Pengikut

Isnin, 1 November 2010

Buta Sejarah

27 Oktober 2010...Sedang hangat berbincang dengan ahli 'kabinet dapur' di warung 'Kembung' tentang bagaimana hendak mengatasi masalah yang negara sedang hadapi selepas bermain golf, saya telah menerima panggilan telefon dari seorang pegawai 'Air Force'. Saya tidak mengenali beliau dan tidak 'tangkap' dari mana beliau membuat panggilan. Apabila ditanya tujuan panggilan kepada mejar pencen ini, beliau menyatakan bahawa Pegawai Memerintah telah mengarahkannya untuk menulis tentang sejarah pesawat 'Cakcibo/Cepung/Patong' - Bell 47G ini. Justeru, siapa lagi yang beliau perlu rujuk kalau bukan saya...Maklumlah, dah jadi pakar rujuk. He...He...He.

Bell 47G di 'Air Force College'

Saya mencadangkan beliau menghubungi Muzium 'Air Force' kerana saya, secara jujur, tidak mengetahui sejarah pesawat tersebut. Beliau menyatakan institusi tersebut tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan dengan cakcibo. Ya...memang benar saya dilatih dengan helikopter ini (coretan ini), tetapi bukan oleh 'Air Force'. Sedih sekali...justeru, saya  mencadangkan kepada beliau untuk menghubungi 2 orang pegawai kanan 'Air Force' yang masih berkhidmat. Mungkin mereka dapat membantu kerana mereka adalah pelopor Sekolah Latihan Penerbangan Helikopter (SLPH) yang telah ditubuhkan pada persekitaran 1975 di TUDM Kuala Lumpur. Beberapa buah Bell 47G telah diperolehi bagi tujuan tersebut. Dari KL,  SLPH telah berpindah ke Kluang.

Apa yang membuat saya menulis coretan ini ialah kerana terlalu kecewa dengan sikap 'Air Force'. Mana tidaknya, dalam keghairahnan memperkasakan bahasa Inggeris menuju ke 'Air Force...The Next Generation', Perkhidmatan tersebut terlupa (atau buat lupa?) asal usul sejarahnya sendiri! Kerajaan Malaysia sendiri mulai sedar berapa pentingnya 'SEJARAH' sehingga manjadikan subjek tersebut matapelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM mulai 2013.

 Fikirkan apa kata para cendiakawan berikut...


...itu makro...negara. Mikronya...'Air force'. Maaf kerana asyik-asyik mengguna 'Air Force' kerana 'Tentera Udara' tak ada 'ummmmph'...Mana ada glamor! He...He...He.

Apakah barometer mengukur kejayaan sesebuah organisasi kalau bukan apa yang telah dilaksanakan? Kejayaan 'Air Force' yang telah TERBUKTI ialah pesawat helikopternya, terutama 'burung besi'...Nuri. Tidak dinafikan negara memerlukan 'strategic asset' seperti pesawat pejuang 'Sukhoi' untuk mempertahanan ruang angkasa negara, tetapi pesawat ini belum terbukti kewiraannya. Pertunjukan udara dan 'latihan' bukannya satu ukuran kejayaan yang boleh dibanggakan.

Dengan adanya helikopter yang tak siap sepenuhnya ini juga telah dapat menyelamatkan   pengaliran jutaan RM ke luar negara. Mana tidaknya...kebanyakan juruterbang syarikat helikopter di Malaysia sekarang ini adalah produk yang memulakan kerjaya mereka dengan Bell 47G. Tapi, apakan daya...helikopter ini bukannya memenuhi kriteria untuk bahan sejarah 'Air Force'...tak perlu diagung-agungkan! Apa pun, syukurlah kerana selepas 35 tahun ada juga usaha untuk mengabadikannya dalam buku log 'Air Force'.

Pembaca...Jangan beranggapan saya memperkecilkan mereka yang dilantik oleh rakyat dan mereka yang dilantik oleh kerajaan untuk menerajui sesuatu agensi. Saya memang sayang TUDM tetapi ini tidak bererti organisasi tersebut tidak boleh dikritik langsung. Ketika kerajaan sedang berusaha untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan, termasuk KEMENTAH...


...'Air Force' buat 'dek' saja...macam lawan toke saja! Malah saya telah menghantar sms berikut kepada Pak Menteri...

'Salam. Dato melancar bulan bahasa Melayu peringkat KEMENTAH di Melaka. Tapi 'Air Force' bangga dgn bahasa penjajah. Semua kenderaan dicat perkataan tersebut di kedua pintu kiri & kanan, bhg depan & belakang. Di KTU Alor Setar terpampang 'Air Force College'. Hanya Dato berupaya mengubah sikap 'Air Force' yang pandang rendah bahasa kebangsaan yg dah termaktub dlm Perlembagaan. Jangan Dato' nanti diperkatakan 'cakap tak serupa bikin'. Walk the talk. Maaf kurang enak didengar tapi ini adalah kenyataan. Terima kasih.'

