Pengikut

Sabtu, 15 Januari 2011

Misi Menyelamat 'Black Hawk Down'



Masih ingat filem 'Black Hawk Down'? Filem ini mengisahkan dua buah helikopter S60 'Black Hawk' Uncle Sam telah ditembak jatuh di sekitar kawasan Bakara Market, Somalia pada 3 Oktober 1993. '...Dua buah helikopter Black Hawk yang membuat pengawasan dari udara dilaporkan ditembak jatuh di rujuk Grid 365263 dan 363265. Kumpulan bersenjata General Aideed dipercayai bertanggungjawab menembak pesawat berkenaan dengan menggunakan senjata anti pesawat udara. Sehingga jam 1630C, dilaporkan seramai 70 orang Rangers Amerika dan lima orang crew udara yang tercedera terperangkap di dua lokasi di atas'...petikan daripada buku "19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA" oleh Syed Othman bin Syed Othman, bab 'TRAGEDI DI TIMUR PASAR BAKARA' (klik di sini) .

Selain menceritakan dengan terperinci insiden tersebut, buku ini turut menyenaraikan semua anggota 19 RAMD dan juga nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat dalam misi menyelamat pasukan Rangers dan juga krew pesawat berkenaan.

Dalam filem tersebut, peranan anggota MALBATT tidak langsung diketengahkan. Tanpa kegigihan tentera kita, kemungkinan besar tajuk filem tu bertukar kepada 'Massacre Of Bakara'. Tapi apa nak dikatakan...Hollywood sudah pasti menonjolkan keperwiraan tentera mereka sahaja. Depalah yang paling 'terror' dalam semua operasi pada hal mereka kerap kalah dalam banyak campaign.

Akibat pertempuran yang berlaku dengan para militia, seorang anggota MALBATT terkorban, 9 tercedera, tiga buah Condor Twin GPMG dan sebuah Condor 20mm Oerlikon musnah. Pihak Rangers pula dilaporkan 12 anggotanya terkorban manakala 75 orang tercedera.

Sebagai pengiktirafan pengorban wira-wira kita, negara Malaysia telah menganugerah...
  • SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (SP) - Arwah 1042754 Prebet Mat Aznan Bin Awang (dinaikkan pangkat Koperal).
  • PANGLIMA GAGAH BERANI (PGB) Kapten Mohd Halim Bin Khalid, Mejar Abd Aziz Bin Abd Latiff, Leftenan Muda Khairul Anuar Bin Abd Aziz, Leftenan Muda Muhammad Bin Aripin, Lans Koperal Mohd Sabri Bin Ahmad dan Lans Koperal Rizal Bin Ismail.
Sesiapa yang berminat untuk mengetahui pengorbanan wira-wira kita boleh membaca 3 coretan dalam blog saudara Katon Tin-Ton,  klik di sini Cerita yang sama tetapi daripada perspektif individu berlainan. Saya berhasrat untuk menceduk cerita ini untuk dimasukkan dalam buku. Tapi sebelum itu, kena minta kebenaran dulu dariapada 'azhar6429.wordpress.com', 'panggilanpertiwi.forumotion.net' dan Utusan Malaysia.

Saudara Katon Tin-Ton...Maaf kerana tidak memohon kebenaran untuk 'link'kan dengan blog anda. Walaubagaimana pun....Terima kasih.

12 ulasan:

basri bin omar berkata...

Salam Tuan!

Tk paparan ...Kapt Mohd Halim PGB kini berpangkat Kol di Jab Infantri...seorang sahabat aka Komando juga telah mengarang sebuah buku berkaitan Peristiwa ini dan sedang mencari sponsor????

Moga2 cerita sebegini dapat lagi menjadi bahan koleksi dan dokumen yang di jadikan khazanah ilmu,Insyaallah

Unknown berkata...

Yup setuju ngan tuan Basri...moga2 peristiwa begini menjadi kisah yang membanggakan seluruh anak2 Malaysia.

Katon Tin Ton berkata...

salam tuan.
thx sbb promote blog
actually saya dah beli buku tu direct dari pak syed kita
pak syed memang sempoi, dia just suruh saya 'top-up' kredit ke acc CELCOM dia jer

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Basri,

Terima kasih. Cuba cadangkan kepada sahabat anda berjumpa dengan pihak UKM atau UPNM. Mungkin mereka bersedia untuk menerbitkannya.

Saudara Yastro dan Katon Tin-Ton,

Sama-sama. Saya harap ramai lagi veteran di luar sana dapat meluangkan masa untuk mencoret pengalaman untuk tatapan generasi akan datang.

Unknown berkata...

Disebabkan entri ni,saya pun buat satu review ttg 19RAMD,pas tu jumpe macam2 lagii..terima kasih tuan.
Harap tak menjadi masaalah ye tuan...nak numpang idea sikit..he3!!!

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara yastro,

Mana ada masalah...dipersilakan. Nak cari lagi blog yang menceritakan pengalaman-pengalaman veteran untuk di'link'kan. Sesiapa ada cerita tentang Congo dan juga konfrantasi, mailah kongsi bersama.

