Pengikut

Sabtu, 6 November 2010

Tidak Sia-Sia

Apa yang memberi satu kepuasan kepada saya? Apabila mengetahui apa yang saya lakukan selama ini tidak sia-sia sahaja. Ini terbukti dengan penerimaan e-mel berikut  daripada   saudara Raizal Faris, anak kepada salah seorang wira yang terkorban dalam nahas pesawat yang ditembak jatuh pada 26 April 1976 (di sini), iaitu 'squad-mate' saya...arwah Kapten (U) Mustaffa Kamal...

"...Akhir kata, terima kasih saya ucapkan pada Tuan kerana atas usaha Tuan, baru lah saya dapat gambaran apa yang terjadi sebenarnya."

Raizal turut menghantar gambar arwah bapanya dengan mendiang Kapten (U) Choo...

Mendiang Kapt (U) Choo (kiri) & arwah Kapt (U) Mustaffa Kamal

Saudara Raizal...Terima kasih.

6 ulasan:

abu muaz berkata...

Tahniah atas usaha baik ini. Moga banyak lagi kisah-kisah tersirat diketahui umum . Pengorbanan besar perajurit terdahulu.

kudabesi87 berkata...

satu usaha murni tuan..

si anak dapat mengetahui perkara sebenar yg terjadi pada ayahnya dalam berjuang utk negara..

Insurgensi perlu dapat tempat yg lebih baik dalam kurikulum sejarah kita, jangan salahkan org muda kalau mereka tak kenal dan hargai perjuangan org macam tuan, PW 2 Roslan dll

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara abu muaz & kudabesi87,

Terima kasih. Jangan pinggirkan sejarah.

FMZam berkata...

Salam sdr kudabesi,

Saya percaya setiap seorang tentera yang berjuang demi tugas dan tanggungjawabnya, tidak akan mengharap apa2 penghargaan, apalagi meminta-minta orang menghargai pengorbanannya sebagai mengenang jasanya. Itu sebabnya ramai bekas2 tentera yang lebih suka menyimpan pengalaman mereka untuk diri mereka sendiri dari menceritakannya kerana mereka ada harga diri untuk tidak mahu meminta-minta dari negara yang tidak mahu mengenang jasa tentera.

Lihat sajalah betapa siksanya Tuan Nor Ibrahim kita ini untuk menrealisasikan cita2 murninya dalam usaha dan dengan inisiatif sendirian berhadnya untuk membukukan pengalaman tentera kita sendiri pun itu sudah cukup untuk jadi demotivation factor kepada ramai bekas2 tentera untuk tampil dengan kisah dan pengalaman hebat masing2 yang kita belum dengar.

Kalau negara kita sendiri tidak serius untuk mengusahakan satu dokumen sejarah tentera kita sendiri, maka jangan salahkan kami bekas2 tentera, kalau generasi muda kita tidak kenal dan tidak menghargai perjuangan menentang insurgensi.

Kami yang sudi menceritakan pengkisahan dalam blog ini adalah ikhlas dan simpati terhadap usaha Tuan Nor, dan kita semua boleh nampak jelas betapa masih banyak yang Tuan Nor perlukan namun masih terlalu sedikit yang tampil bercerita.

Kata orang "Sedikit2 lama2 jadi bukit", tapi kata saya, Jangan berharap pada yang sedikit kalau kita tidak sanggup menunggu lama untuk yang sedikit itu menjadi bukit.

xpara87 berkata...

betul kata FMZam,
sikit sikit lama lama jadi bukit.
Tapi sempatke? Ramai yg terlibat dgn insuegensi dah ranum......

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara FMZam & xpara87,

Terima kasih. Saya terpaksa mengutip komen sana & sini untuk dijadikan bahan cerita. En Roslan sudi menyahut permintaan saya untuk menceritakan pengalaman beliau. XMejar Swami, 7 Renjer, memberi kebenaran untuk saya menciplak tulisan beliau dalam 7renjer.blogspot.com. Saya harap ramai lagi pembaca sudi menceritakan pengalaman mereka untuk dibukukan.

Ada sesiapa yang boleh menceritakan kisah PW1 Kanang SP PGB yang cedera pada 19/2/1980? Krew Nuri menghadapi masalah ketika hendak 'winched'beliau. Namun demikian, beliau selamat dinaikkan dalam Nuri. Cerita yang tidak didendang.