Pembaca...Saya percaya anda mesti ada makanan, tak kiralah lauk ke...kuih ke...berjenis nasi ke, yang paling anda gemar. Saya sudah pasti ada kuih kegemaran saya dari semenjak kecil dahulu sehingga ke tahap nak masuk maghrib ni. Ianya tak lain tak bukan...Cekodok pisang ('cok kodok' panggilan orang Perak). Masa kecil, mak menggunakan pisang 'awak'. Sekarang ni dah 'upgrade' sikit ke pisang mas atau berangan.
Saya ada mengesyorkan kepada isteri untuk menyediakan kuih asli ini ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi tidak dilayannya. Komen beliau '...ada ke pulak nak makan cok kodok pada Hari Raya...jangan merepek!'. Letaklah kuih-kuih yang 'eksotik' seperti berbagai jenis kek keju 'Secret Recipe', namun cok kodok tetap menjadi pilihan. Apa nak dikatakan, dari kecil dah dihidangkan dengan makanan yang tiada tandingannya pada saya.
Cok kodok pisang mas
Saya terbaca coretan Cikgu 'Temuk' di sini. Beliau mencerita pengalamannya membuat 'cekodok sukun'. Sebenarnya beliau tidak mengetahui bahawa buah sukun (breadfruit) memang dibuat cok kodok. Cikgu, lihat cok kodok sukun yang dibuat oleh ibu mertua saya...wow! Terliur tak?
Cok kodok sukun
Untuk makluman, semua cok kodok yang ibu mertua saya buat, baik pisang atau buah sukun, tidak menggunakan gula. Tanpanya pun sudah sungguh manis. Tapi hati-hati sikit...jangan kerap mengambilnya kerana banyak minyak yang boleh memudaratkan kesihatan.
Pembaca....Yang mana satu pilihan kalbu....cok kodok pisang atau sukun?
11 ulasan:
uwaaaaaa first time tgk cekodok sukun. rajin nyer, sure kene lenyek dulu sukun tu...
Tuan,
Betul 'first time' saya tau yang buah Sukun boleh buat Cekodok. Yang Sukun goreng tu pernah lah tengok dan makan. Memang ummp. Nak juga rasa cekodok Sukun nie. Terliur pulak rasanya. Kena suruh 'Mak Andeh' buat nie......
Saudara mangchikla & Abah,
Sedap...lemak-lemak sikit. Beli yang dah lembik supaya senang dilenyek. Saya pula tak suka sukun goreng.
Salam Mej. Nor Ibrahim
Wow! Untunglah ada ibu mertua rajin gorengkan makanan kegemaran mej. tu. Cantik & rata gorengan cekodok sukunnya. Memang kena mengaku kalahlah Temuk! Sekarang baru kita sedar memang ramai orang tak tahu tentang cekodok sukun, dan kelazatannya. Bagi saya kedua2 cekodok, pisang & sukun, memang kegemaran. Take care & have a nice day.
Assalamualaikum Cikgu & jibeng,
Terima kasih. Sayang sekali kuih 'asli' kita sudah mulai tidak dilupai.
Untuk Cikgu, "SELAMAT HARI GURU".
Salam Tuan!
Tengok paparan Cucuq Kodok(loghat Kedah) teringat masa kursus Lanjutan Pegawai Jurutera di Fort Belvoir ,Virginia tahun 1983...Isteri buat cucuq kodok guna pisang Del Monte(macam pisang Bunga..org dulu taulah)...masyaallah sedap tak terkira...!
Sukun memang tak pernah rasa dlm bentuk tu...goreng biasa adalah...Sukun banyak terdapat di jalan pantai barat Semanjanung di kwsan Pontian...Kuala Selangor/Tg Karang dan Sekinchan.
Saudara Basri,
Dato' Jamali Sadat ada dusun sukun. Ketika saya di Pulau Seychelle, terdapat banyak pokok sukun. Tak tahu pula bagaimana mereka menyediakannya.
Salam Tuan!
Saya kira sukun subur d kawasan tanah gambut kot....tu sebab banyak terdapat di kawasan jalan Pantai Barat Semenanjung...di KL sukun goreng terdapat di kwsan Chow Kit.
salam :)
saja jalan2 bace blog, singgah sekejap di blog tuan.1st time tgok cok kdok sukun, slalu taw sukun buat gorang ja..:D
moga sihat selalu ya.
Saudari Lyana,
Terima kasih kerana melawat blog saya. Betul kata-kata orang tua-tua...banyak mengembara...banyak pengalaman.
nor,
,,,made cokodok sukun this morning for my houseguests ! Now i can forego bread for b/fast hehehe Pokok yang saya tanam 14 years ago banyak berbuah nowadays on the island, selalu i goreng saja, 1st time buat cokodok dgn nya i.e with tepong gandung, telor and add some salt/sugar..walllaaaa best in the world. Perhaps boleh buat sukun wine juga ?.(tuak)
Catat Ulasan