Pengikut

Sabtu, 2 Oktober 2010

Serang Hendap...Baling-Kroh


Pembaca...Sekiranya anda pergi melawat Muzium Tentera Darat di Port Dickson, Negri Sembilan, jangan lupa membaca "MONUMEN KROH/KROH MONUMENT"... 

 

Pada 29 September 2010, saya telah pergi ke Simpang 4 Kangkong untuk bertemu dengan tuan punya 'Haji Ramli Nasi Kandar'. Pemergian kali ini bukan untuk makan nasi ayam kampung tetapi untuk mendengar cerita beliau tentang insiden serang hendap sepertimana yang tercatat pada 'Monumen' di atas. 454038 Pte Ramli Bin Hassan (gambar kanan) mula berkhidmat sebagai seorang pemandu trak 3 x ton semenjak 9 September 1972. Pada 20 Julai 1979, beliau ditugaskan untuk membawa anggota RAMD ke Kroh. Konvoi yang mengandungi 1 x  ambulan,1 x 3 ton trak dan 2 x Land Rovers sudah berada di pekan Baling pada jam 0700. Mereka menunggu  pasukan Peninjau untuk mengeskot mereka ke Kroh. 

Pada jam lebih kurang 0900, konvoi meninggalkan Baling dengan dieskot oleh 2 x 'Commando V150' dari  pasukan 'Bravo' Skuadron, 2 Rejimen Peninjau. Susunan pergerakan  konvoi didahului oleh kereta perisai Commando V150 - ZA 744, diikuti ambulan, 2 x Land Rovers, 1 x 3 ton dan Commando V150. 
Ketika tiba di satu selekoh sebelum sekatan jalan raya yang dikendalikan oleh anggota tentera, tiba-tiba konvoi diserang hendap. Sasaran pertama pengganas komunis (KP) ialah ambulan. Oleh kerana jalan itu sempit untuk Commando  V 150 membuat pusingan, dreber Commando terpaksa mengundurkan  kenderaannya dan gunner pula memusingkan 'gun turret' ke arah PK. Sebelum sempat membalas tembakan, PK telah berjaya menembak kenderaan tersebut dengan senjata 'anti-tank'. Commando V 150 tersebut telah terbakar dan mengorbankan ketiga-tiga anggota di dalamnya. (Gambar ZA744). 

Lain-lain anggota terus terjun dari kenderaan masing-masing untuk mendapatkan perlindungan. Menurut Ramli, beberapa anggota dalam Land Rover turut tercedera. 

Tembak-menembak ini turut didengar oleh anggota tentera yang berada di Kem Kroh, termasuk Lt (U) Xxxx Xxx Xxxx, juruterbang Alouette gunship. Pada pagi hari tersebut, beliau dan gunnernya, arwah Sjn Baki, berlepas dari No 3 Skn, TUDM Butterworth, untuk tugas eskot kepada Nuri di kawasan Ops Selamat Sawadee, Kroh. Xxxx dan seorang pegawai pasukan Meriam, menceritakan yang mereka nampak kepulan asap dari tempat kejadian. Xxxx telah menghubungi pihak atasan TUDM untuk meminta kebenaran bagi beliau memberi bantuan kepada konvoi tersebut tetapi respons tidak diterima dengan segera. Justeru, tanpa kelulusan, beliau membuat keputusan untuk terbang ke lokasi serang hendap tersebut. Dengan initiatif sendiri, beliau telah mengarahkan Baki menembak ke arah pokok getah yang dipercayai kedudukan PK. 

PK sungguh bernasib baik kerana gunship hanya menggunakan peluru 20mm 'ball', bukannya 'HE'. Buat seketika waktu, TUDM kehabisan 20mm HE dan sementara menunggu sebuah C130 Hercules terbang ke Portugal untuk memperoleh stok HE, gunship terpaksa mengguna peluru 'ball' sahaja. Sudah pasti kesannya tidak seperti HE. Menurut seorang mantan pegawai Cawangan Khas PDRM, PK sungguh gerun dengan tembakan gunship kerana ianya lebih tepat. Ini pula cerita seorang mantan warga tentera, 28212 Sjn Aris Bin Md Isa (x-3rd Renjer) yang hampir terkena padah HE, kepada  anaknya '...Ayah saya ckp, HE bullet dr gunship meletup mcm bom bila kena sasaran. Sbb itulah bandits/PK cukup gerun dgn Aloutte gunship kita'. 

