Followers

Thursday, April 21, 2011

Pengalaman Mangsa Nahas Pesawat

Pembaca....Masih ingat nahas Nuri pada 15 Ogos 2004 di kawasan Long Seridan, Sarawak? Seramai 3 anak kapal telah terkorban dalam insiden tersebut. Seorang pembaca telah menghantar e-mel tentang cerita salah seorang juruterbang yang terselamat dalam nahas tersebut.

Mereka yang terkorban ialah...

  • Arwah Mejar  Abdul Hadi Bin Wahab TUDM - Ketua Skuadron
  • Arwah Kapten Ismazilah Bin Ismail TUDM - Juruterbang Pertama semasa kejadian 
  • Pegawai Waran 1 Sentaliah a/k  Kadur - KU

Saya menghargai kesudian juruterbang terbabit yang sedia berkongsi pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupai sepanjang hayat beliau. Inilah buat kali pertama saya membaca pengalaman seorang yang terselamat dalam nahas pesawat. Pengalaman tersebut boleh dibaca di sini.
Keadaan M23-11 (ihsan MdSaiful Sakim

Saya telah menghubungi juruterbang dan KU berkenaan untuk memaklum yang saya berminat untuk menjadikan cerita mereka sebagai bahan buku ke2 nanti,  jika ia menjadi satu kenyataan, Insya-Allah. Dan meminta kebenaran. Mereka tiada halangan terhadap hasrat saya. Namun demikian, saya memerlukan butir-butir tertentu bagi menjadikan cerita tersebut lebih mudah di'fahami' oleh pembaca nanti. Mereka berjanji akan meng'e-mel'kan maklumat yang saya perlukan nanti, Insya-Allah.

Kepada mereka yang terkorban yang beragama Islam...Al-Fatihah.

Saudara Zulfatah....Terima kasih.

14 comments:

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Salam Mejar Nor,

Baru saya tahu, pilot yang berkongsi pengalamannya itu junior saya di STAR. :-)

mangchikla said...

Masya Allah . First time dgr cite 'First hand' kemalangan pesawat,rummu nandri. Agaknya apa keputusan BOI pada masa tu.

zulfatah said...

salam tuan,

pengalaman beliau dan kisah veteran2 lain amat menginsafkan saya.when u all sirs,put on d uniform,life at stake,knowing d risk n yet still unflinchingly excecute ur missions speaks volumes of ur personality n dedication.not to mention professionalism embedded into ur being.for that sirs,hats off n thank you.
yesterday,i admire Rommel,Eisenhower,Dolittle,Walter Model,Nimitz n read about Iwo Jima,Barbarossa,8th Air Force n Operation Fortitude...
Today, i would like to hv d chronicle of Heroes of Angkatan Tentera malaysia.the likes of Nuri pilots,Robert Rizal,Lt M Abd hamid,the fallen warriors of RAMD,Ranjers,RGKs...Gubir incident n as many knowledge about this bunch of special people that directly contributed to the well being of the nation.so that i can remind myself n my anak cucu to appreciate n accord the well deserved treatment n respect to all of u sirs...
Tuan Nor...u don't have to thank me, i should be thanking u sir!

Mylasia said...

mungkin dari sini boleh dapat sikit...mcm ada perbezaan tapi senarion nyer sama saja....

http://www.btdm.net/arkib2/04/ogos04.pdf

basri bin omar said...

Salam Tuan dan Zulfatah!

