Pengikut

Sabtu, 30 April 2011

Sungguh Meletihkan

Sungguh meletihkan....2 hari - 29/30 April 2011 - saya berada di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, untuk mempromosikan "Coretan Xnuripilot" sempena 'Ekspo Pedagangan Melayu' yang dianjurkan oleh PERKASA. Pihak penganjur telah bermurah hati memberi sebuah meja di kiosk Pendaftaran untuk mempamerkan produk saya secara 'FOC'. Jadi, berkhemahlah saya di sana.

Saya sungguh terharu apabila mantan PW2 Ismail (B), tuan punya blog ini yang datang dari Sg Petani pada 29 April hanya untuk berjumpa saya dan membeli 2 naskah. Kali terakhir saya bertemu beliau ialah pada awal 1980 sebelum bertukar dari No 3 Skuadron, TUDM Butterworth ke No 10 Skuadron, TUDM Kuantan (Gambar di bawah ihsan beliau). Kebetulan pula, seorang ahli forum 'Panggilan Pertiwi', saudara Faisal Tajudin  ada bersama...jawabnya, bersembang panjanglah kami.


Bersama PW2 Ismail (B)

Nak tahu hasil jualan sepanjang 2 hari? 12 buku = RM480!! Apa-apa pun....Syukur Alhamdulillah. Buku Tun Dr Mahathir pun hanya laku sejumlah 1000 naskah sahaja semasa pelancaran...He...He...He. Dalam beberapa hari tu baru saja habis 10k; sekarang dah mencecah hampir 60K saja....Wow! Sementelah Tun turut memberi ucapan hari ini, saya telah menghadiahkan buku saya kepada beliau melalui penganjur. Jangan harap boleh memberinya sendiri...Dekat pun tak boleh!

En Ismail dan pembaca-pembaca yang mengunjung saya...Terima kasih.

Khamis, 28 April 2011

Akhirnya...

27 April 2011 jam 2030...Hari Ini Dalam Sejarah!!! Setelah diasak dan terus diasak, akhirnya "Coretan Xnuripilot" telah berjaya dicetak dan dihantar ke rumah....Syukur Alhamdulillah.

1000 naskah

Kulit hadapan

Kulit belakang

Harga: RM40+RM5 (Pos Ekpres)=RM45 senaskah.
Pos Ekpres: 2 naskah=RM9

Sesiapa yang berminat, sila kredit amoun dalam akaun CIMB 0210-0001938-20-2 di atas nama NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN. Kemudian, sila sms atau e-mel saya memaklumkan amoun telah dikredit dan alamat di mana buku hendak diposkan. Saya boleh dihubungi di 019-4744849.

26 April 2011...Saya telah menghantar sms kepada rakan-taulan memaklumkan berita ini. Syukur Alhamdulillah, ada yang telah mengkreditkan amoun dalam akaun tersebut. Saya akan 'Pos Ekpres'kan buku kepada mereka esok (28 April), Insya-Allah. Kalau mengikut jadual, mereka akan terima pada Jumaat. Kalau dialamatkan ke pejabat, sudah pasti mengambil masa kerana dari CRDO KEMENTAH (Collect, Receive & Despatch Office) mengambil masa untuk naik lift ke pejabat penerima. 

Saya akan berada di Stadium Sultan Abdul Halim (Stadium Suka Menanti) pada 29/30 April 2011 sempena Ekspo Perdagangan Melayu. Pihak Penganjur telah bermurah hati memberi saya sebuah meja di Kiosk Pendaftaran untuk mempromosikan buku ini.

Ingin saya membuat pengakuan di sini bahawa buku ini adalah pengalaman pertama saya sebagai penulis. Jadi, faham-faham sajalah...bukan seperti "A Doctor In The House"...almost there but not quite...! He...He....He. Saya pasti akan menerima banyak kritikan tetapi saya akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Saya juga memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan fakta, kekasaran bahasa atau apa-apa yang mungkin menyinggung perasaan individu-individu tertentu. Percayalah....Tidak terlintas di hati untuk berbuat demikian.

Dan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca di atas sokongan anda semua. Tanpa galakan dan sumbangan dalam berbagai bentuk, termasuk bahan cerita, gambar-gambar, dll, mungkin buku ini tidak diterbitkan. 

