Pengikut

Ahad, 18 Mac 2012

Satu Cadangan

Eh...Eh...Eh...Tak habis-habis mejar pencen ni nak mempromosikan keperwiraan para veteran! Setelah diberi peluang bercerita di ANM, sekarang nak suruh ATM pula mengundang wira-wira yang tak didendang menceritakan pengalaman mereka di pusat-pusat latihan ATM.   

From: nor ibrahim sulaiman
To: Tan Sri PAT
Cc: Dato' Zahid Hamidi ; PTD ; PTL ; PTU ; KSU KEMENTAH ; VC UPNM
Sent: Friday, 16 March 2012 4:12 PM
Subject: PENGKISAHAN SEJARAH INSURGENSI

Assalamualaikum Tan Sri,

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan di atas kesediaan Tan Sri mendengar rentetan saya ketika kita terserempak di Darulaman Golf & Country Club, Darulaman, pada Sabtu, 10 Mac. Sepertimana yang saya tekankan, dewasa ini topik patriotisme hanya hangat dibincangkan ketika menjelang Hari Kemerdekaan dan apabila tercetusnya polimik yang mempertikaikan siapa yang sepatutnya dinobatkan sebagai wira negara. Pada pandangan saya, semangat kecintaan terhadap negara seharus dipupuk sepanjang masa. 

Saya bersyukur kepada Ilahi kerana usaha saya untuk menonjolkan peranan TUDM telah terpahat di Arkib Negara Malaysia (ANM) pada 13 Mac. Saya dan PW1 Mohsain (B) telah dijemput sebagai Pengkisah dalam Majlis Pengkisahan Sejarah Darurat - 'Peristiwa Gubir - Pengalaman Anggota TUDM Menentang Pengganas Komunis' yang diadakan di Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Walaupun pengkisahan hanya sekadar sepintas lalu disebab kesuntukan masa yang diberikan, ia merupakan langkah pertama. Saya percaya pengkisahan tersebut telah menyedarkan para hadirin, terdiri daripada siswa-siswi IPTA, tentang pengorbanan anggota ATM.  Paling penting kepada saya ialah para penyelidik boleh mendapat sedikit-sebanyak fakta tentang peranan TUDM, khususnya helikopter Nuri, ketika Ops Gubir dan Ops Selamat Sawadee di ANM. 

Agensi kerajaan tersebut mengabadikan kisah seperti ini untuk rakyat Malaysia yang berminat mengetahui sejarah negara. Persoalannya pula, adakah ATM sendiri yang sedia mengambil langkah agar  kisah-kisah pengorbanan para veteran mereka sendiri disebarkan kepada anggota-anggota yang masih berkhidmat? Saya difahamkan ada pegawai berpangkat Lt Kol TUDM sendiri tidak mengetahui tragedi 26 April 1976 dimana sebuah Nuri telah ditembak jatuh dan telah mengorbankan kesemua 11 warga tentera yang berada di dalamnya; apatah lagi mereka yang baru menceburi kerjaya ini! Mungkin tidak salah saya beranggapan bahawa persepsi rakyat hanya arwah Lt Adnan Saidi dan Dato' Kanang  sahajalah perwira ATM! 

Sekiranya diizinkan membuat cadangan, para veteran yang tidak didendang, seperti mereka yang cacat anggota angkara kedurjanaan pengganas komunis, dan penerima Anugerah Perkasa, diundang menceritakan pengalaman mereka di institusi latihan ATM, seperti KTD, KTU, KTL, UPNM, PLR, maktab turus, dan sebagainya. Apa yang perlu hanyalah 2-3 jam sahaja setiap kali kursus dijalankan, dengan lain perkataan...proses pengkisahan berterusan. ATM sepatutnya mengambil peluang tatkala para veteran masih hidup. Jika tidak, semua pengalaman akan berkubur dengan empunya jasad.

Saya difahamkan Tan Sri peka tentang sejarah ATM. Ini terbukti apabila Tan Sri menyuarakan kesedian untuk mengetengahkan cadangan saya yang telah diajukan semenjak 2009 kepada sebuah agensi di bawah KEMENTAH. Namun sehingga sekarang, respons stereo-type 'dalam perhatian kami' pun tidak diterima. Agensi tersebut, pada pandangan saya, adalah salah satu platform sewajarnya kerana objektifnya adalah untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan remaja. 

Saya tidak mewakili sesiapa. Saya sendiri, mungkin para veteran yang lain, akan terharu jika diundang ke majlis yang dicadangkan. Ini kerana ia mencerminkan bahawa ATM mengiktiraf pengorbanan kami. 