Kehadiran dan tindakan Xxxx menembak ke arah PK telah menyelamatkan anggota tentera yang terperangkap. Mereka yang terselamat mendengar arahan ketua PK '...chow...chow'.  Akibat serang hendap ini, 3 warga tentera dan 2 orang awam terkorban. GOC ketika itu, Mej Jen Dato' Jamil Ahmad, ingin mengucapkan penghargaan kepada Xxxx di atas tindakan beliau walau pun tanpa sebarang arahan. Disebabkan 'communication breakdown', beliau tidak sempat berjumpa dengan Xxxx.

Lain pula resepsi yang diterima Xxxx apabila beliau selamat tiba di No 3 Skn. Bukannya pujian, tetapi 'sergahan' oleh Skuadron Ekskutif berkenaan kerana tindakan beliau terbang dan menembak tanpa kebenaran. Menurut Xxxx '....I felt so disheartened'. Keadaan 'terselamat' apabila Skuadron menerima surat utusan penghargaan dari Mej Jen Dato' Jamil Ahmad, yang mengucapkan terima kasih kepada Xxxx terhadap tindakan beliau. Kemungkinan besar ramai lagi akan menjadi mangsa PK sekiranya Xxxx patuh menunggu dan menunggu arahan. (Sila klik di sini untuk maklumat ciri-ciri Cannon 20mm yang digunakan oleh Alouette Gunship).

Inilah dilema yang dihadapi oleh juruterbang....Dibuat salah...Tak buat salah!

Kapt Xxxx Xxxx, Mej Izam & Kapt Muhammad Zuraiman (Muzium TD), Saudara Hj Ramli & Katon Tin-Ton...Terima kasih. 


Kepada mereka yang terkorban dan arwah Sjn Baki...Al-Fatihah.

40 ulasan:

HBM Consultant berkata...

Salam, Tuan.
Kisah perjuangan yang menarik dan menyentuh hati. Tuan tidak teringinkah menulis novel, menyampaikan kisah sebaik ini kepada generasi muda kita? Jikalau difilemkan, mungkin memerlukan belanja yang sangat besar pula. Buku adalah satu lagi medium yang baik, selain blog. Sehingga kini, banyak juga koleksi kisah perjuangan tentera (dalam bentuk novel) di negara kita. Paling menarik pernah saya baca adalah novel Platun Harimau (terbitan DBP) hasil karya seorang pegawai tinggi tentera sendiri. Cubalah, tuan. Semoga kisah perjuangan sebaik ini menjadi ingatan kepada generasi hari ini.

P/s: Saya suka mencadangkan tuan menghubungi pihak PTS Publications (laman web http://www.pts.com.my) jikalau tuan mahu menerbitkan novel. Penerbit ini sangat aktif dalam penerbitan buku sejak 10 tahun kebelakangan ini. Semoga Allah memudahkan urusan tuan. Amin.

Tanpa Nama berkata...

salam..
saya pernah dengar cerita ni dari sahabat yg mengajar di kroh waktu tu.Dia kata anggota tentera yg selamat bernasik baik kerana ada pos tentera berhampiran. Dia kata selepas serangan tu, anggota komando masuk tp komunis dah lari.Malam tu, diberitakan terdapat majlis makan malam sebanyak tiga tempat di kroh dan kelian intan oleh oleh penyokong komunis. Pada thn 1986, pertama kali saya lalu kawasan tu dari kroh ke baling, sepanjang perjalanan kelihatan tentera kita berkawal atas bukit. Jln ditutup dari kul 6ptg sampai6 pagi.Sejak peristiwa tu sya tak dengar ada serang hendap lagi.

abu muaz berkata...

Salam tuan. kisah=kisah seperti inilah yang mesti diketahui oleh anak-anak lepas merdeka.

Mungkin ianya akan menjadi semangat buat mereka untuk berkhidmat dengan ATM.

Mohd Ismail Bin Mohd Hashim berkata...