Selasa, 26 April 2011

HUT 26 April 1976

26 April 2011...Genap 35 tahun Tragedi Gubir. Bagi  memperingati peristiwa tersebut, mungkin para pembaca bersedia menonton semula program "Hari Ini Dalam Sejarah" di sini.
WIRA-WIRA YANG TERKORBAN YANG BERAGAMA ISLAM....AL-FATIHAH. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMATNYA KE ATAS ROH MEREKA...AMIN




Ini petikan e-mel saudara 'senapang patah' "....dan insya allah besok selepas maghrib saya ada buat tahlil disurau utk arwah yang terkorban pada tragedi 26 april. semoga roh mereka semua ditempatkan dikalangan org2 yang beriman."

Isnin, 25 April 2011

M23-11

Pembaca...Ini lagi gambar-gambar nahas M23-11 yang dicoretkan di sini.

Lokasi nahas diperbesarkan untuk proses 'recovery'

Helikopter MI-8 kepunyaan syarikat swasta disewa untuk tugas recovery

'Transit' di Long Semadoh

Dalam hangar di TUDM Labuan

Main Gear Box & Main Rotor Head dengan roots Main Rotor Blades

Saya dijanjikan ada beberapa gambar lagi akan di-emelkan. Sekiranya diterima nanti, saya akan memaparkannya. Cerita suvivors daripada TLDM dan TUDM sudah disiarkan, tak adakah survivor daripada TDM yang sudi berkongsi pengalaman? Jika diizinkan Allah, kedua-dua kisah ini akan menjadi bahan buku ke2 nanti, InsyaAllah. 

Saudara MdSaiful Sakim....Terima kasih.

Sabtu, 23 April 2011

Nahas 13 Julai 2007

Sementelah bercoret tentang nahas pesawat sebelum ini, seorang pembaca, 'senapang patah', telah meng'emel'kan 15 gambar berkenaan sebuah Nuri yang ditimpa kemalangan pada 13 Julai 2007 dekat dengan Genting Highland di sini. Inilah kali pertama saya melihat gambar yang sungguh memilu lagi mengerikan.

Saya rasa memadailah disiarkan sebahagian sahaja gambar-gambar berkenaan untuk ditonton oleh mereka yang tidak berkesempatan melihatnya sebelum ini. Sesiapa yang berminat nak melihat lebih banyak gambar nahas tersebut, boleh klik di di sini.

Saudara senapang patah....Terima kasih.

Mutakhir (25 Apr 2022 jam 1317): Terserentak juga saya dibuatnya dengan komen 'Anonymous' yang mengatakan gambar-gambar nahas adalah 'rahsia' dan mesti meminta kebenaran pihak TUDM. Saya menulis blog kerana ingin berkongsi pengalaman yang mana mungkin boleh dijadikan satu pengajaran; tidak terlintas untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak. Apa tah lagi 'to get into unnecessary trouble'. 

Sebagai seorang yang bukan arif dalam ilmu perundangan, saya berpendapat gambar-gambar tersebut bukannya rahsia melainkan ianya adalah sebagaian daripada 'KEMBARAN'  kepada laporan Board Of Inquiry. Adakah anggota yang membuat operasi menyelamat diarah oleh pihak atasan supaya tidak mengambil gambar ketika melaksanakan tugas? Jika mereka engkar arahan ini, mereka boleh diambil tindakan sewajarnya.

Seterusnya, saya telah bertanya kepada seorang rakan. Beliau menasihatkan agar tidak menyiarkan gambar-gambar tersebut kerana ia mungkin 'sensitif' kepada pihak-pihak tertentu. Alasan ini saya boleh terima. Justeru, saya menarik balik gambar-gambar tersebut.

Kepada mereka yang terbabit....Saya minta maaf sekiranya saya menyinggung perasaan anda semua!!

Khamis, 21 April 2011

Pengalaman Mangsa Nahas Pesawat

Pembaca....Masih ingat nahas Nuri pada 15 Ogos 2004 di kawasan Long Seridan, Sarawak? Seramai 3 anak kapal telah terkorban dalam insiden tersebut. Seorang pembaca telah menghantar e-mel tentang cerita salah seorang juruterbang yang terselamat dalam nahas tersebut.

Mereka yang terkorban ialah...

