"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB YANG ADA PADA DIRI MEREKA SENDIRI"...surah ar-Rad ayat 11
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6sk0KbLxaAErAKQtbpsf_Be7-Uza7dMXa2InIn9AWPjzIxkOJrjJu3o4BqHwn-6wYaIJf4FmFCiY1WcKICPKTi2QvZKAE4Bg8H6WmjzKiPuteRG-PqaNgfOVMK1YVkjmixb6ZHJFKN_Bb/s1600/emas.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihS5pl1UEWbCuX5ea70V6hD1c1FAY_B83-yjRzGXzofNTZUn1hfRXzRxYt5ZL156nQCtEldx18rSblIxNMkjVogOPLXVWFR7Tip47CgDHkl3rjUuLud6s-ow8rsAOLmNERgVrJx816WoVE/s200/maybank.jpg)
Tak malu saya katakan, saya pun baru disedarkan oleh rakan tersebut. Engkohnya, bank-bank sudah lama menyediakan kemudahan ini, seperti Maybank dengan 'Gold Savings Passbook Account'. Jadi, coretan ini hanya untuk mereka yang tidak menyedari kewujudan akaun seperti ini. Saya bukannya seorang Penasihat Kewangan, namun demikian nak cuba memaklumkan kelebihan emas.
OKlah, mari kita buat sedikit pengiraan berlandaskan data berikut...
Andaian:
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgznaG2RwCzTOiff8QTf0UVmCBCAWc71r9CZweIQyhdwB-u_f-ki96EnJKw7qwY_mFpDNEAjFbUPfWR0TvziNwC4ySbxTnUi2R-ZuRok2jSZy8sEgAn5su5v7C5t-1hzVoRjlHK7t-P4pCQ/s320/mas.jpg)
- Beli 10gm pada 21/4/08 dengan harga RM95/gm=~RM950
- USD1=RM3.10
- 1 oz=28 gm
Pada 19/11/2010, anda pergi ke bank untuk menjual 10gm emas tersebut. Harga yang dibeli oleh bank pada jam 1031 hari tersebut ialah RM133.39/gram=~RM1333.90.
Keuntungan: RM1333.90-RM950=RM383=~40%=20% setahun.
Menurut Pengarah Urusan Habib Jewels, harga emas akan mencecah USD2K/oz=RM6200 dalam masa 2 tahun lagi.
Andaikan anda membeli 1oz (28 gm) pada 19/11/2010 dengan harga RM3892 (RM133.39 x 28 gm). Dalam masa dua tahun lagi, nilai emas anda ialah RM6200, InsyaAllah.
Keuntungan: RM6200-RM3892=RM2308=59%=~28% setahun.
Satu peringatan yang perlu diambil kira...Pelaburan dalam logam ini adalah satu pelaburan jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun untuk mendapat pulangan yang memberangsangkan! Kalau anda jenis orang yang 'hari ini labur dan keluar dua tiga hari kemudian'...JANGAN'. Baik saja labur dalam ASB. Mengapa? Kerana bank telah menetapkan harga jualan/belian. Sebagai contoh, pada 19/11/2010,
- Harga Jualan (oleh bank kepada anda) - RM139.02
- Harga Belian (oleh bank ketika anda menjual semula) - RM 133.39
- 'Keuntungan' bank: RM139.02 - RM133.39 = RM5.63/gm (=kerugian anda jika dijual beberapa minit selepas itu)
Oh ya...lagi satu. Pelaburan ini pun ada risikonya...Harga emas tidak menentu. Semuanya terpulang kepada 'supply & demand'. Dalam masa 1 jam, ada kala dia naik...ada kala dia turun. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang Akaun Emas ini, sila hubungi bank. Dalam buku akaun hanya mencatatkan unit gm yang dibeli, bukannya nilai RM. (Saya tak dapat apa-apa komisyen...He...He...He). Sekarang, semuanya terpulang kepada anda...Tepuk dada tanya selera. Fikir-fikirkanlah.
"KERANA SESUNGGUHNYA SESUDAH KESULITAN ITU ADA KEMUDAHAN"...surah al-Insyirah ayat 5 & 6.
4 ulasan:
Tuan,
Yang menjadi hairan ada sebuah negeri disebalah Pantai Timur mengalakkan rakyat marhaennya mengunakan dinar emas, tetapi tidak diberi galakan atau mungkin melarang anggota masyarakat mengunakan cara tersebut. Kenapa terjadi sedemikian? Errkkk.
pilot..fuh, my dream..tp masalah mata menghalang cita2 itu..huhu..ha, back 2 d topic..sy pon br saaja menyedari hal ini dan telah pon memulakan pembelian emas utuk simpanan jangka amsa panjang...
soalan abah tu....jawapan dah ada. hehehehehehhhhhhh kita semua sedia maklum.
Saudara Abah,
Negara hanya mengiktiraf RM sebagai 'legal tender'. Tetapi semuanya terpulang kepada pembeli dan penjual. Sekiranya penjual sedia menerima dinar emas, tak jadi masalah...macam 'barter trade'. Kalau barang tu harga RM1K, kira le =gm? Dengan dinar tu pula, penjual kena pi kat bank untuk dijual tolak ~RM6/gm. Kena ambil kira semua ni.
Kalau 'mutual fund' tu dah matang, fikir-fikirkan tentang pelaburan dalam bahan logam ini.
Saudara Anonymous 9:26 AM,
Terima kasih. Syabas kepada anda yang berpandangan jauh.
Saudara Anonymous 12:29 PM
Faham-faham sajalah. Tadi jumpa Kapt Amer kat kenduri kahwin di Alor Setar. Memang lama tak jumpa beliau sampai terlupa nak ambil gambar.
Catat Ulasan