Assalamualaikum Tuan Nor,

Serang Hendap - Baling/Kroh

Bukan saja Lt(U) Aziz Laji sahaja yang rasa dishartened tetapi saya juga berasa sedemikian,semasa itu gunship FM1314 saya ada di Kroh tetapi kami tidak diberi sebarang arahan untuk bertindak walaupun kami tahu insiden itu berlaku.Syabas Lt(U) Aziz dan arwah Sgt Baki serta askar-askar yang terlibat.

Drp: WO2 Mohd Ismail (xgunship)

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Puan Marniyati,

Terima kasih. Sebenarnya saya sudah hantar draf manuskrip ke UKM. Malah, Isnin ini saya ada temu janji dengan editor bhg penerbitan di Bangi. Ada juga seorang kenalan megesyorkan saya menghubungi PTS Publications tapi saya dah berurusan denga UKM. Sekiranya IPTA tersebut menolak, saya akan hubungi PTS, InsyAllah.

Saudara Anonymous,

Saya harap dedahan ini sekurang-kurangnya menyedarkan golongan muda bahawa kenikmatan yang mereka kecapi tidak datang menggolek begitu saja. Mereka berana melakukan serang hendap di jalan raya utama, bukannya di kawasan luar bandar. Semasa saya ditembak dengan M79 di Klian Intan, gunship ternampak penunggang motosikal 'pecut' dari jalan raya. Kemungkinan besar penunggang inilah yang menembak saya.

Saudara Abu Muaz,

Terima kasih. Betul tu. Masalahnya pihak berwajib hanya membisu sahaja apabila syor diberikan.

Waalaikumussalam En Ismail,

Terima kasih. Apa nak dikatakan...terlalu banyak sindrom penafian. Inilah asam garam suatu kehidupan.

Ir. Hanafi Ali berkata...

Breakdown in chain of command is a serious matter but not in this case.

Alhamdulillah.

Katon Tin Ton berkata...

Salam Tuan

Mcm mana PK boleh tau schedule convoy nih ? Ada kebocoran ka ?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Hansac,

Aziz telah mengambil tindakan yang tepat. Syabas kepada beliau.

Saudara katon Tin Ton,

Saya yakin tiada sebarang kebocoran secari 'direct'. Sesiapa pun boleh mengagak pergerakan trup kita. Pertukaran unit kebiasaannya mengikut jadual. Mungkin juga maklumat diperolehi di tempat awam seperti pasar, kedai-kedai. Kita tidak mengetahui siapa penyokong mereka.

HBM Consultant berkata...

Salam, tuan.
Tahniah kerana rupa-rupanya tuan sudah melangkah setapak lagi dalam memperkenalkan dunia keperwiraan kepada generasi hari ini. Semoga Allah memudahkan segala urusan penerbitan buku tuan itu nanti. Insya-Allah, saya akan berusaha menjadi antara yang terawal memilikinya.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Nor,

Saya Saiful, ada post comment mengenai ayah saya yg memangku kaki anggota platoon yang menjadi mangsa booby trap dlm heli/nuri, smalam kebetulan beliau turun ke KL dari Penang, saya bercerita pasal blog tuan dan tunjuk kpd beliau, makin bersemangat beliau. Beliau menyatakn semasa pergerakan hari kejadian, beliau adalah anggota yg pertama dlm grup rondaan, semasa kejadian anggota yg terkena adalah dibelakang beliau (2nd)....ketika letupan berlaku, suasana menjadi hitam kerana asap, anggota2 yang lain dh menjerit menyatakan ayah saya terpijak booby trap. selepas setup parameter dn suasana reda, barulah dikenal-pasti, mangsa adalah yg follow belakang ayah saya, lupa nama anggota itu (ayah last jumpa beliau, 2 thn lepas, masa re-union x3rd-renjer-berkaki palsu). Letupan booby trap mengikut kata ayah, berbentuk kon/pyramid terbalik, so dia terselamt kerana itu. Hanya terdengar berdebuk, mangsa terjatuh. Segenggam daging perwira bangsa berjaya dikumpul semula. Rasa bersyukur yg amat selps mendengar kisah benar beliau smalam. Ayah masih didepan mata saya :D....Alhamdulillah.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

rasa nk menangis baca komen dan kisah perjuangan askar kita. mmg cerita direct from field. pahlawan yg x didendang kt dunia. moga kt akhirat dpt balasan kebaikan yg setimpal. Amin..

