Pengikut

Selasa, 15 Februari 2011

Ops Piramid

Dah lama tak dengar berita dari Mejar Ishak. Tut...Tut terima emel berikut (tanpa edit). Secara sukarela beliau telah  terlibat dalam 'Ops Piramid'....

From: ishak isa 
To: majorNor sulaiman 
Sent: Sunday, 13 February 2011 6:11:14
Subject: ops piramid


Dunia dah tau President Hosni Mubarak dah resign....
Revolusi Mesir dah selesai hanya menunggu apa kah pembaharuan yg akan terjadi.

kali ini nak cerita apa yang saya buat semasa berlakunya revolusi ini....

1.  Menjadi sukarelawan  bertugas dalam bilik gerakan yg terletak di tingkat 4 bangunan kedutaan besar Malaysia Kaherah (KBMK)di Mohandessine. KBMK jaraknya kira kira 150 meter dari kediaman kami dan 3km dari Medan Tahrir.

2.Tugas utama menjawab segala pertanyaan dan menyampaikan maklumat kepada  semua pihak termasuk , ibu bapa , pelajar, POTU, Pusat Operasi Armada TLDM ., Lumut dan macam macam......................dan bersedia untuk kena marah, kena  arah, kena kecam, dan ada yg ajar apa yg patut saya buat untuk selamatkan anak anak mereka....... Yang paling saya sedih apabila ada ibu bapa yang marahkan kami kerana beri makan anak mereka makan yg tak sedap...........dan ada anak anak  orang orang yg berada yg terkandas di Airport marah wakil kami kerana beri mereka makan roti dan bukan nya nasi lemak...............sebenar mereka ini dah ada tiket untuk balik ke malaysia  atau pergi holiday  ke Europe. they are not in the evacuation list.......emak bapak depa ni lah yg paling mengada ngada........sombong dan ...................................They have forgotten it was emergency....dalam keadaan kecemasan pun depa mau anak depa di layan seperti biasa...aparaaaaa.

3.Yang hendak di evacuate, majoriti  nya anak anak orang biasa biasa je...so, depa  ikut kita punya arahan  yang di sampaikan melalui wakil pelajar dan pegawai rumah negeri yg berada di Cairo dan Iskandariah.

4. Last Friday 11, Feb  tidak lagi bertugas dan menjalankan kehidupan  seperti biasa.........

5. Ops Piramid ini juga memperlihatkan kelemahan pentadbiran pihak berwajib di kaherah dan juga sikap pegawai yg bertugas di sini.........blaming each other on simple things and personal grievences menjadi isu besar dan accountability kurang.....Pihak pihak  yg datang  dari malaysia  lebih banyak menggangu dari membantu......................................

Walau bagaimanapun,  semuanya dah selesai , I am glad that I was one of them who make Ops Piramid a success.....................

major Ishak in cairo

Beliau turut menghantar gambar-gambar berikut....




tank yg mengawal  stesyen Radio & TV  Mesir.........tarikh 13 Feb 2011


Tentang kelang-kabut yang dihadapi...Biasalah tu. Inilah kali pertama dalam sejarah Malaysia yang melakukan 'massive evacuation' rakyat dari luar negara balik ke Malaysia. Saya percaya mungkin kita tiada 'contingency plans' untuk operasi sebegini. Pasal kerenah mak-bapak tu....sehingga tak terkata!

Mejar Ishak...Syabas terhadap keprihatinan anda sedia membantu rakyat Malaysia tercinta ini  dan terima kasih....MALAYSIA BOLEH.

19 ulasan:

mangchikla berkata...

Anak saya salah seorang yg terbabit dibawa keluar, sampai kl pada 12/2011, melalui Al Wafer. Lain pulak cerita die, 'makan sedap bahhh 'macam2 adaa''. yg boring die kene terkurung selama seminggu di Jeddah. Jazakummullahu khairan kasiraa pada Maj (B) Ishak n the rest of the gang for a job well done . Bkan senang nak bawak kuar 14K, 'hiccup' tu normal la.. :D

HBM Consultant berkata...

Salam, tuan.
Namanya pun 'ibu bapa'. Jikalau cikgu yang memandaikan anak-anak mereka pun boleh dikecam, apatah lagi orang yang membantu mereka seumur hidup sekali (padahal membantu menyelamatkan nyawa tu!!). Apa pun, tahniah kepada wira negara yang sentiasa bersedia apa sahaja demi negara (sehingga ada yang sanggup mendahulukan anak orang lain berbanding anak sendiri yang terlantar di hospital semasa Ops Piramid dijalankan). Sesungguhnya kami berbangga memiliki wira seperti tuan-tuan...

mangchikla berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Tahniah kpd Mejar Ishak..okey gak dpt tau serba sedikit berita dr petugas sendiri.

bab2 makbapak yg banyak songeh tu, depa ingat rm depa boleh beli segala ka?(ayat hangin satu badan nihh...he3x!!!)

