Pembaca...Salah seorang yang kerap menyumbang cerita, Mej Ishak (B), terbang kembali ke Cairo selepas berhari raya di kampungnya, Kangar. Saya menerima e-mel ini pada 8 Oktober 2010 untuk dikongsi bersama dalam bentuk '...as is where is'...
Tuan,
assalamualikum dan selamat bertemu kembali.
saya ingin memberi izin kepada tuan untuk menerbitkan semua catatan saya yg pernah saya hantar kpd tuan. samada ianya sensitive atau apa jua implikasinya. biar semua generasi kita tahu apa yg berlaku semasa kita bertugas di zaman insurgensi dulu....good or bad biar mereka yg tafsir sendiri.
(Sebelum ini beliau ada mengirim 2 coretan tetapi bukan untuk disiarkan)
catatan kali ini ialah peristiwa serang hendap oleh kompeni C
Ops 792 alpha.
Jun 1979 - July 1979
Unit 14 MTA
CO Lt Kol Harchand singh
Ops Officer Major Kassim Kadir PBG
Area Ops : Sadao, Selatan Thai....... Sekitar Banjaran Khao Nang Khang (kini destinasi pelancungan untuk melihat kubu kominis.)
Tac HQ : Sungai Temin... antara pekan Changlun dengan Sintok.
Ops ini merupakan ops encirclement., mengelilingi kubu musuh di sekitar banjaran Khao Nang Khang.
What was me then....
UCIS commamder 14 MTA.
on Stand By at Tac HQ.
Di tac HQ terdapat sebuah model kawasan Khoa Nang Khang. Model ini anggaran 10 x15 kaki besar.
setiap kali ada musuh yg ditawan atau menyerah diri mereka akan di hantar ke sini untiuk memberi taklimat pergerakan mereka supaya kita dapat mengenal pasti kem / kubu musuh di Khao nang khang..
Setiap hari Pl UCIS akan meneliti model dan mendengar cerita SEP atau CEP bercerita tentang activiti mereka.
Pada mulanya PL UCIS akan di aturgerak membuat heliborne assault ke atas kubu musuh tetapi pihak Thai tidak bersetuju kerana risiko nya terlalu tinggi maka dengan persetujuan kedua dua pihak PL UCIS di masukkan melalui darat dengan mengunakan truck pasukan Thai.
kami menaiki truck tentera Thai melalui, Bukit Kayu Hitam dan di letakkan di kawasan Ban Chang Hai. Bulan puasa tahun itu.
dalam menjalankan ops ini kami di temani oleh 5 anggota pasukan Thai Border Police. (TBP) (Gambar anggota UCIS dan Thai BPP boleh tuan lihat dalam Blog major Dswami. )
Tugas utama ialah membuat tinjauan untuk mengenal pasti kedudukan kem Musuh terbesar di kawasan itu. Dalam menjalankan tugas ini pada satu hari kami terdengar bunyi tembakan dan dalam analisinya ia merupakan satu pertempuran dan melalui radio dalam mendengar panggilan untiuk untuk arti fire dan sebagainya.
Apabila mendengar tembakan itu kami terus bergerak menuju ke kawasan pertempuran untuk membantu . jaraknya tak sampai 2km. Sesampai kami di tempat kejadian semua nya telah selesai.
Menurut kata Lt Rashid yang mengetuaii kompeni C, 14 MTA. Unit yg bertempuran adalah subnitnya yang berada di satu kedudukan ambush.
Apa yang berlaku ialah. semasa dalam kedudukan ambush.....apabila musuh memasuki kawasan ambush, salah seorang anggota Thai Border Police telah berdiri dan menegur musuh yang menuju kedalam kawasan ambush... apabila di tegur, musuh pertama telah melepaskan tembakan dan mengena Thai BPP tersebut. tembak menembak berlaku dan musuh terus melarikan diri .