Tanpa Nama berkata...

saudara saiful....
saya zamre
cuba tanya ayah tentang cerita pertempuran dgn komunis atau lain lain kenangan yg lain...

Tanpa Nama berkata...

Fire Support Base (FSB) Kg Lalang (dahulunya Pondok Polis) merupakan FSB diantara Kroh dan Grik. Tugas pasukan Arti dalam mana-mana gerakan adalah untuk memberi tembakan perlindungan untuk pergerakan konvoi TDM/PDRM disepanjang jalan yang dianggap merbahaya kepada pergerakan konvoi.
Selain itu, membuat tembakan Grid Mengharu dan Tembakan Landing Point (LP) Clearance dan lain-lain.
Keadaan pada tahun 1980'an ketika itu tidaklah begitu tegang sangat, cuma sekali sekala ada kejutan dari PKM terutamanya dari PKM Induk 12 Rejimen.
Yang kerap sangat contact dgn PKM ialah Platun 12 dari BN Pertama PPH, malah `E' Terup C Bti 3 Arti pernah membuat 50 butir tembakan bagai membantu Pl 12.

X-BSM C Bti 1982~1985

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya pengarah2 filem tertarik dan diberi inisiatif kerajaan untuk membuat filem kisah2 perjuangan menentang komunis2 di sempadan, barulah perjuangan tentera2 semasa darurat mendapat lebih perhatian terutama golongan muda yang belum kenal erti penderitaan tentera2 semasa mereka berjuang menentang pengganas2 komunis yang zalim itu.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Nor,

Di manakah Kapt. Aziz sekarang?

Luke

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara X-BSM C Bty,

Terima kasih. Kalau tak silap saya, satu konvoi PPH telah diserang hendap dan beberapa anggota telah terkorban. Sebuah gunship telah terbang ke lokasi tersebut tapi saya tak pasti apa yang berlaku selepas. Masih mencari siap pilot tersebut untuk mendapatkan cerita.

Saudara Luke,

Kuantan. Jawatan terakhir dalam TUDM ialah Flight Commander nuri ketika saya menjawat Ketua No 5 Skn sebelum tamat perkhidmatan. Beliau seterusnya terbang dengan MHS.

Tanpa Nama berkata...

guys,

...there many untold stories that are kept within individuals cos some of the proactive ACTION were non SOP plus done so within our own crazy initiatives !.
...it was indeed a crazy period too !

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara X-BSM C Bty,

Unit & Bty pertama saya. BC Mej H'ng Hung Meng, BK - Kapt Chin, Trp Cmdr - Lt Maniam, Gun Sgt - arwah Sgt Md Isa, TAMA - Sgt Shamsuri. Boleh tak anda ceritakan peranan Arty ketika Pl 12 1 PPH kena serang hendap di jalan Air Panas-Kroh. Jumlah & lokasi meriam, bila mula 'fire mission', dll. Dalam kejadian tersebut 7 anggota PPH terkorban. Gunship yang diterbangkan oleh pilot yang sama ketika insiden Baling-Kroh turut terlibat.

Saya sedang berusaha untuk mendapatkan dari Pl Cmdr PPH berkaitan. Beliau telah dianugerah SP kerana kejadian ini. Sekarang menetap di Ipoh selepas bersara sebagai CPO. Insiden ini telah disiarkan oleh akhbar dan tv. Saya nak satukan inputs dari PPH, TDM & TUDM.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Sudah tiba masanya 'the untold stories' diketengahkan untuk tatapan rakyat. Pilots yang sanggup mengenepikan SOP semata-mata untuk membantu menyelematkan warga tentera kita dalam keadaan yang begitu getir.

Sama juga tindakan yang diambil oleh krew gunship yang terlibat dalam insiden PPH.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan Nor dan sahabat lain,

Sekali lagi, saya Saiful, kisah kali ini mengenai operasi yang disertai oleh ayah iaitu Ops Pagar (maaf jika silap), kawasan sasaran adalah Hulu Kinta, Ipoh Perak.

