Pengikut

Rabu, 26 Oktober 2011

6 Bulan Kemudian...

Sebagai seorang rakyat Malaysia tercinta ini, saya bersyukur kepada Ilahi kerana negara kita, sehingga sekarang ini, terhindar daripada pelbagai bencana alam, seperti tsunami. Apa yang kita alami  pada 26 Disember 2004 dulu tidak boleh dibanding dengan Acheh. Terfikir juga, sekiranya Malaysia dilanda tsunami seperti yang dialami oleh Jepun pada 11 Mac 2011 (mintak simpanglah), berapa lama le agaknya negara dapat memulihkan keadaan kembali seperti sedia kala!

Saya terima berita ini yang dihantar oleh saudara Lt Kol Idris Hassan (B). Jepun...6 bulan selepas tsunami! Sungguh menakjubkan! Mampukah kita mencontohi Jepun? Tabik spring saya kepada orang Jepun terhadap semangat kental mereka membangunkan semula negara matahari terbit itu.

Lt Kol Idris Hassan (B)....Terima kasih.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan, Orang Jepun memang kuat bekerja bukan kuat berpolitik...politik orang Jepun pada musim tertentu sahaja bukan sepanjang tahun seperti kita.

Anonymous berkata...

Betul kata you Anonymous,terkenal dgn semangat mereka dlm serbe serbi,buat kerja bukan untuk mengkayakan kroni,kalau berlaku di malaysia bukan banyak yang miskin tapi ramai kroni yang kaya dan ambil kesempatan.Tengok ape yang berlaku di kuala muda yang tak terlibat pun dapat rumah tiba2 ramai yang terlibat....malaysia boleh,org malaysia pungut duit,Jepun kaya raya orang malaysia ramai yang miskin lagi,tengok lah TV3 bersama mu....hantar duit kat Jepun nanti yang dapat nama ialah Kroni mereka.Malaysi Boleh

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan statement kedua dua anonymous diatas.....lepas ni banyak la spare part kereta2 jepun kek 'kodai potong'....
jangan tokojot sekarang ni pun dah ada kereta2 2nd berjenama dari jepun yang harga nya jauh lebih murah dari biasa....
so pada rakyat malaysia,buat la pilihan yang bijak
takut kono keto banjir

Tanpa Nama berkata...

apa yang kagum masa gempa bumi di jepun,orang jepun masih boleh beratur naik keretapi,bus!punya la tinggi tahap disiplin depa!.sy rasa kalau kt malaysia dah berebut2 dah naik bus!dan diceritakan oleh sepupu sy,orang jepun bekerja jam dilewatkan sejam.kite kalo bleh nak cepat kan jam nak balik awal!kalau dlam projek plak kite tak dapat kenal mane 1 jurutera mane 1 pekerja biasa,sama ja.sama2 buat kerja!..orang jepun bahasa inggeris memang tak berapa reti,tapi mereka kembangkan bahasa jepun melalui teknologi yang mereka ada,nak belajar teknologi,sila betutur dalam bahasa jepun.student2 luar pun terpakse bercakap dalam bahasa jepun!