Maaf kerana tersasul sikit. Daripada topik sejarah pergi ke penggunaan bahasa Kebangsaan pula. Tentera Udara...Mengapa, atau bahasa yang anda lebih arif,...'Y'?

10 ulasan:

FMZam berkata...

Salam tuan,

Kalau kita kemukakan soalan kepada PTU mengapa TUDM gunakan AIR FORCE instead of TENTERA UDARA, tentu sekali beliau tak akan dapat menjawabnya atau jawapannya pasti tak konkrit dan mudah dipatahkan oleh kita saja pun dah cukup, tak payah oleh pejuang2 Bahasa Melayu. Pak Menteri pun satu, benda2 macam ni pun nak kena tunggu aduan tapi bila dah adu tak jugak ada apa2 tindakan. Malas la nak cakap, ada Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK - Buli Budak Kecik) langsung tak ada makna apa2 selain SLOGAN, SLOGAN, SLOGAN!

Unknown berkata...

Once in a while, there must be check and balance mechanism. They must be poked at times. Hopefully we don't poke a sleeping dog.

Tanpa Nama berkata...

Hahahhaha!!! who is the sleeping dog? PTU the messenger boy or PAT the de facto PTU!
Air Force next generation- nak jaga 2 injin F5E pun tak bolih inikan nak jaga ruang angkasa.
Sorry Maj! the RMAF will threaten you just like they threaten the lawyer that was defending the accused on the missing engine. What a credible Air Force next generation-full of air but no force. Good in trying to protect someone ars*Ho#@.
Gua bilang sama lu maj! Out of sight, out of mind pun dah ok tetapi depa nak cover up maka depa kutuk yang kita kat luar ni tak tahu apa apa!!!
Ish.ish..ish...Air Force next generation cuba depa cermin muka tu. Nak bawa TUDM pi mana pun tak tahu kot kot sesat kat Laka Temin! Mu nak tahu TUDM tu hebat cakap orang putih mu gi la interview PTU, nanti bisa makang ikang!!!

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

I do agree with anonymous above.

What can you expect from this TUDM which is full of air without any force to protect and serve our country. Nak jaga enjin jet pun tak mampu.

Depa ingat kita ni bodoh ker, nak mengeluarkan aset KERAjaan dari Air Base bukannya senang. Nak bawa 3 tan kluar pun kalo tiada tandatangan pegawai pun susah, inikan pulak enjin jet, dua bijik plak tu.

Last-last, yang jadi kambing hitam adalah geng LLP, siap ugut sampai ke ahi keluarga.

Frankly speaking, bagi saya angkatan tentera malaysia sekarang ni tak ubah tahap macam puak pelatih latihan khidmat negara terutama pegawainya. Lembik, lemah, penakut dll yg sekasta dengannya. Tak salah kalau saya memandang rendah pada mereka sekarang ni. MEMALUKAN.....

p/s: Rumah Tuan kena gangguan banjir tak?

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Lari daripada tajuk sikit ni.
Difahamkan pada 6hb Nov akan datang ini akan diadakan Hari Terbuka TUDM Butterworth.
Tuan tak turut serta hadir ke pada hari tersebut?

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih.

Saudara Sanusi,

Pagi tadi nak pergi Jitra tapi semua jalan ke Jitra banjir. Jln Kelubi, tandop, Tmn Aman keluar ke masjid Tjg Pauh dan jlan Jitra berhadapan dengan Yawata, semuanya ditenggelami air. Boleh lihat gambar di blog isteri saya.

Saudara Anonymous,

Tak tahu & tak dijemput.

Hafizie berkata...

Saudara Kamal Sanusi,

Saya tidak berapa setuju dengan apa yang saudara cakap terutamanya mengenai menyamakan ATM dengan Latihan Khidmat Negara. Tidak semua pegawainya lembik masih ada yang sayang pada tentera. Sorry tn, sampai ke level nie saya terpaksa defend saya punya service. To saudara Sanusi Kamal, I'm proud wearing this uniform.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuanx sume...

Sy nk tambah skit apa yg Saudara Hafizie ckp..walaupun negara berada di keadaan aman damai skrg nie, hampir sume warga ATM tetap sedia utk menghadapi ancaman..mmg benar ada segelintir warga ATM yg corrupt tp tak sume..sy sendiripun masih bersemangat dan merasa bangga memakai uniform.

xpara87 berkata...

syabas anon.4,2010 0901 AM.
kami yg dah bersara pun berbangga juga memakai uniform kalau di minta berbuat sedemikain jika perlu.

telokperang berkata...

salam semua...
sy mmg tak setuju kalau bila kita dh keluar dari ATM, kita kutuk pulak ATM. Dulu kita jugak yg masuk ATM (Darat, Laut atau Udara)takde siapa yg suruh. Sendiri yg nak masuk. Makan nasi kawah, baris tengah panas dan cukup bulan dpt gaji. Bila keluar nak kutukx macam nak rak. Org macam ni mmg xde semangat tentera. Ramai jugak sy jumpa org lupa asal usul macam ni.. nak bagi penampar rasanya.