Tk paparan....Zulfatah-saya juga X STARIAN 1965-1970(Rumah Merah)-di tauliahkan pada 14 Apr 1972 ke Rejimen Askar Jurutera(RAJD) . Bersara pada 21 Mei 2005 selepas 34 thn berkhidmat dalam Tentera Darat Malaysia.....memang pengikut setia xnuripilot. kini menetap di Tmn Bukit Indah, Ampang. Berasal dari Pendang ,Kedah. Moga2 silaturrahim antara kita berpanjangan,Insyaallah!

zulfatah said...

salam tuan Nor n tuan Basri,
Tn Basri,what a pleasant surprise sir! sy X STARIAN 90-94 still in diapers when u all sirs,battling communist insurgency.
i m just a foot soldier in the form of Army Reservist in JLJD apart from my civilian life,working as an architect in JKR.Arwah bapak X-9RAMD (LLP),dia asal Pendang gak..Tn Nor's xnuripilot blog ni dh jadi ketagihan baru saya ha ha ha ha.What a treasure trove! same goes to ur Mind No Evil...keep it coming sirs!!!

zulfatah said...

salam tuan,
Pohon maaf tn..Mind No Evil is owned by Tn Arshad Raji.both his n Tn Nor's blogs dh jadi staple dlm internet browsing sy.Ketagihan tahap gaban kata org tuh..he he he.same goes to Tn Robert Rizal's n Mj swami's the fighting rangers...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara zulfatah,

Terima kasih. Saya telah menterjemahkan satu coretan yang dipetik dari blog Mej Swami untuk buku "Coretan Xnuripilot". Saya juga bercadang untuk membukukan cerita-cerita yang terdapat dalam blog beliau, Insya-Allah. Syukur Alhamdulillah, beliau memberi kebenaran untuk saya berbuat demikian.

basri bin omar said...

Salam Sdr Zulfatah!

Tk maklumat tu....Pendang tang mana? Almarhum Bapa saya tinggal di Kg Belakang Pekan Pendang dkt tapak Panggung Wayang sblh Kedai Roti Benggali(cuma tggl sejarah) Beliau dok jual rokok di Gerai/Kedai Nasi Lemak Sri Merbok...sila hubungi saya di talian 017-2050119.Salam.

Anonymous said...

kami sgt2 menghargai apa yg Tuan dan rakan2 lakukan...semoga menjadi semangat pada generasi akan datang...kalian adalah WIRA YG TIDAK DIDENDANG...! teruskan...TQ

khidmat utk Negara said...

Salam Mejar,

Simpati dengan keluarga anggota yang terlibat nahas...

M23-11?? adakah ini pesawat yang pernah di kendalikan mejar...

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara khidmat utk Negara,

Terima kasih. M23-11 adalah kepunyaan No 7 Skn dan saya tak pernah bertugas di sana. Namun demikikan, setelah membuka 'Log Book', saya telah terbang Nuri ini pada 25 Feb 1984 untuk air test selama 35 minit. Krew saya ialah Kapt (U) Noel Richard dan Sjn Jaafar. Bagaimana ini boleh berlaku saya dah lupa.

Anonymous said...

Salam Tuan Nor & all the xnuripilot blog followers,

Takziah buat keluarga Allahyarham Mej Abd Hadi, Allahyarham Kapt Ismazilan & Late of WO Sentaliah fm No 7 Skn TUDM, Kuching.

Saya juga terharu dengan pemergian mereka dalam nahas Nuri M23-11 espcially buat Arwah Mej Abd Hadi kerana seminggu sebelum nahas kami sempat minum bersama di Bandar Sentosa @ Batu 7. Tak silap saya waktu itu arwah dah keluar strange dari 7 Skn kerana arwah dalam proses posting keluar ke 10 Skn. Oleh kerana tasking resup by M23-11 arwah menggantikan arwah Kapt Nor Azlan (Nahas Nuri pada 2007 di Genting Sempah)kerana compassionate leave. (Maafkan saya sekiranya tersilap kata).

Arwah Mej Abd Hadi memang seorang yang mudah disenangi dengan semua terutama bagi semua Pegawai & Anggota di No 7 Skn TUDM, Kuching.

Al-Fatihah......

P/S: Tuan Nor, agak-agak bila ya buku Coretan X Nuri Pilot dipublishkan....

Regards,
JeffNSP@hotmail.com

Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman said...

Saudara JeffNSP,

Pada 21/4/11 terima 9 naskah tapi dah habis. 991 naskah lagi akan siap pada penghujung Apr, Insya-Allah.