Persoalanya mengapa anggota Thai BPP itu berdiri dan menegur musuh yang memasuki kawasan ambush tersebut.?
Thai BPP ini menyangka Musuh itu kawan dia, sebab musuh pertama memakai pakaian Thai BPP dan Musuh kedua memakai celoreng tentera Malaysia.
Thai BPP ini telah di medivac oleh heli Thai Police.
Pl UCIS hanya membuat follow up dan akhirnya hilang kesan sebab musuh telah lari ke kawasan perkampongan Thai......
Dalam Ops ini 4 anggota 14 MTA putus kaki kena booby trap .....kalau tak silap saya anggota A kompeni yg di ketuai oleh major Afifi.Mereka operate di sekitar Ban Kubu. Salah seorang mangsa booby trap ini, putus kedua dua belah kakinya. saya tak ingat namanya nya tetapi rupanya macam Halil Chik penyanyi Singapore tahun 70an..
Catatan selanjutnya akan menyusul......my first ops after my commissioned .Ops Indera in Karak Pahang.
assalamualaikum
major Ishak....Terima kasih.
3 ulasan:
Salam Tn Ishak,
Siapa2 yang pernah beroperasi bersama Thai BPP sering diingat agar bersangsi terhadap mereka, ini kerana Thai BPP dianggotai oleh rakyat tempatan. Mengapa kita disuruh bersangsi padahal bukankah mereka itu Polis?
Saya cuba memahaminya begini, negara kita tak ada pasukan yang kerjanya sebagai Border Patrol Police macam Thailand yang khusus meronda sempadan negara, apa2 saja kerja di sempadan negara kita ini semuanya dilakukan oleh pasukan tentera, namun apabila pasukan tentera ditugaskan di sempadan, tentera tidak bertugas disempadan sebagi meronda sempadan tetapi lebih untuk melaksanakan operasi tentera. Maka untuk melakukan tugas ronda sempadan ini, kerajaan Thai menubuhkan BPP disetiap daerah dan pasukan ini ditubuhkan dari rakyat tempatan, tugas hanya meronda sempadan dan melapor pencerobohan, bukan menggempur gerombolan penceroboh, terutama gerombolan gerila kominis yang mana jauh lebih besar dari kumpulan BPP yang dikelompok untuk beroperasi dalam kumpulan2 kecil, sesuai tugas mereka selaku BPP. Tidak boleh disamakan BPP ini dengan pasukan RELA yang kita ada kerana RELA tidak melakukan tugas meronda sempadan dan RELA tidak dipersenjatai sebagaimana BPP.
Pernah mengikuti operasi bersama di selatan Thai (1977) dimana BPP menjadi guide kami. Mereka ini lengkap dipersenjatai dengan M16 dan pistol otomatik setiap seorang, tapi tidak membawa haversack kerana tugas mereka akan diambilalih kumpulan lain setiap tiba satu lokasi daerah BPP lain. Mereka berjalan cukup konsisten lajunya dimana kami tentera Malaysia yang memikul haversack sering kepenatan mengikuti rentak mereka, namun tetap pulun jugak, waktu itu belum ada lagi slogan Malaysia Boleh.
Tak tau lah nak kata BPP ni kawan atau lawan kerana kesangsian terhadap orang2 tempatan yang menjadi BPP yang "partisan" dimana pendirian mereka diragui, hanya tiggal sebagai satu kesangsian yang tidak pernah dapat dibuktikan. Namun adalah lebih baik kita bersangka buruk kerana itu membuat kita lebih berwaspada.
Wow! Ini adalah kali pertama saya dengar anggota komunis berpakaian celoreng tentera Malaysia. Bagaimana mereka memperolehi pakaian celoreng TDM?
Saudara FMZam,
Terima kasih.
Saudara Faisal,
Baju colereng boleh dibeli dikebanyakan kedai...Mana ada kawalan penjualan peralatan tentera.
Catat Ulasan