Pengikut

Rabu, 19 Mei 2010

Pengabadian Pengalaman

Pembaca...Dalam masa 2-3 minggu ini dah mula memerah otak untuk cuba membukukan coretan yang terdapat dalam blog ini. Sudah pasti, cerita utamanya ialah tentang Tragedi 26 April 1976. Saya telah menghubungi beberapa rakan untuk mendapatkan kepastian fakta dan turut merayu agar mereka memberi sumbangan (bukan wang) - berkongsi pengalaman mereka.

Secara kasarnya, inilah muka hadapan buku tersebut sekiranya dimakbulkan Allah....InsyaAllah.


Saya turut meng'emel'kan beberapa coretan yang telah diolah semula kepada para penyumbang.  Kebenaran juga telah dipinta dari blogger-blogger untuk kebenaran saya menggunakan bahan cerita mereka. Syukur Alhamdulillah, respons mereka sungguh menggalakkan. Bagi pilot, tarikh sesuatu insiden mudah disahkan dengan merujuk kepada 'Log Book', tetapi yang lain mungkin susah sedikit...maklumlah cerita 34 tahun dahulu!!

Di sini, saya menjemput para pembaca untuk menyumbang pengalaman anda untuk dikongsi bersama. Sekiranya tiada aral melintang dan manuscript siap, barulah cuba mendapatkan penaja, InsayAllah.

12 ulasan:

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

I may not have any experience on what to be written that I can share with you.

My military experience is only limited to Wataniah in Reg 513 and currently in 509 despite holding a rank as Kapten which I have intention to pursue it in PSS-TLDM.

Rest assure, you'll have my full support on the said effort to publish the book.

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong usaha saudara membukukan pengalaman saudara tersebut.

Luke

BELIA WAJA WATAN berkata...

Taniah pada Tuan, kami adalah sebuah NGO Belia berorientasikan Sukarelawan Angkatan Simpanan (SAS) TD (Wataniah).

Objektif kami sebagai medium antara Tentera dan Belia (Awam) ... di sana akan memberi persepsi yang sebenar dan rasa tanggungjawab bersama berkorban harta benda, tenaga dan nyawa jika perlu untuk negara ini.

Untuk itu mohon keizinan memetik sumber penulisan Tuan untuk di kongsi bersama dengan para belia (Modul Motivasi), dalam membentuk karekter patriotisme sejajah dengan Dasar Sosial Negara.

Lanjutan dari tu secara tidak langsung memupuk minat mereka menyertai ATM darat laut mahupun udara.

Akhir, Kami dari Persatuan Belia Waja Watan Terengganu (PB2W) ... amat berbangga dengan dedikasi serta pengorbanan yang telah Tuan lakukan untuk pertiwi ini.

SALUTE~~~

Tanpa Nama berkata...

Pak Lang saya dulu pernah jugak ada pengalaman diserang komunis. Peluru cuma beberapa inci dari kepala dia kena pada seat trak. Sekarang dia pemandu lori sepenuh masa. Hari2 dia kerja bergantung pada permintaan pelanggan. Pernah ditugaskan di Sarawak juga dan di Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani. Kalau ada apa2 cerita semasa melawan komunis yang nak didapatkan dari beliau, saya sudi bantu semampu mungkin.

(SHAFIK )

trooper_knife berkata...

teruskan usaha ini mejar nor. semoga usaha gigih ini akan membuahkan hasil yang terbaik satu hari nanti.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara semua,

Terima kasih.

Kepada BELIA WAJA WATAN, tiada halangan sekiranya anda berhasrat untuk menggunakan bahan yang terdapat dalam coretan ini bagi memupukkan semangat patriotisme di kalangan remaja.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Sekadar bertanya berkenaan dengan Peristiwa 26 April 1976.
Selain dari anak Allahyarham Lt. Wan Munsif yang pernah memperkenalkan diri nya dalam ruangan ini, pernah kah waris-waris yang lain menghubungi tuan?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Tak pernah. Saya harap mereka lihat klip video tersebut. Apa-apa pun, wira-wira tersebut sekarang diabadikan di ANM.

Tanpa Nama berkata...

Salam.....Tuan

Sya dah balik dari subang....sekiranya ada apa2 yg tuan inginkan,please inform me
Insyaallah saya akan cuba bantu selagi mampu

Xxx Xxxxxxx

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Xxx Xxxxxxx,

Terima kasih atas tawaran sedia membantu. Memang ada. Nanti saya smskan.

basri bin omar berkata...

salam Tuan!

Jika di izinkan Allah nnt kita jumpa pada ptg 5 Jun 2010 di Jitra ..akan saya bawa versi saya dan keratan yg ada kaitan..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

InsyaAllah. Saya harap anda akan bawa lakaran kem tersebut. Terima kasih.