Apa lagi yang saya maksudkan kalau tak pasal Pengurusan Kewangan. Ini saya ambil tawaran salah sebuah sebuah bank yang menawarkan kemudahan pinjaman kepada mereka yang berminat...
Nota: Pelaburan pokok ASB maksima ketika ini ialah 200,000 unit=RM200K.
Andaian:
- Kadar dividen/bonus ASB 8% sepanjang tempuh 25 tahun.
- Tiada perubahan kepada KPA sepanjang tempuh 25 tahun.
Contoh: Pinjam RM100K untuk 25 tahun...
RM100K x 25 thn x 8%/thn = RM684,850
Jumlah Bayaran: RM579 x 12 bln x 25 thn = RM173,700
Untung = RM511,150
Bayangkan sekiranya anda melabur RM200K. Di akhir 25 tahun anda mempunyaiRM1,369,700.00...Wow!
Ini yang dilakukan oleh seorang member golf saya untuk anak-anak beliau. Beliau tidaklah meminjam bank. Apa yang beliau lakukan ialah melabur RM100K untuk setiap seorang anak-anaknya dan beliau menyimpan buku tersebut. Menurut beliau, anak-anaknya terus melabur setiap bulan supaya mencecah had maksima simpanan pokok RM200K.
Anda cuba lihat B. yang membezakan menabung dengan duit sendiri dengan menabung melalui pinjaman...Sungguh jauh bezanya.
Ada kawan mengatakan, nilai wang akan menurun dalam masa 25 tahun. Memang betul dan saya tidak sama sekali mempertikaikan. Tapi, jangan lupa, kalau anda ada RM1 juta, ianya tetap RM1 juta. Kalau dividen/bonus masih 8%, pulangannya ialah RM80K=RM6666/bulan. Tetap RM6666...Kata le apa pun. Jumlah ini melebihi pencen yang kebanyakan pesara kerajaan terima setiap bulan walaupun 25 tahun akan datang...Ini satu kenyataan!
Peluang telah digambarkan. Apa yang akan terjadi di masa hadapan hanya Allah yang mengetahui. Tapi kita dikehendaki merancang. Melaburlah mengikut kemampuan. Anda mesti ingat, bila tibanya waktu mengucap sayonara, senang-susah yang anda akan alami...tanggung sendirilah. Jangan persalahkan orang lain. Fikir-fikirkanlah.
4 ulasan:
Tuan,
Satu info yg amat berguna!!
Thnx for sharing....
How's your golf lately?
Salam....
Salam Tuan
Such a long time since my last visit to your blog.
I have taken part in RHB ASB program since last year when it was first introduced.
All I can comment is that, IT IS A GREAT PROGRAM and should be participated by all readers who is eligible especially those young generation.
I don't know how to explain here but would welcome all readers to get better understanding from RHB officers.
Saudara aswaziz,
Thank you. Don't hesitate to invest for your future. My golf? Well...Can't even play to my hc20...He...He...He.
Saudara Kamal,
Syabas. I'm very happy to know that you've invested in ASB. If you're 35 yrs old and borrow RM200K for 20 yrs. By the time you're 55 and due for your retirement, you'll have extra >RM1m + your EPF or pension. As I said, RM1m is still 1m...Inflation or no inflation.
Assalamualaikum tuan,
Baguslah apa tuan tulis, kerana peringatan sebegini boleh memberi satu "gerakan bangun tidur". Sekurang-kurangnya untuk saya.
Khari
Putrajaya.
Catat Ulasan