Ayah menyatakan hari itu ialah malam tahun baru cina, mereka telah menerima arahan pihak atasan untuk melaksanakan perintah melakukan huru-hara ataupn kalau tidak salah saya, term "Mengharu".

Mereka diarahkan menembak bagi setiap anggota ialah 10butir. Kawasan sasaran mereka ialah kawasan rumah kongsi, difahamkan pihak bandits/PK akan kembali dr hutan utk meraikan malam tahun baru cina, jadi mereka diarahkan untuk "Mengharu" kan kawasan tersebut agar bandits/PK kembali semula ke hutan di mana, difahamkan terdapat unit lain daripada pasukan keselamatan kita membuat setup ambush pada malam itu juga. Jadi unit ayah telah melaksanakan "Tembakan Mengharu" pada malam itu.

Selepas itu, mereka menerima arahan lagi agar setiap anggota boleh meneruskan "Tembakan Mengharu" sehingga habis bekalan peluru, jadi beratus2 butir peluru dari pelbagai jenis senjata (mungkin M16, M203, GPMG etc.) digunakan. Ayah menyatakn beliau hanya tinggal satu magazine/kelopak M16 (mgkn utk keselamatan diri dn pasukan) selps operasi malam itu.

Akhirnya pada keesokan hari, mereka mendapat laporan terdapat bandits/PK yang termasuk jerat ambush unit pasukan keselamatan kita selepas "tembakan Mengharu" oleh pasukan ayah saya.

Mereka merasa bangga walaupn hanya melakukan huru-hara untuk menghalau bandits lari ke dalam hutan semula.

Itulah serba sedikit lagi "untold story" oleh ayah saya, 28212 Sjn Aris bin Md.Isa.

Jika ada lg..disini sy akan luahkan mewakili ayah saya :D....utk tuan nor, en.zambre dn lain2..ampun dn maaf jika salah kata.

Tanpa Nama berkata...

nor,

...to be termed as cowboys in the air was/is still regarded as unprofessional by most aircrew and guess its true to this day too.
...relating to actual events whereby one puts one's life and others at risk is unfortunately tricky to put down in writing too. Worse case other might think "kita masuk bakul sendiri !" adoi adoi adoi lemah semangat Yeop Oii !!.
...tried to be fair and honest via blogging but find it disheartening at times from unbecoming commentators that just has a bone to pick for whatsoever reason best known to themselves ?. Frustrations plus plus and what do we get from it ?....an early heart attack. hahaha :)
...well, do write like what you been doing, its fine reading to me, in fact just great !. Screw them that figures that they know better and how !!!!!

cheers mate !...am just too tired.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Anonymous,

I salute Aziz for his actions although he knew the risk. He was reluctant to tell this story and I don't know whether he's happy with this exposure. My intention is sincere...it's high time credits be given to where it's due. In this incident, "kita masuk bakul sendiri" does not arise at all.

Anyway, kemana lama menghilang?

basri bin omar berkata...

Salam Tuan dan Anonym!

Setuju dgn Tuan ...never mind dgn komentator tu...after all nak komen tak kena bayar duit!!! Pengalaman gini jika tak di dedahkan sape nak tahu ....it may look STUPID to some but tujuan ikhlas untuk menolong ADALAH lebih BAIK dan mulia- sampai terpaksa GADAI Nyawa!!!GANJARAN nya hanya ALLAH yang tentukan ,Insyaallah!
Everyboby is getting TIRED as we grow OLDER but we are much WISER..

Tuan ! teruskan menulis....Tk

Tanpa Nama berkata...

dear nor n basri,

good day to both of you, UBAN here again an indeed feels great communicating with mateys from the oldguard ! hahaha...am kind of busy still earning a living since i tiada pencen to survive on lah plus ada tanggong jawap to cater for even at this late age.
hope to meet up with you guys one of these days soon before our final calling !.
do keep healthy and mentally fit too and writing does spice up things which you guys are doing fine at too. Am taking a break from these nonsense hihihi but will be back putting my thoughts across for those interested.
doing our job was/is our standard reaction to our past experience fighting against the enemy but nowadays the enemy is dalam our selimut !...so how ???. eeerrrmm.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan n Skuad!
Tk respon.. throw out the selimut...then see the Enemy....tapi kena tahan sejuk...!