Akhir kata, sekiranya program ini sudah dan masih dilaksanakan....Syabas dan teruskan. Jika sebaliknya, harap ia mendapat pertimbangan positif daripada pihak Tan Sri. Terima kasih.

MEJAR NOR IBRAHIM BIN SULAIMAN TUDM (B)

Sekarang serius sikit. Pe tanya sikit...Ada kebenarankah apa yang saya cadangkan? Adakah kita perlu menunggu 'mat saleh' menceritakannya melalui 'History Channel' dan mengaut keuntungan? Masih ingat 'Blackhawk Down'? Bila ditayang saja, baru terkeluar cerita kehebatan pasukan kita yang terlibat menyelamatkan soldadu uncle sam tu. Jangan disalahkan penerbit filem tersebut kerana sudah pasti mereka akan menonjolkan kehebatan tentera mereka. Alangkah sedihnya sekiranya ATM sendiri terpaksa meminta penceramah daripada orang awam hanya untuk menceritakan kisah-kisah operasi yang melibatkan ATM sendiri!!!Bukannya satu perkara  mustahil....Kemungkinan itu ada.

Oh ya...Soalan cepu mas. Apakah 'probability' penerima memberi respons kepada e-mel tersebut? He...He...He.

6 ulasan:

Nur Emyinda berkata...

Salam Tn Mejar Nor Ibrahim,

Yes Yes Yes...can't agree more to what had been mentioned. Much had been said about Black Hawk Down movie and the involvement of our military courages unsung heroes. Truly Malaysians would not be happy to welcome another 'fake story' from those 'opportunists'. So, lets proceed and persist Tn - no procrastination - before its too late ! Those behind and alongside you for this crusade are outnumbered i'm sure...and i'm one ;-D

All the best Tn Mejar Nor Ibrahim!

ღ cik faye ღ berkata...

salam Uncle/Mejar...(can I call u Uncle?),...

ia satu cadangan yang baik. tapi persoalannya sama seperti Uncle tulis, adakah ATM akan mengambil serius idea tersebut? bagi rakyat negara ini, sejarah hanya cebisan kenangan dan tak perlu disebut2 lagi.

ya, jangan terkejut jika di kalangan anggota dan pegawai ATM yang menyertai ATM hanya kerana imbuhan gaji yang lebih terjamin, dan tidak disertai dengan semangat patriotisme yang tinggi.

'tak perlu diheboh saya seorang tentera' adalah kata2 mereka, tapi sifat merendah diri yang tak kena tempat hanya akan menghakis rasa kebanggaan kepada ATM dan seluruh warganya.

adakah kita perlu jadi mcm US atau negara2 barat lain yang ribuan perajuritnya telah terkorban baru kita hendak berbangga?

semoga usaha Uncle diberkati Allah dan mendapat perhatian sewajarnya. mungkin cara dan kaedah yang lebih interaktif (2 hala) antara audien dan pencerita perlu diperbaiki supaya audien tidak bosan.

Arunzab berkata...

Saudara Nor,
I feel you have made an important point in that the exploits of our soldiers should be as the saying,come"from the horses mouth" who else could relay it better than the soldier involved in the action. Perhaps it is time for the PTD to seriously  consider your suggestion, while these unsung heroes are still alive and are able recollect the various acts of gallantry. 

Let it not happen as what befell Sgt Yusof Rono the last hero of Bukit Kepong who passed on in  2005 a broken man. He took to his grave the first hand account of what actually happened during the assault on the police station. Now there are others who were never on the ground telling us the story of their bravery, which can never replicate the actual action that took place.

Unlike the the European armies we never had trained soldiers to record photographic action of our battle skirmishes. As such valuable account of the battle action was lost forever. This come to my memory when I see the action recorded of the various battles of WW 2,and also now in Afghanistan.

As always Nor, shabas for the great work that you do.

Saudari Nur,
I am inclined to believe what you really mean is that those along side Major Nor outnumber the others and not the other way around that those along side Maj.Nor are outnumbered. There is a stark difference between the two. An example is "If you are a rifleman holding a position, with thirty other infantrymen, and the enemy is advancing towards your position, in the open, and their numbers appear to be well over one thousand men...you're outnumbered!"
Thank you for your generous support of ex-servicemen. 

Nur Emyinda berkata...

Salam Arunzab,and Tn Mejar Nor Ibrahim,

TQVM for the correction made...do very much appreciate it. Yes, you read my mind right! Merci beaucoup Arunzab...
My heartfelt apologies Tn Mejar Nor Ibrahim.

Arunzab berkata...

Saudari Nur,

De rien! Madame.

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Saudara/Saudari Semua,

Terima kasih. Pokoknya, sekurang-kurangnya saya telah mencuba.