Dari kiri: Saya (ADK), Brig Jen Mohammed Yunus Tasi (ASDK), Sjn Saifuddin (BSK), Sjn Jaafar (BSK)
Bergambar di Istana
Seramai 4 anak pesawat Nuri, saya, Kapt (U) Aziz Laji (ADK), Sjn Saifuddin dan Sjn Jaafar, telah dianugerahkan bintang/pingat berkenaan. Pencalonan kami bukannya melalui saluran biasa: CO tidak mencalonkan kami. Sebaliknya, Pejabat Ketua Menteri yang mencalonkannya. Ini mungkin kerana kami kerap membawa Ketua Menteri Sabah. Kapt (U) Aziz tidak dapat hadir ke majlis penganugerahan tersebut disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan. Pada waktu itu, beliau telah tamat perkhidmatan dalam TUDM dan baru mula berkerja dengan syarikat penerbangan swasta yang berpangkalan di Labuan.
Sungguh ironis! Setahun kemudian, 1985, tanpa pengetahuan saya, barulah ATM fikirkan saya layak dicalon untuk pingat BSK...satu step lower! Tak kisahlah. Orang bagi, saya terima sajalah....Bukan saya yang pinta!
Dulu nak dapat gelaran Dato' tak semudah sekarang. Lt Jen Tan SriMohammed Yunus Tasi TUDM (B), xPTU, ketika menerima ASDK (Ahli Setia Darjah Kinabalu) yang tidak membawa gelaran Dato', masih belum bergelar Dato' walaupun menjawat PANGUD (Panglima Udara). Sama juga Pangwilud 11, birasnya. Dewasa ini, pakai saja satu 'bintang', boleh dikatakan 99% gerenti dianugerah Dato'. Yang lain-lain pula, saya perhatikan, ada mejar yang pingatnya 3-4 baris tersemat didada. Dah rezeki mereka.
Sepanjang 25 tahun berkhidmat dalam ATM, ini sajalah anugerah yang saya terima. Apa pun, syukur alhamdulillah.
PTU, ADK, BSK, PPA