Tapi orang Pulau should be OK..Salam Aidil fitri buat Skuad.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Sharif,

Mungkin pada tahun depan ada pihak akan menganjurkan 'reunion' untuk veteran Gubir di Melaka. Kalau tiada aral melintang, mailah kita pergi untuk mengenang kembali kisah silam. Anda terlibat secara langsung dalam Tragedi Gubir. Penglibatan saya hanya sebagai tukang karut sahaja. Hopefully the plan will materialize.

Tanpa Nama berkata...

nor/guys,

...everytime i think of our fallen mates, i get more frustrated cos the present politicians are far worse than the enemy we all fought against with !.
...such, am just keeping away from all the nonsense plus dirty corruption that is destroying our nation. Guess, i have done my part for king n country plus to my family and society, so i have decided to stay away from the rat race but apparently things are not too well with our once beautiful n colorful nation.
...Should i make a come back and what plus where it really matters ?.
...Tried blogging but the effect is not immediate and adds on some frustration too at times.
,,,noticed that yours is indeed informative and interesting for the rest to appreciate lots of historical events related to the military activities late in the 70th n 80th. Do keep it up and where/when i can help contribute, i would indeed.
,,,i was like the rest of our squadron aircrews, we were just performing our duties...to do or die and no question asked then too ! .... just "ikut perentah".
...tapi benda atau perkara tak ikut perentah, kita simpan terpendam dalam hati sampai mati. eerrmmm.

uban

Tanpa Nama berkata...

nor,

,,,suggest that you contact dato Capt Kalid my gunship escort that cleared the booby trapped LPs which he flatten away prior to my many landings, some were lighted up on fire, such that i had to disembark the troops beside it. We never cared a rat shit for any approval and his gunner also blasted away my approach path plus surrounding high trees as we assaulted the enemy together with late Commando Col. Bond then. It was "gang ho" to the limit and we ROCK it to max. High FIVE to the troops man !!!!!...they were great.
...in fact, we never got any prior clearance, who cares when we were shot at ?. ACTION speaks volumes man...talk is easy, just try to imagine i.e. be in my cockpit then. eerrrmm. never cared a rat shit still don't and always does it my way !. who dares win and i still dares anyone for that matter for a battle to death !. its my battle spirit, do or die...yoo !

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Sharif,

I did ask Dato' Khalid but I think due to his heavy work committments, I'm yet to receive any feedback. You're right, if we're strictly adhered to SOP, then might as well stay in the sqn since most of the LPs, for example, were substandard.

ucr berkata...

CPL Ramli Bin Abdul Rashid (Commander) adalah bapa saudara kpd isteri saya.Adik beradik beliau masih ada diantaranya ianlah abg dan adik bongsu beliau yg kini masih menetap di Hujung Matang Perak,Kakak beliau di Flat PPR Kerinchi KL iaitu Ibu mentua saya.Dan abg sulong beliau di flat Sri Pahang Cheras.Al Fatihah untuk beliau semoga rohnya di cucuri rahmat.

Tanpa Nama berkata...

Tuan & Sdr Katon Tin Ton

Spt yg Tuan sedia maklum pergerakan konvoi berkenderaan tdk spt pergerakan infantri, boleh diubah utk mengelak pegerakan dapat diramal musuh sekalipun merentasi rupabumi yg tidak dijangka...tidak semua kawasan boleh dilalui kenderaan beroda 4 (atau lebih) jadi sudah tentu musuh dapat menjangka pergerakan bagi mengadakan serang hendap.

SSjn (B) Din Terendak (pesara RAMD)

Azlizam Misnon berkata...

Salam tuan-tuan dan Puan-puan semua. Mohon tumpang mencelah. Saya adalah salah seorang staf di Jabatan Arah Armor, Markas Tentera Darat. Pada ketika ini, Kelab Bekas Anggota Perisai (KEBAL) sedang dalam proses untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan sejarah Kor Armor, serta mendapatkan maklumat-maklumat lanjut berkaitan dengan wira-wira negara dan juga waris-waris mereka bagi yang telah meninggal dunia, terutamanya yang berkaitan dengan Kor Armor.

