Pengikut

Rabu, 5 Januari 2011

Syukur Alhamdulillah

"Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (Surah Ar-Ra'd ayat 11)."

3 Jan 2011...Hari yang dinanti-nanti sepanjang 2010...Mengemaskini buku ASB! Mengikut jadual, selepas menarik troli 9 lubang dan menghadiri mesyuarat 'kitchen cabinet' di De' Kembung', pacu ke CIMB Jitra. Semasa pergi ke surau untuk solat subuh, hujan turun dengan lebatnya dan hanya berhenti pada jam lebih kurang 0715. Seperti biasa, saya pun sudah terpacak di DGCC. Hamid telah menalifon bahawa Alor Setar masih hujan dan Abang Tad pula tidak dapat main, begitu juga Cikgu. Jadi, keputasannya ialah...batalkan saja permainan hari ini.

Tak jadi masalah...Saya sebenarnya sangat teruja nak mengetahui berapa dividen/bonus yang akan dikredit dalam buku ASB.

Saya mengambil isteri untuk pergi ke Jitra. Ketika berada di CIMB, saya diberitahu terdapat sedikit masalah 'teknikal' untuk mengemaskini buku. Seorang pelanggan bank mencadangkan saya pergi ke Ibu Perjabat ASNB di Shahab Perdana kerana ianya lebih cepat. Jawabnya, pacu le pula ke Shahab Perdana (gambar).

Memang betul apa yang diberitahu. Tak sampai 5 minit, ketiga-tiga buku dikemaskinikan. Jumlah  yang tercatat, memadailah saya banyak-banyak bersyukur....Syukur Alhamdulillah! Inilah berkat beringat-ingat dahulu, bersenang-senang kemudian. 

Kepada mereka yang mempraktikkan gaya hidup 'Tiada Esok Bagiku', iaitu enjoy...enjoy...enjoy. Fikirkanlah buat sejenak apa yang anda mungkin hadapi apabila tidak lagi relevan kepada majikan dan sesiapa pun, kecuali kaum keluarga terdekat! Sekiranya menghadapi masalah kewangan ketika di usia emas nanti, tanggunglah sendiri. Jangan dipersalahkan sekiranya orang ramai 'berat tangan' untuk membantu.  

Peluang terbentang di hadapan mata. Berbagai-bagai instruments pelaburan yang risikonya sangat rendah telah diwujudkan. Mengapa tidak mengambil peluang ini? Saya hanya mampu berkongsi pengalaman saya sendiri dengan harapan ianya boleh dijadikan sebagai tauladan demi untuk masa hadapan. Itu saja nawaitu saya...Saya tak dapat walau sesen pun dari mana-mana pihak. Hanya anda sahaja yang boleh merancang masa hadapan anda sendiri...sama ada tidak dibelengu dengan masalah kewangan apabila tiba masanya untuk melambai sayonara atau sebaliknya. Apa yang diperlukan hanyalah...Perancangan Kewangan. Dan, berdoa kepada  Allah Yang Maha Esa untuk keberkatanNya...InsyaAllah selamatlah anda. 

 TEPUK DADA TANYA SELERA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

singgah sebentar. setuju sgt2 dgn apa yg diutarakan. berjimat utk masa dpn, pasti kita xkan mengeluh kesah bersama kak esah. hehehehe (",)

Kamal Sanusi berkata...

Salam Tuan

I think its never too late to wish you Happy New Year...

Saya amat bersetuju dengan saranan Tuan agar kita semua sentiasa mempunyai perancangan kewangan yang baik. Malah, seingat saya posting yg terdahulu dari Tuan telah memperkatakan mengenainya.

Saya juga menyarankan agar semua kita turut mengambil pelindungan kesihatan terutama Hospitalization & Surgical memandangkan jenis penyakit yg ada sekarang ni memerlukan kos rawatan yang tinggi. Banyak sebab yg memerlukan kita akan pelindungan tersebut.

Bagi saya insuran nyawa tidak sepenting insurance yg di atas.

Wallahualam....

Tanpa Nama berkata...

agree with you tuan...syukur alhamdulillah. berkat membuat potongan ke ASB, dpt jugak dividen di saat memerlukan duit...kalau nak pergi simpan sndiri, alamatnya tinggal habuk saja lah...mujurlah mengikut nasihat seseorg untuk membuat pinjaman ASB...ada jugak kebaikan nya...

Tanpa Nama berkata...

salam

sya juga sejak 10 tahun dulu dah mula simpan sikit-sikit dalam thaji dan asb ,ptong gaji untuk saya dan anak-anak.alhamdulliah asb saya dah ada hampir 100k.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Pelabur Semua,

Alhamdulillah kerana sudah melabur. Macam coretan sebelum ini, andainya anda melabur RM100K dalam ASB, dividen/bonus 8%/tahun, dalam masa 25 tahun, simpanan hampir RM1juta. Itu sebab orang kaya akan menjadi kaya lagi.

Kalau ada wang lebih, saya syorkan melabur dalam akaun emas.

Tanpa Nama berkata...

Salams Boss,

Shukur alhamdullilah dgn bonos n dividen yg d perolehi.Mobil suami istri Merscedes Benz.Alhmdullilah skali lagi.

wawa