Khusus untuk saudara 'zaid' & 'Anonymous' yang bertanyakan melalui ruangan komen di coretan ini, Mejar Ishak Isa telah menghantar e-mel berikut kepada saya bagi menjelaskan pertanyaan anda...
Tuan,
assalamualaikum.
Dalam era menentang insurgensi Batalion MTA / RAW khas nya 11, 12 13 dan 14MTA berperanan sepertimana peranan yg di mainkan oleh batalion RAMD dan Rangers. Pasukan Infanteri
Yang membezakan MTA dengan RAMD dan Rangers adalah
1. Batalion MTA keanggotaan terdiri daripda berbagai kor dan rejimen, campuran ada Pegawai RAMD, Rangers, Armor dan pegawai Wataniah kerahan sepenoh masa dan begitu juga dengan Lain lain pangkat. (Batalion rojak. ) dan kebanyakan anggota LLP mya adalah anak watan negeri batalion itu di tubuhkan. Batalion batalion ini akhirnya pada akhir akhir tahun 70an diserap menjadi batalion infanteri biasa.
11 MTA -21 RAMD -
12 MTA -? RAMD -
13 MTA - ? RAMD -
14 MTA - 9 Rangers
2. Pada zaman itu juga terdapat unit unit TA/RAW yg berperanan sebagai barisan kedua.. Batalion 301, 302, 303, 304 dan 305. Tugas, jaga sempadan dan lebuhraya Timur Barat dari Gerik ke Jeli.
3. Banyak lagi unit unit TA/RAW yg ada pada era itu. termasuk batalion seri 100 dan Rejimen seri 500.
major Ishak
Cairo
Mej Ishak Isa...Terima kasih.
7 ulasan:
Salam... tuan, apakah RAW 12 pernah berpengkalan di kem seberang takir Terengganu? kalau ya, saya sangat merindui untk bertemu dengan bekas-bekas jurulatih pasukan kedet sekolah sekitar tahun 70an dulu yang mereka semua itu sangat bersemangat dalam melatih kami....
dan sangat banyak kenangan waktu itu... dan ramai juga antara kami yang memasuki sekolah pegawai kedet ketika itu.... antaranya PW2 kamisan, Sjn Sajung, Kop.Jali...dimanakah mereka semua ini?
Salam tuan, saya merasakan itu adalah sebahagian daripada sumbangan saya untuk membantu tuan dalam penulisan buku, InsyaAllah saya akan terus membantu tuan sekadar termampu apa yang mampu saya perolehi,teruskan usaha tuan kami sentiasa berada dibelakang tuan dan saya amat menghargainya. Untuk gambar Lkpl Abdullah saya sedang berusaha menghubungi pasukan asalnya untuk mendapatkan. tk
Saudara abu muaz,
Kalau tak silap saya, buat seketika dulu unit yang berada di Seberang Takir ialah RAW.
Sesiapa boleh membantu beliau mengesan anggota-anggota yang beliau sebutkan?
Saudara Baharudin,
Terima kasih. Sekiranya ada coretan tentang Terumbu Layang-Layang, sila emel pada saya. Kita sepatutnya menyiarkan suka-duka mereka yang terlibat dalam ops Terumbu. Atau pun Pulau Perak di Selat Melaka.
Salam,
Barulah saya tahu rupanya ada lagi unit selain daripada RAW siri 100, 300 dan 500. Satu lagi soalan, adakah disebabkan tugas serta kejayaan2 mereka ketika beroperasi menyebabkan unit seperti 11,12 dan 13 MTA ini ditukarkan menjadi RAMD dan RENJER?
Terima Kasih.
Salam Tuan.. pertama kali terjumpa blog ni, terus terpikat..hehe.. tiba2 menaikkan semula semangat patriotisme saya..banyak maklumat dan info berguna..
Tahniah...
regards,
haniff
bekas anggota Rej 501 Aw Kem Tebrau
Saudara haniff,
Terima kasih. Kita perlu memupukkan semangat patriotisme terutama dikalangan kaum remaja. Inilah satu-satunya negara kita. Kalau kita tak cintakan negara ini, siap lagi?
Catat Ulasan