Tanpa Nama berkata...

salam mej..

saya rs bersyukur bla mej tulis cerita nie dlm blog mej..saya jg merasa bangga bla dlm kisah di somalia ayah kesayangan saya jgk terlibat sm i2...beliau menyertai misi PBB time 2.masa 2 saya masih kecik lgi...skrg nie bla saya baca kisah di somalia,rasa sebak pun ada mengenang jasa angkatan tentera...

zulfatah berkata...

salam.
tuan, sy amat teruja bila membaca blog2 x-servicemen spt tuan dan 1 atau 2 lagi blog yg sewaktunya.saya minat membaca dan sentiasa membeli buku genre ketenteraan dan pertahanan.baru2 ini sy membeli buku Robin Olds:Fighter Pilot yg kisahkan legasi top ace dalam USAF.tp yg buatkan saya gusar adalah pertanyaan isteri saya,"xde ke buku berkenaan hero tentera malaysia?" hmmm betul jugak,dan dlm masa yang sama hati sy meronta2 hendakkan buku2 sebegitu.our very own servicemen exploits?tp sy dpati susah nk perolehi buku.sepanjang koleksi saya,ada la sikit spt 'Kanang','gerakan hentam indera''biografi tn sri yuen yuet leng''malayan emergency'setakat itu shj,sy sentiasa menunggu our servicemen exploits ttg every operation,battles etc utuk dibukukan.sy bimbang jika tiada usaha utk diwujudkan dokumentasi secara hard copy ini maka lambat laun kisah tuan2 akan hilang mengikut peredaran masa.jgn kita ulangi sejarah silam yang byk diperturunkan secara lisan.terdedah kepada manipulasi dan makin lenyap.pada sy tuan2 adalah HERO sy,sy terhutang kehidupan sy dan seluruh rakyat malaysia sekarang atas titik peluh dan pengorbanan tuan2 semua 9insya allah).buat masa ini sy hanya dpt ikuti blog2 tuan2 shj sbg sumber inspirasi.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara Anonymous,

Terima kasih. Cuba cungkil sikit ayah anda tentang pengalaman beliau dan e-mel kpd saya.

Saudara Zulfatah,

Terima kasih. Harap belilah buku saya yang akan siap dicetak pada penghujung Apr nanti, Insya-Allah. tiada sebarang pelancaran dan boleh dibeli dgn menghubungi saya.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum mejar...
saya cuma ingin mencelah, sekadar bercerita dan berkongsi pendapat.

seperti yang Tuan catitkan diatas adalah lkpl Rizal bin Ismail salah seorang penerima PGB kini telah bersara dari TD. Beliau saya sering jumpa kerana beliau bekerja disalah sebuah stesen minyak di Sungai Petani..tak kisahlah kerana dia masih muda dan perlu meneruskan kehidupan...cuma yang sering bermain difikiran apabila melihat dia berkerja ialah dia adalah seorang pesara tentera dan bukannya artis...dilupakan begitu sahaja..dia bukan seorang ahli sukan...kalau tidak sudah tentu dia memiliki gelaran Dato, atau apa2 gelaran yang bagus...sayangnya dia pencen sojar....begitu juga dgn mendiang Kanang...sampai terkubur jasad...sedihnya bila menjadi pesara tentera ya! seperti saya juga. Terima kasih...

Awang Sehat berkata...

Salam Tuan Nor, kami baru buat Perjumpaan X7RAMD. Tahun depan mudah mudahan Tuan dapat hadir. Walau pun Tuan dulu Paymaster kami, di Kelantan, saya rasa tuan rapat dengan kami. Visit kami di FB, x7RAMD, era 70an dan 80an.

Awang Sehat berkata...

Salam Anon Jun 3, 2011. Saya tak kenal Kpl Rizal, tapi selagi dia sihat boleh bekerja dan masih muda seperti kata Anon, biarkan dia. Pasti dia tahu jaga diri, kita manusia pasti ada dignity dan harga diri, jika dia perlu bantuan kerajaan, tahulah dia mana nak pergi, Mara, BTM atau Persatuan Veteran. Maksud saya ada orang tidak mahu diganggu selepas bersara. Contoh Kapt Hamid,Bersara, SP, wira tahun 70an, 80an, berjiwa kental dan memegang pronsip hidup yang tinggi, ada di KL tau Selangor. Beliau mengusahakan syarikat sendiri. Tidak kira bekas pegawai atau LLP, ramai yang saya lihat telah berjaya dalam kehidupan awam, ada yang Dato' dan jutawan. Yang penting, mencari rezeki halal. Dalam tentera dulu pun saya bercita-cita nak jadi hero, nak dapat PGB, tak ada rezeki. Bukan senang nak jadi wira, silap silap terkencing dalam seluar bila mengadap musuh.Kami bekas tentera tak mahu disanjung sebenarnya, terima kasih jika orang awam ramai yang prihatin,jkepuasan di hati kami ialah melihat negara aman makmur dan rakyat dapat tidur lena setiap malam. Syukur, baru baru ni kerajaan telah meluluskan permohonan elaun SP dan PGB. Baru baru ini saya telah berjumpa Kol Roslan PGB, Komandan PUSASDA, saya usik beliau, " back date elaun PGB banyak kan Tuan?". Beliau tersenyum panjang. Kalau Tuan Roslan tu dapat backdated elaun PGB berbelas tahun, Kpl Rizal juga pasti dapat. Bayangkan saya, sebulan rm400.00, darap dengan tahun yang dianugerahkan PGB tu, lumyan. Please correct me if I am wrong, Sir, Tuan Nor Ibrahim. Mendiang En Kanang tu memang tidak pernah kerajaan lupa, pencen dan elaun PGB juga disambung kepada balu beliau, jika ada. Begitu juga hero hero yang lain. Wassalam.