Bayangkan sekiranya Tan Sri Rahim Noor tidak tegas menolak desakan Chin Peng ini...
...terpulanglah pada anda untuk membayangkan bagaimana keadaan sekiranya mantan gerila komunis diserap dalam ATM dan PDRM!!
Tak usahlah saya merumuskan buku ini kerana mungkin ramai yang mengetahui dengan lebih mendalam tentang perjanjian tersebut. Jangan pandang serong terhadap gambar dan tajuk buku. Ramai yang terlibat di belakang tabir yang memainkan peranan penting bagi menjayakan misi ini. Mereka inilah 'Wira Yang Tak Didendang'.
Saya menerima gambar berikut dari Lt Kol Basri Omar yang diambil di Kpg Aman. Kehadiran beliau dan rombongan bertujuan menyaksikan pemusnahan senjata PKM sepertimana yang dipersetujui.
Dari kiri: Arwah ACP Syed Zahid, Lt Kol Basri, Syed Hamid Ali, Yeop Ibrahim (JPM), Kol Kamaruzaman, Tan Sri Dato'....Bin Damanhuri?, pegawai Cwg Khas
5 ulasan:
Salam tuan,
Penyerapan masuk bekas gerila komunis ke dlm ATM dan PDRM adalah helah Chin Peng utk meneruskan penentangan mereka terhadap kerajaan dan rakyat Malaysia..Ini jelas menunjukkan bahawa mereka hanya berniat utk meletakkan senjata dan tidak membuang ideologi komunis yg menjadi pegangan hidup mereka..syukurlah permintaan Chin Peng ini tidak dilayan..
Tugu negara adalah lambang jasa,pengorbanan dan keberanian warga ATM dan PDRM di dlm usaha mempertahankan dan memperjuangkan kedaulatan Malaysia..Chin Peng mungkin rasa sakit hati kerana PKM pimpinan beliau pernah diburu dan dimusnahkan oleh unitx ATM dan PDRM satu ketika dahulu sbb itu dia mahukan tugu negara dimusnahkan..syukur alhamdulillah permintaan ini juga tidak dilayan oleh kerajaan Malaysia..
Lt Khaidir
Salam Tuan,
Buku ni ada jual di pasaran tak ?
thx
Tuan,
Buku ini mempunyai 2 visi iaitu didalam BM dan juga bahasa Inggeris. Tajuk didalam BM adalah 'Wira yang tidak didendang'.
Buku ada dijual dikedai-kedai buku terkemuka tanah air. Saya mempunyai satu naskhah buku tsb didalam BM.
Mengikut penilaian saya buku ini dari segi kupasan nya agak kurang menyeluruh, kerana ada terdapat beberapa tajuk kecil didalam nya hanya sekadar 1 atau 2 mukasurat sahaja.
Mej! tak payah diserapkan seperti kemahuan Chin Peng. Malahan terdapat ramai bukan komunis dalam ATM tetapi perangai lebih teruk dari komunis kot.hehehehehe sorri la... bila mereka nak dengar rayuan demi rayuan yang mej tulis dalam blog ni?
Salam Tuan!
Tk kerana memaparkan gambar tu...Allahyarham Syed Zahid tu Ketua Cwgn Khas Kedah(KCK)dan sahabat sejak kecil dgn Syed Hamid Ali(Depa org Muar?) Syed Hamid ni adik kpd Syed Husin Ali(Timb Presiden PKR)...mengikut maklumat dia ni propagandis Radio PKM masa tu...kini tggl di KL.En Yeop Ibrahim senior saya di STAR ,pencen TKSU KEMENTAH...Tan Sri Dato'Ahmad Damanhuri pula x MCKK ,pencen Pengarah JPA....Pondok dihujung sabelah kiri Tempat Menginap CCM Rashid Maidin...masa ni sempat makan Nasi Ayam dgn Chin Peng!!!!
Catat Ulasan