abah said...NURI yang terhempas itu membawa bersama bahan letupan seperti PE, Det Cord dll bagi tujuan untuk meletupkan Bunker(Tunnel) di Kem PK tsb. Mengikut jadual awalnya PM saya ketika Lt Kol Hasbullah Bond(allahyarham) bercadang untuk pergi bersama dengan AC tersebut bagi melihat sendiri keadaan Kem tsb. Oleh kerana sesuatu sebab maka beliau tidak dapat bersama didalam AC tsb. Walaubagaimana pun beliau juga mengalami nahas Udara (NURI) di Serawak dan meninggal dunia didalam tragedi tsb.
Dengan adanya bahan letupan tsb didalam AC juga memarakkan lagi kebakaran dan berlaku letupan kepada NURI tsb.
Walaubagaimana pun bahan letupan dapat juga dihantar ke Kem PK, walaupun tidak sama dengan jumlah penghantaran pertama yang terbakar itu.
Pada ingatan saya juga mereka yang menaiki AC itu juga bertujuan sama iaitu untuk ingin meninjau dan melihat sendiri keadaan Kem PK tsb. Malangnnya hajat mereka tidak kesampaian.
Betul, mengikut cerita lisan juga, terdapat seorang mangsa tidak terbakar. Berkemungkinan dia tercampak keluar atau nekad untuk terjun dari Pesawat.
Lagi satu.....
Ketika kami diturunkan secara Wincing pun PK melakukan Tembakan M79. Kami bernasib baik peluru M79 tersebut terkena dahan dan tidak terkena AC. Berkemungkinan juga mereka dalam keadaan panik ketika itu. 'Worst to worst' Pilot,AQM dan Air Dispatch@Air Resque Team bertekad untuk menurunkan kami walaupun keadaan nyawa mereka juga terancam ketika itu.
Allahhuwaalam
Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...Saudara Anonymous,
Saya telah menghubungi seorang pilot x-#7 Sqn. Beliau memberitahu aircrew #7 Sqn telah diarahkan oleh Markas Udara untuk membantu #10 Sqn kerana Sqn tersebut tak cukup 'tangan'. Keadaan terlalu getir.
Aircrew pertama untuk 'det' ialah Capt (U) Choo, Capt (U) Mustapha (co-pilot) dan Sjn (AQM) Honorious. Ketika insiden itu berlaku, 'det crew' mengikuti pesawat untuk 'familiarization flight' sebelum mengambil alih det di Butterworth. Nak jadikan cerita, arwah Capt Mustapha mengarah Sjn Honorious mengambil 'helmet'nya yang tertinggal di mes, kem Gubir. Tanpa menunggunya, Lt Chung berlepas dan AQM tidak sempat ikut bersama. Beliau terselamat kerana 'helmet'...takdir!
Robert Rizal Abdullah said...Squad,
I was then in Markas 2 Div as SO 1 Log. I saw the mandi jenazah of Allahyarham Kapt (U) Mustafa Kamal at Kem 2 Div in Penang and sembahyang jenazah.
With this kind of cruelty do we still want Chin Peng to come back to Malaysia? He better not otherwise somebody will take revenge and kill him.
Kepada mereka yang terlibat atau mengetahui insiden ini...marilah kongsi bersama cerita anda itu.
Bersambung....