Pengikut

Isnin, 2 April 2012

Dedikasi Kepada....

Arwah Kapten Nasir Ma Lee....Coretan ini susulan komen yang saya 'copy & paste' daripada coretan di sini.....
Jack said...
Saya bekas kakitangan Guthrie dan kisah keberanian Allaharham Nasir menjadi antara kisah yang menarik dikongsi biarpun sudah tiada lagi helikopter tersebut di Guthrie dan bilamana arwah meninggal, anda boleh baca pengalamanan pelatihnya.. arwah sengaja memilih rumpunan buloh untuk terhempas kerana akan menyerap hentakan ..malah ketika selepas terhempas , Arwah masih mampu menarik keluar pelatihnya dari bangkai pesawat untuk mengelekkan letupan dan terbakar dalam keadaaan arwah sendiri cedera parah dan terduduk sebelum menghembuskan nafasnya .. Pelatihnya selamat .. namun Arwah pergi jua dan wajar diangkat sebagai HERO...

Saya mengharapakan persatuan Cina Muslim yang didokongnya terus subur dan baru-baru ini kerajaan Pahang berjanji untuk memberi bantuan membina sebuah masjid bercirikan senibina Cina di Kuantan.. saya mencadangkan namanya di digunakan sebagai nama masjid tersebut ..

Al fatihah untuk Allahyarham NASIR MA LEE...

Berdiri 2 dari kanan: Kapt Nasir Ma Lee. Sekitar 1974

Ini pula keratan akhbar yang diemelkan oleh Saudara Kapt Dr. Damanhuri....







Al-Fatihah.

2 ulasan:

ღ cik faye ღ berkata...

al-fatihah...
there's a need to expose more stories of non-Malay/bumis military men(officers & other rank)...so non Malay/bumis young generation can feel the sense of belonging and patriotism...not only limited to Malay (no offense to any parties)

Jack berkata...

Terima Kasih Tuan kerana memanjangkan komen saya terdahulu.

Saya ntercari-cari jika ada yang masih menyimpan keratan Surat Khabar mengenai keberanian Kapten Nasir Ma Lee ketika menyelamatkan mangsa kebakaran di Bank Bumiputera yang terperangkap di atas bumbung bangunan tersebut.

Keratan akhbar itu saya baca didalam Berita G (berita bulanan Guthrie)koleksi lama.. antara petikan yang masih saya ingat ialah bagaimana arwah yang kebetulan berada di udara ketika itu membantu mangsa kebakaran. Malangnya di atas bangunan Bank Bumui tidak terdapat helipad untuk mendarat dan memburukkan keadaan ada sebatang tiang bendera..
Arwah membuat satu keputusan yang amat berani. Beliau memandu helikopternya dan menolak tiang bendera itu dengan platform helikopternya (saya tak pasti nama kompenan ini) .. tindakannya itu berjaya dan membolehkan helikopter mendarat dan menyelamatkan mangsa. malah helikopter yang lain pun turut sama mendarat selepas itu..

Dalam berita G yang yang lain ditunjukan beliau menerima pingat keberanian atau anugerah dari DYMM Agong.

Mungkin ada yang lebih boleh memperincikan kisahnya ..saya sekadar generasi yang boleh dikatakan baru dan hanya menyertai Guthrie sekitar tahun 2000- 2007 tetapi kisahnya masih didendangkan oleh warga Guthrie yang lain ...

Arwah pernah membawa John Denver ke serata Estate Guthrie ketika lawatan penyanyi tersebut di Guthrie...