Baru-baru ini Kelab KEBAL telah berjaya mendapatkan maklumat berkaitan salah seorang wira kita, pemandu kepada Commando V150 tersebut, iaitu Allahayarham 212929 Tpr A. Azmi bin Rahman. Berlanjutan dengan maklumat tersebut, Pengerusi KEBAL, Brig Jen Dato’ Mahmood bin Ibrahim (Bersara) dan Pengarah Kor Armor Diraja, Brig Jen Dato’ Abdullah bin Karim telah mengunjungi waris allahayarham di Pontian, Johor. Dalam kunjungan itu juga, Pengarah Kor Armor telah menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada waris allahayarham.

Pada ketika ini kami sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat berkaitan dua lagi anggota iaitu Kpl Ramli bin Abdul Rashid dan Tpr Abu Hassan bin Shaik Daud, Commander dan Gunner Commando V150 tersebut.

Justeru, mohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mereka ataupun waris mereka, mohon sampaikan maklumat lanjut untuk kami menghubungi mereka, terutamanya saudara ucr. Kami boleh dihubungi di 03-20713366, 0320712277, atau so2_tek@kad.mil.my. Terima kasih.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Azlizam,

Terima kasih. Saya juga mengharapkan sesiapa yang mengetahui dua orang yang terkorban dalam ambulan tersebut, harap maklumkan kepada saya. Saya berasa bersalah kerana nama mereka tertinggal walaupun bukan disengajakan.

Tanpa Nama berkata...

Maaf tuan,jika tidak silap...kisah ini hmpir sama dengan kisah yg selalu diceritakan oleh bpa saya.bapa saya l/c mohd yusoff slh seorang komando yg terpijak bom trap...tpi kisah mereka ini bagai hilang dimkn zaman...mohon mejar terbitkn kisah mereka kerana pglmn mereka adlh sejarah berharga buat negara.tq

1101041 sariman bjn hj saaidin berkata...

Salam ziarah dari anak bekas pesara 12 RAMD 25292 KPL HJ SAAIDIN BIN MOHD RASIP,SEMOGA JASA ADMIN DAN YANGLAIN menonjolkan kesah wira negara di gubir dan lain lain tempat pertempuran dengan PKM menjadi pedoman anak anak bangsa MALAYSIA

https://www.facebook.com/mylovely.eyna berkata...

Assalamualaikum Tuan,

saya baru sahaja membaca blog tuan ini, saya agak sedih membacanya , untuk pengetahuan tuan, ayah saya adalah antara anggota tentera yang terkorban dalam kejadian ini, iaitu Las Koperal Razali Bin Md Noor(membawa ambulan) ketika serang hendap komunis di daerah Baling - Keroh pada tahun 1979. Pasukan terakhir beliau berkhidmat adalah di Batalion Kedua Perubatan Tentera Darat, di Kem Kinrara, KL. Jenazah beliau di kebumi di tanah perkuburan Tebing Tinggi, Jebong, Taiping, Perak, harap pihak tuan dapat menghubungi kakak saya - (Dr. Norwani)0165070435,kerana kerana kejadian saya baru berumur 4 tahun, kami sekeluarga baru sahaja mencari monument ini, sebagai kenangan.

Terima kasih

Unknown berkata...

Saya masih ada gamba konvoi yg di serang tu...sbab aruah bapak saya yang siasat kes tu..nama aruah bapa saya mohd amin bin khalid dari bahagian risik..

Unknown berkata...

Klu nak lihat gamba2 tu..add saya di facebook..putera_2583@yahoo.com

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Megat Derhaka,

Harap saudara sudi menghantar gambar2 tersebut kepada saya melalui emel nibsny@yahoo.com. Terima kasih.

Kalis berkata...

My late dad, 205084 kpl ramdas was with the 2 peninjau if i'm not mistaken, under colonel sulung, and he used to talk about something very similar to this, cuma dia sebut ambush tu terjadi di Gubir, dia mmg part of the commando V150 Crew.. he was hospitalised for few months due to the knee injury when the v150 went down the ravine after an explosion or something. Was there another incident similar to the kroh baling incident? Most prob a convoy with 3 armoured vehicles? It was about the same time gak, late 70's.. After the incident he was attached to markas stesen staf, in tg bungah, penang.. If anyone has any info of it, i'd really appreciate it...

Thank u...