  • Arwah Mejar  Abdul Hadi Bin Wahab TUDM - Ketua Skuadron
  • Arwah Kapten Ismazilah Bin Ismail TUDM - Juruterbang Pertama semasa kejadian 
  • Pegawai Waran 1 Sentaliah a/k  Kadur - KU

Saya menghargai kesudian juruterbang terbabit yang sedia berkongsi pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupai sepanjang hayat beliau. Inilah buat kali pertama saya membaca pengalaman seorang yang terselamat dalam nahas pesawat. Pengalaman tersebut boleh dibaca di sini.
Keadaan M23-11 (ihsan MdSaiful Sakim

Saya telah menghubungi juruterbang dan KU berkenaan untuk memaklum yang saya berminat untuk menjadikan cerita mereka sebagai bahan buku ke2 nanti,  jika ia menjadi satu kenyataan, Insya-Allah. Dan meminta kebenaran. Mereka tiada halangan terhadap hasrat saya. Namun demikian, saya memerlukan butir-butir tertentu bagi menjadikan cerita tersebut lebih mudah di'fahami' oleh pembaca nanti. Mereka berjanji akan meng'e-mel'kan maklumat yang saya perlukan nanti, Insya-Allah.

Kepada mereka yang terkorban yang beragama Islam...Al-Fatihah.

Saudara Zulfatah....Terima kasih.

Selasa, 19 April 2011

Penerimaan PJM

17 April 2011...Saya menerima surat daripada JHEV Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menghadiri majlis 'PENERIMAAN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)' bertempat di La Fiesta@The Carnival Water Theme Park, Cinta Sayang Golf & Country Resort Sg Petani, Kedah. Pagi itu, saya pun bawalah isteri bersama ke majlis tersebut.


PINGAT JASA
MALAYSIA

PINGAT INI DIKURNIAKAN
KEPADA ANGGOTA-
ANGGOTA TENTERA
MALAYSIA DI ATAS SIFAT
KEPERWIRAAN,
KEBERANIAN, 
PENGORBANAN DAN
KESETIAN DALAM 
MEMPERTAHANKAN
KEDAULATAN NEGARA
SEMASA TEMPOH DARURAT

Pingat telah disampaikan oleh KP JHEV, Mej Jen Dato' Zulkifle Bin Mazlan.

So...you're the famous xnuripilot

Kenangan bersama KP JHEV

Dalam begitu ramai para hadirin, yang saya kenal hanyalah Lt Kol Harun Ayob TUDM (B) yang turut menerima JPM; sekarang menetap di Kangar, Perlis. Kali terakhir saya berjumpa beliau adalah pada awal 1980 ketika menghadiri kursus SOS (Squadron Officers School) di ITU, TUDM Kinrara, yang pertama kali dikendalikan oleh TUDM. Beliau adalah salah seorang daripada 3 Juruarah kursus tersebut.

Lt Kol Harun Ayob TUDM (B)

Apa lagi...saya pun bersembang pasal buku saya (mungkin siap penghujung April ini, Insya-Allah) dan bertanya di mana beliau berada ketika Tragedi 26 April 1976. Menurutnya, semasa itu beliau adalah Ketua Flait No 3 Skuadron, TUDM Butterworth. Beliaulah yang membawa 'SEP' (Surrendered Enemy Personnel) dengan Alouette 111 untuk membuat tinjauan udara terhadap kem komunis sebelum kemasukan komando menawan kem tersebut. Beliau masih ingat ternampak khemah-khemah musuh. Tentang Nuri yang ditembak jatuh pula, beliau telah membawa Kol (U) Fauzi Hussein, Pegawai Memerintah TUDM Butterworth, ke lokasi tersebut. Ketika tiba di kawasan nahas, pesawat masih terbakar. 

Tatkala Ops Selamat Sawadee, Lt Kol Harun adalah salah seorang BASO di Kroh. Ketika saya diminta untuk mengambil seorang casevac di waktu malam, beliaulah BASO yang meluluskan permohonan 6 RAMD dengan syarat terpulang kepada saya sama ada sedia melaksanakan penerbangan tersebut; saya telah membuat penerbangan casevac tapi 22297 Lans Koperal Saidi Bin Ismail telah meninggal dunia di dalam pesawat. 