MOHAMED berkata...

Itulah bila negara dah mewah hidup dah senang, segala perit payah generasi terdahulu dilupakan.Memang Melayu mudah lupa.Dinasihatkan sesiapa yang terasa tu makanlah kismis banyak2 untuk menguatkan daya ingatan.
Saya tabik pada wira2 negara yang terlibat.

Unknown berkata...

Mohon jasa baik tuan utk membuat sedikit review berita/entri (just petikkan je)ni di blog saya.

Akan di backlink ke blog tuan.

dan juga memohon untuk mengambil sekeping gambar...terima kasih tuan.

Mohd Arshad Raji berkata...

Dear Nor,

I am so glad you posted Mej Ishak's email in your blog. Had you kept it to youself, nobody would know the tireless efforts taken by MejIshak throughout the period of the evacuation. Well done Mej Ishak and as an AF retiree, I salute you for your effort.

basri bin omar berkata...

Salam Tuan & Sdr Ishak!

TK paparan tu....satu episod untuk koleksi bahan sejarah kita ..tadi dok baca Majallah Solusi Isu no 28...artikel Cetusan..Prof Dr Sidek Baba(Cikgu)..Warkah Seorang Pendidik...nak kutip sikit"Aku percaya,hanya orang yg pernah susah faham apa itu makna KESUSAHAN. Orang yg datang drp keluarga MISKIN faham apa maknanya kekayaan semangat dan cita2. Orang yg biasa dgn berendam air mata dan rasa TERABAI oleh zamannya akan mengerti nilai ilmu dan PERJUANGAN pada dirinya. Orang yg berjiwa besar sahaja mengerti ttg HAKIKAT HIDUP ini dan SUDI MENYUAKAN PERTOLONGAN . Walaupun ianya kecil tetapi amat bermakna bagi perjuangan hidupku.!" Syabas Sdr dan semua Pembantu,doa dan harapan KERJA BAIK ini di ganjarkan oleh Allah SWT dgn setimpalnya...AMIN!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Semua,

Terima kasih. Saya berharap Mej Ishak sudi menceritakan keadaan di sana ketika itu dan memberi pandangan beliau tindakan yang perlu diambil oleh pihak berkuasa Malaysia sekiranya kita berhadapan dengan situasi sebegini.

nia berkata...

salam...
alhamdulillah, saya antara pelajar yang pulang dgn srilanka airlines. saya setuju dgn anak 'mangchikla'. mmg rasa trlebih makanan, di jeddah tu. cuma psiko time nak tggu smpai gliran balik tu la, sbb taktau nak buat apa di situ. other than that, sy mmg puji semua urusetia TABUNG HAJI n semua lah. jazakumullah khair katheera. insyaAllah, satu pengalaman yang bagus utk semua. :D

Tanpa Nama berkata...

Akum
terima kasih kepada Mej Ishak
saya mewakili Pihak POTU sangat berterima kasih kepada kerjasama yang diberikan.

CaptHoosh

Tanpa Nama berkata...

waalaikumussalam,
kapt hoosh, saya juga ingin mengucapkan syabas kpd Kol Dzularnain, kol Abd Mulatip serta aircrew C130, ground crew dan detesmen PASKAU yg menjayakan Ops Piramid tempoh hari.
Thank you.

major (B) Ishak
Cairo

SSC Intake 34 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
mangchikla berkata...

Col Mutalib semasa sampai di TUDM Subang - https://lh5.googleusercontent.com/__8b7RgF3UTY/TV8WYKZFu8I/AAAAAAAAA6w/GbJMQ6UKpC4/SKot%20in%20Ops%20Pyramid.jpg

yusri berkata...

tuan... mintak izin share kat blog saya..

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara yusri,

Terima kasih & dipersilakan.

muhamad yusri berkata...

trima kasih sir...

Tanpa Nama berkata...

Salam All,

Well done to all the party involved with 'Ops Piramid' mission especially Hercules C130 crew. Thank you also Maj Ishak & Maj Nor Ibrahim sir coz share with us.

Cheers,
JeffNSP@hotmail.com

een nebula berkata...

Sepatut nya mak bapak yg cakap banyak 2 pergi selamat kan anak mereka sendiri...pandai beranak tapi x pandai jaga...nak mengarah org yg dah sangup menolong dengan rela hati..Tabik hormat sukarelawan & sukarelawati Ops Piramid..Harap2 mak bapak yg kaya 2 baca komen sy..TK