
Menurut 'contact person' yang tercatat dalam surat di atas, beliau hanya akan mengetahui maksud penambahbaikan apabila menerima minit mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan. Beliau tidak mengetahui apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut. Jadi, tunggulah sehingga beliau kembali daripada menunai umrah pada penghujung Mac nanti. Mungkin masa itu minit mesyuarat sudah diedarkan kepada beliau, wallahualam.
Apa pun keputusannya, saya tetap bersyukur kepada Ilahi kerana telah berjaya mencetak 2000 naskah buku itu. Kalau ada rezeki...Syukur Alhamdulillah. Kalau tiada...Apa nak dikatakan tetapi saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya telah mencuba.
Para pembeli buku saya, anggaplah ia 'Limited Edition'. Bagi mereka yang tidak berkesempatan membeli tapi minat membacanya, pergilah ke Perpustakaan Awam di seluruh negara.
4 ulasan:
saya berbangga kerana sempat memiliki buku ini utk dihadiahkan kepada Abah.. siap ade coretan untuk abah lagi dari penulis.. hihihi.. mmg 'special edition' dah tu.. thanks Tuan..
Terasa hampa...bila membaca coretan bahawa DBP tidak berminat untuk menerbitkan buku ini... baru berkira untuk memilikinya... terpaksa bersabar lagi....
bangga dapat memiliki buku tuan...Kepada DBP teruskanlah sikap yang dah memang suram dan hilang fungsi tu..
Saudara & Saudari,
Terima kasih di atas sokongan anda. Saya masih tidak putus asa. Saya akan menghubungi pegawai DBP apabila beliau kembali dari tanah suci nanti. Manalah tahu, kalau ada rezeki mereka bersetuju, Insya-Allah.
Catat Ulasan