Asyik mendengar cerita saya adalah seorang mejar dari RGK, Mej Bakar. Beliau menyatakan beliau adalah dari Skuadron 'Z'. Skuadron beliau  diarah untuk menawan kem tersebut pada 17 April 1976 tetapi terpaksa dibatalkan kerana tentangan hebat dari pihak musuh. Seorang lagi mejar (terlupa namanya) pula memberitahu pengalaman beliau semasa Ops Selamat Sawadee. Beliau ketika itu seorang pegawai muda 6 RAMD. Sayang sekali....semua cerita ini hanya diketahui selepas buku sedang dicetak!

Dalam ucapan KP, beliau telah menyentuh dengan panjang lebar berkenaan pembacaan pertama Akta Veteran Malaysia di Parlimen baru-baru ini. Menurutnya, yang paling mustahak ialah Akta induk diluluskan.  Apabila ini terlaksana, sebarang peruntukan berkaitan dengan isu veteran tidak perlu lagi mendapat kelulusan Parlimen: memadai dengan kelulusan Menteri Pertahanan. 

Anda ingat saya hendak duduk diam saja apabila mendengar berita ini? Sudah pasti tidak. Di waktu makan tengah hari, saya telah berjumpa beliau dan mencadangkan untuk menggunakan Akta ini nanti bagi memberi elaun kepada penerima JPP, PTU & KPK. Beliau menjawab susah sikit kerana apa-apa isu berkaitan dengan pingat adalah di bawah bidang kuasa JPM. Saya percaya tiada satu pun Akta yang 100% perfect...mesti ada 'loop-holes' dan bagaimana ia diterjemahkan. Saya katakan kepada beliau '...something to think about and food for thought'. Beliau berjanji untuk memikirkan cadangan saya ini. Kalau tak cuba, mana nak tahu...Rezeki ditentukan Allah tapi kenalah berusaha!

Ahad, 17 April 2011

Menjadi Rebutan

Masih lagi kisah atol di kepulauan Spratly ini. Rakyat yang berfikir 'apalah sangat yang diheboh-heboh pulau-pulau ini...after all, hanya batu karang sahaja'! Harap janganlah sesiapa berfikiran sedemikian. Mungkin ramai yang terlepas baca (mungkin tidak berminat topik sebegini) bahawa tentera laut negara China dan Vietnam pernah bertembung di Laut China Selatan mengakibatkan kehilangan nyawa kerana tuntutan bertindih terhadap salah sebuah terumbu yang diduduki oleh Vietnam. Mutakhir, Filipina telah menghantar protes ke PBB terhadap China yang 'merayau-rayau' di terumbu mereka.


Sudah tentu keadaan ini tidak menyenangkan pihak 'Polis Dunia'. Mereka sedia meronda di perairan tersebut bagi memastikan 'keamanan' di kawasan tersebut, jika perlu. Silap percaturan, masalah besar kepada negara-negara berkepentingan, termasuk Malaysia.

Jumaat, 15 April 2011

Lt M Abdul Hamid SP

Pembaca....Saya telah memohon agar Lt Kol Basri Omar (B) scan dan e-mel cerita tentang squad-mate beliau, arwah Lt M Abdul Hamid SP, yang terdapat dalam buku Lt Kol Dr Syed Othman (B) - "Pahlawan Tanahair". Apa yang tertulis di pusara ini terlalu ringkas untuk dihayati. 


Sesiapa yang tidak mengetahui tentang keperwiraan salah seorang wira negara, inilah kisah Lt M Abdul Hamid (klik untuk membaca)....







Lt Kol Basri Omar (B) dan Lt Kol Dr Syed Othman...Terima kasih.

Nota: Maaf kerana susah untuk dibaca walaupun setelah diperbesarkan.

Rabu, 13 April 2011

Tragedi 26 April 1976...Mangsa JS Ke2

Pembaca...Dalam cerita 'Tragedi Gubir', 'Abah' menceritakan warga komando kedua yang terkena jerangkap samar (JS) ialah Truper Hussin. Tetapi cerita itu tidak mendalam kerana beliau tidak berada bersama dengan Truper Hussin di tempat kejadian kerana berlainan trup. Beliau menceritakan secara terperinci tentang buddynya, Truper Yaacob, yang terpijak JS. Mangsa JS pertama ialah Sarjan Ahmad@Jantan dan keadaan ketika terkena JS diceritakan secara terperinci oleh Lans Koperal Mat Sepin Ismail. Jadi, dalam buku saya pun kejadian yang menimpa Truper Hussin hanya sekadar sepintas lalu sahaja.

