Followers

Tuesday, November 9, 2010

Berjimat Membawa Berkat

Pembaca...Saya cukup bersetuju dengan pandangan "PEKERJA SWASTA" berikut...


Yang saya tidak faham ada pihak yang kurang senang dengan tulisan tersebut tapi, ialah, kan itu sudah jadi lumrah kehidupan....tiada seorang pun dilahirkan sama. Semua hamba Allah berhak untuk memberi pandangan masing-masing...


Mujurlah masih ada yang menyokong pandangan "PEKERJA SWASTA"...


Saya tabik spring pada "PAK HAJI PENCEN". Saya dah mencoretkan kelebihan menabung dalam ASB ( di sini). Menabunglah ketika masa berada...dah tak ada nak melabur macam mana. Sekiranya dipanjangkan umur dan ada rezeki, saya dan Pak Haji Pencen menunggu pengumuman oleh PNB pada pertengahan bulan Disember nanti, InsyaAllah. Walau berapa pun % dividen yang diistiharkan nanti...Syukur Alhamdulillah.

Nota: Mungkin nak tulis sikit tentang satu lagi 'instrument' pelaburan. Tapi ini lebih kepada mereka yang terlebih 'loose change', dah tak tahu nak melabur kat mana dan untuk jangka masa yang panjang (sekurang-kurangnya 2 tahun), InsyaAllah. Pulangannya berbaloi!

6 comments:

azwazis said...

Salam tuan,

Recently found your writings and have to say that I feel great reading your blogs.

Keep on writing and share you experience with us!!

Rgds

Anonymous said...

Salam tuan,

Saya amat bersetuju dengan coretan Pekerja Swasta Seremban yang disiarkan dalam Utusan Malaysia. Cuepacs tidak boleh hanya menyarankan agar gaji kakitangan dinaikan atau sentiasa meminta bonus. Mereka perlu juga berkempen bagaimana kakitangan boleh berjimat dengan wang mereka. Mungkin artikel ini boleh kita renungkan bersama bagaimana akibatnya kakitangan kerajaan yang tidak pandai berjimat:

Snatcher picks on wrong victim
Posted on November 7, 2010, Sunday -Borneo Post

KUCHING: A soldier bit off more than he could chew when he preyed on a holidaying foreign couple.

The incident took place along Kuching Waterfront around 10pm when a 26-year-old woman and her 27-year-old boyfriend — both German police officers from the city of Frankfurt — were taking a stroll towards the city centre.

Unknown to them, a man had been trailing them and he suddenly snatched the woman’s handbag and ran towards an accomplice waiting on a motorcycle.

According to witnesses, what occurred next was totally unexpected as the German man who was well over six feet tall took three big strides and executed a martial arts-like move which saw him pinning the hapless suspect to the ground.

His accomplice sped off. Members of the public came to the aid of the couple and called the police who arrived and took the suspect into custody.

District police chief ACP Mun Kock Keong confirmed the incident when contacted yesterday, adding that the soldier had been remanded for four days to facilitate investigation. Police are tracking down his accomplice.

- Kita tidak mahu perkara ini akan banyak terjadi kepada kakitangan kerajaan yang lain.

FMZam said...

Salam tuan,

Kepada pengritik2 yang menghentam Pekerja Swasta, saya tanya apa untungnya mereka2 yang berjaya mendapat "pinjaman" sehingga begitu taksub mengkritik pandangan dari seorang yang gagal mendapat pinjaman, sedangkan kita semua tahu setiap pinjaman itu adalah satu beban, kecuali yang meminjam itu jenis yang tak berniat untuk membayar balik.

Kata orang dulu2 "Meminjam jangan memberi pinjam pun jangan" sebab pinjam itu sebenarnya racun yang boleh mengubah kawan menjadi lawan. Bila kita tak bagi pinjam, kawan akan bermasam muka, bagi pinjam kawan tak bayar kita pula bermasam muka, jadi gerentor pinjaman kawan yang lari kita juga yang susah.

Waktu dalam askar dulu kita pernah lihat macamana gembiranya bila sorang kawan askar kita berjaya mendapat pinjaman koperasi tentera tapi gembira dia sekejap saja tak sampai sebulan lepas tu mengeluhlah nak bayar balik. Pernah dengar askar yang buat pinjaman kata "meminjam itu ialah korek satu lubang dan kambus satu lubang"?

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara aswaziz,

Terima kasih. Saya memang gembira bila ada mereka yang menggalakkan orang berhemah berbelanja demi untuk masa hadapan.

Saudara Anonymous dan FMZam,

Terima kasih. Orang macam saya hanya boleh beri nasihat saja. Dah berbuih mulut tapi hasilnya saya tak tahu. Terpulanglah kepada mereka.

azwazis said...

Salam tuan,

Off topic sikit...

Sekiranya saya ke utara nanti, boleh tak kita main golf sama2....hehehehe....

rgds

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara aswaziz,

Apa salahnya asalkan anda sanggup bermain dengan golfer yang nak main hc 24 pun susah. Quantity memang le ada...tapi quality...faham-faham saje le. Kalau t-off dengan driver atau pun hibrid jaraknya sama saja...150 meter...dari situ tahu sajalah standard permainan.

Anyway, I'll be happy to play with you, InsyaAllah.