2 bulan sudah, Lt Kol Basri (B) telah menghantar artikel terbitan BTDM (Berita Tentera Darat Malaysia) berkenaan dengan Truper Hussin. Sayang sekali saya menerima cerita ini hanya setelah buku dalam proses dicetak! Ini petikan artikel tersebut (klik untuk membaca)....



Lt Kol Basri Omar (B)....Terima kasih.

Isnin, 11 April 2011

Pulau Perak

Pembaca...Kelahiran Pulau Layang Layang telah diumumkan di sini. Mantan PM turut menceritakan tentang 'Pulau Perak'....
Halaman 345 buku "A DOCTOR IN THE HOUSE"

Saya hanya mengetahui kewujudan Pulau Perak hasil daripada menulis blog ini apabila seorang krew Nuri menceritakan penerbangan beliau ke pulau tersebut. Sebelum ini tak tahu pun kewujudan dan di mana terletaknya pulau berkenaan, malah tak pernah dengar namanya pun. Negeri Perak saya tahulah kerana saya anak Perak. Inilah rupa pulau yang diperkatakan... 

Nuri menghampiri Pulau Perak untuk 'resup' 

'Bare granite and marble outcrop in the Strait of Malacca'

Di atas kapal untuk 'underslung' generator ke Pulau Perak

Bot TLDM saiz ini boleh merapati jeti kecil di Pulau Perak 

Kedudukan Pulau Perak ialah Latitude: 5° 42' 0 N, Longitude: 98° 55' 60 E, iaitu lebih kurang 45 minit penerbangan dengan Nuri dari TUDM Butterworth.  Sebelum Nuri digunakan, resup dibuat oleh kapal TLDM. Bayangkan beban yang terpaksa ditanggung untuk memindah rangsum/bekalan, seperti air/bahan api dalam jerry cans,  rangsum basah dan kering, dll, dari jeti ke tempat penginapan di atas bukit. penghuni pulau ini terpaksa mendaki lebih kurang 400 anak tangga ...Kesianlah soldadu-soldadu kita tu! Justeru, bagi mengurangkan kesengsaraan menanggung bebanan ini, Nuri ditugaskan untuk menghantar rangsum/bekalan terus ke atas puncak pulau....Lega! 

Saya harap tiada rakyat Malaysia mempertikaikan keputusan kerajaan menghantar segelintir warganya bersantai ala 'Robinson Crusoe' di pulau berkenaan. Masih ingat mengapa kita di'lucut' hak milik Pulau Batu Putih (di sini) kepada Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Mei 2008? Salah satu sebabnya ialah negara tersebut telah meletakkan rakyatnya di pulau terbabit; mereka dilihat mentadbir pulau berkenaan. Kalau kita tak menempatkan wira-wira di belakang tabir di sana, kemungkinan negara lain yang ada kepentingan akan menceroboh hak kita dengan menempat rakyat mereka dan seterusnya mengistiharkan bahawa pulau tersebut kepunyaan mereka. 

Jangan biarkan sejarah berulang dan hargailah pengorbanan wira-wira ini.

Kepada yang berkenaan....Terima kasih.

Mutakhir (jam 1417)....Lt Kol Basri (B) menghantar sms untuk saya membaca kolum surat dari pembaca dalam NST  ini. Syukur Alhamdulillah...Pulau Perak dah 100% hak Malaysia.

Sabtu, 9 April 2011

"Humble Hut"

Dalam bukunya, 'A Doctor In The House', Tun Dr Mahathir menyatakan salah satu keputusan paling PENTING dibuatnya sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri ialah mengistihar Terumbu Layang Layang sebagai hak milik Malaysia (ms 343). Beliau kesal 'Amboyna Cay (AC)' telah terlepas kepada Vietnam. Sebelum ini, beliau telah mencadangkan agar Malaysia menuntut AC kerana ia paling hampir dengan Malaysia. Tetapi saranan beliau tidak diterima dengan alasan untuk mengelak 'perselisiham faham' dengan negara lain. Akhirnya, Vietnam telah menduduki terumbu tersebut.

Ikuti cerita beliau tentang Pulau Layang Layang berikut (klik untuk membaca)...

Inilah rupanya 'humble hut' yang dimaksudkan...

'Humble Hut' Diberi Penghormatan Sebagai Hotel Untuk Perdana Menteri

1983 saya adalah Ketua No 5 Skuadron dan saya tak terlibat dalam misi tersebut. Mungkin ketika itu saya sedang menunai fardhu haji. Yang pasti, pada 8/9 Februari 1984, saya telah membawa PTL dan PANGUD untuk bermalam di sana. Semasa itu kemudahan  penginapan   ini  telah siap untuk anggota PASKAL. 

Sementelah bercakap pasal Pulau Layang Layang, kalau diizinkan Allah, dalam buku ke2 nanti, salah satu bab ialah tentang Pulau tersebut & Kem Gubir. Saya bercadang untuk memuatkan gambar-gambar sahaja...macam buku 'coffee table' hanya ditukar kepada 'Bab' tea table (macam photo album)...He...He...He. Sebagai contoh, dari hanya sebuah atol di Laut China Selatan sehingga menjadi sebuah pulau. Sesiapa yang ada menyimpan gambar-gambar terbabit, seperti gambar 'humble hut', dan sudi berkongsi bersama, harap e-mel kepada saya.

Khamis, 7 April 2011

Airmiss

6 April 2011...I was about to tee-off at hole #16, DGCC, when I heard  a familiar sound. The other 3 'kitchen-cabinet members' were asking what was that sound  because they have never heard it before. Confidently I told them that it was the sound of a remote-controlled plane (RC plane).  And I was absolutely right.  There, flying above us was the aircraft.

Well...It reminded me of an incident during my flying days at No 3 Squadron, RMAF Butterworth, way back in the late 70's . What else if not the unforgettable  Ops Selamat Sawadee. I was flying a casevac from the ops area to be offloaded at the 'Polo' ground, Penang General Hospital (an open space in front of the hospital). There was a big crowd at the 'padang' with an ambulance and reception party waiting for the casevac. As I was approaching to land, suddenly I saw this miniature aircraft climbing head-on towards me! I had to execute an overshoot to avoid an airmiss. On the second attempt to land, again, the 'pilot' wanted to challenge my Nuri. Another overshoot. Of course I could proceed to land because I didn't think the RC plane posed any danger whatsoever to my Nuri. It's downwash alone was enough to blow off the RC plane out of the airspace...but just to be 100% sure! I had no way of informing the Army personnel on the ground to tell the pilot to land his aircraft. He could be anywhere on the ground.

On the third approach, the culprit still did not show any sign of giving up. Instead he sent his aircraft to 'attack' my iron bird. Well...I had enough of this stupidity and I was determined to land so that the casevac would be given an immediate treatment. I was not going to deprive the poor soldier of his right to get medical attention just because of this irresponsible rakyat. The aircraft was climbing towards my Nuri and before it could reach within the radius of the rotor blades, I saw the aircraft disintegrated in the air and its parts plummeted to the ground. The RC plane could never have withstood Nuri's downwash speed of about 60 knots, let alone the aircraft speed.  Served him right.

Frankly, I was expecting to be confronted by the pilot to lodge a complaint or something to that effect. In fact, I would love to see who he was because I wanted to tell him that he was endangering an aircraft and all the people on board. And also, obstructing a government official from performing his duty. Unfortunately, nobody came forward.

After offloading the casevac, up...up... and away to Kroh.

Selasa, 5 April 2011

Wira-Wira "Blackhawk Down"

Pembaca.... Sementelah bercoret tentang keperwiraan Bukit Kepong yang tidak diiktiraf manakala kisah Bukit Jenalik pula mendapat liputan di seluruh dunia, di sini saya coretkan pula justifikasi  penganugerahan Darjah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) kepada arwah Kpl Mat Aznan bin Awang yang terkorban ketika menjalani operasi menyelamat Quick Reaction Force (USA) di Mogadishu pada 3 Okt 1993 di sini

6 orang anggota 19 RAMD yang terlibat dalam operasi tersebut turut dianugerah PGB...

  • Kapt Mohd Halim bin Khalid
  • Mej Abd Aziz bin Abd Latiff
  • Lt M Khairul Anuar bin Abd Aziz
  • Lt M Muhammad Juraimy bin Aripin
  • L/Kpl Mohd Sabri bin Ahmad
  • L/Kpl Rizal bin Ismail

Petikan daripada "19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA" oleh Lt Kol Dr Syed Othman (B)

Untuk arwah Kpl Mat Aznan....Al-Fatihah.

Ahad, 3 April 2011

Semuanya Relatif

Saya tertarik dengan komen 'Anonymous' di coretan ini '....Jangan rosakkannya dengan cerita-cerita tuntut pingat ini. Kalau saya yg tak kena mengenapun rimas, apa lagi pak menteri dan pegawai Mindef? March 22, 2011 7:35 AM'Sepertimana yang saya nyatakan, itu hak beliau untuk menyuarakan pandangannya. 

Sekarang nak merapu sikit....Tidak dinafikan, nawaitu saya mencari rezeki halal hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah. Selain itu, sebagai hambaNya, memang diakui saya tidak dapat lari daripada tersediknya perasaan mengharapkan pengiktirafan daripada pihak berwajib terhadap perkhidmatan/pengorbanan yang telah dicurahkan. Paling asas pengiktirafan semasa bekerja dahulu ialah mengharapkan kenaikan pangkat. Selepas bersara sepenuh masa, tidak terlintas mengharapkan sebarang pengiktirafan kerana tidak lagi menyumbang apa-apa kepada sesiapa. Lantas, saya bersyukur dan terharu apabila ada hamba Allah yang mengiktiraf perjuangan saya dalam isu Bukit Kepong sehingga beliau telah mengeposkan satu entry dalam blognya di sini

Saya menulis tentang wira-wira Bukit Kepong dengan harapan agar negara mengiktiraf pengorbanan mereka. Saya tidak faham mengapa mereka dipinggirkan. Sepertimana yang dicadangkan oleh seorang pembaca, saya telah berinteraksi dengan PM melalui facebook beliau berkenaan isu ini. Pengiktirafan yang saya harapkan terhadap diri saya sendiri ialah apabila kerajaan menganugerah Darjah Perkasa kepada mereka...Itu sahaja. 

Itu Anugerah Perkasa. Adakah sesiapa yang tahu bahawa terdapat golongan anggota dalam perkhidamatan beruniform yang cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Kerajaan agar mereka dianugerah dengan Pingat Perkhidmatan Am (PPA)? Seorang pembaca blog saya telah bertanyakan mengapa anggota perkhidmatan berkenaan tidak layak menerima PPA? Jujur saya katakan, saya tiada jawapannya, hanya sekadar menyarankan beliau menulis kepada Bahagian Istiadat, JPM. Beliau telah menulis kepada JPM tetapi sehingga kini jawapannya kurang memberangsangkan. Saya tabik spring kepada beliau kerana kegigihannya terus berusaha melalui berbagai saluran bagi menentukan agar perkhidmatan beliau turut tergolong dalam perkhidmatan yang layak diberi PPA. 

Saya tidak mewakili sesiapa, tapi tidak salah saya katakan bahawa, bagi warga tentera, PPA ini dah di'take for granted' saja; setahun berkhidmat gerenti tersemat di dada. 

Lihat gambar berikut...Penerima PJM di Kerdau pada 3 Mac tempuh hari. Mungkin ada yang berfikir 'apalah sangat PJM'. Apakah signifikasi PJM? Bukannya membawa sebarang gelaran atau pun menerima imbuhan. Tapi penerima boleh berbangga bahawa beliau turut terlibat dalam kempen menentang pengganas komunis di suatu ketika dulu. Ini satu pengiktirafan.



Pengiktirafan kepada saya ialah apabila gambar ini dihantar oleh salah seorang daripada penerima PJM, S/Sjn Jamaluddin (berdiri 2 dari kanan), dan petikan sms ini '...sekali lagi tk yg tdk terhingga utk tuan n Jen zul krn bersusah pyh utk  sy...' Apa yang telah saya lakukan hanyalah menyampaikan rentetan anggota terbabit kepada KP JHEVPada saya, ini satu kepuasan dan tidak ternilai harganya.

Apa yang saya cuba katakan, pengiktirafan adalah 'relatif'.