Pengikut

Sabtu, 23 Januari 2010

Kerenah Birokrasi

Pembaca...Anda ada membaca laporan Utusan Malaysia di atas bertarikh 14 Januari 2010? Menurut Jurucakap Kerajaan, YB Datuk Seri Dr Rais Yatim, '...Kerajaan hari ini mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan orang ramai untuk menjawab secepat mungkin segala surat-menyurat yang dikemukakan kepada mereka'.

Satu tamparan hebat kepada KSN. Bayangkan...sebagai Setiausaha kepada Kabinet beliau terpaksa menelan 'teguran' terhadap anak-buahnya. Kesihan beliau...! Saya percaya beliau telah memberi nasihat, teguran dan mungkin menghantar Penjawat Awam (PA) ke Kutub Utara/Selatan yang dianggap 'dead wood'....Tetapi apakan daya...manusia tetap dengan berbagai ragamnya!
Secara peribadi, saya sungguh kagum dengan tindakan beliau apabila saya mengajukan rentetan/rayuan yang membabitkan agensi Kerajaan. Seperti kilat beliau mengambil tindakannya...wow! Tak percaya? Ini salah satu contoh...

Saya kerap menghantar e-mel kepada Menteri, KSN dan PA Kementerian tertentu . Nasib saya boleh dikatakan baik kerana pihak berkenaan telah 'bersusah payah' menjawab rayuan seperti petikan respons rasmi ini'...Adalah dimaklumkan bahawa perkara ini sedang dalam kajian dan pertimbangan Kerajaan'. Sungguh tidak disangka...sehingga kini jawapan di era 'cyclostyle' (maaflah jika ejaan salah kerana terlampau lama tidak digunakan) masih lagi diguna pakai oleh seorang...TKSU...eh...eh! Sungguh tak kreatif. Kalau ya pun...Karanglah jawapan yang meyakinkan walaupun yang tersiratnya, bak kata percakapan di warong kopi '... Bolayan - tak ada masa nak layan'.

Nasib saya baik kerana e-mel saya salinkan (cc) kepada KSN. Nak tahu apa jawapan beliau kepada TKSU? '...Bila dijangka dibuat keputusan?' dan disusuli e-mel oleh staf beliau kepada KSU '...Saya pohon kerjasama Y.Bhg. Dato’ untuk meneliti perkara ini sewajarnya dan maklumbalas berhubung perkara ini bolehlah dikemukakan terus kepada pengadu dengan salinan kepada Pejabat ini katakan, pada atau sebelum hari Selasa, 30 June 2009.' Ini yang semua rakyat mimpikan...'Management By Deadline'.

Walaupun keputusan rayuan tidak menyebelahi saya, namun saya tetap berterima kasih kepada KSN dan staf beliau kerana sanggup meluangkan masa untuk melayan saya.

Berbalik kepada teguran Kabinet...Secara tidak langsung, Kerajaan 'mengaku' masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata apabila berurusan dengan agensi Kerajaan! Dengan lebih tepat...sudah sampai masanya Ketua Agensi/Jabatan ditegur kerana merekalah yang diberi kuasa untuk menjawab surat yang dikemukakan oleh rakyat...bukannya staf bawahan. Persoalannya...Bolehkah arahan Kabinet tersebut akan melihat anjakan paradigma di kalangan PA terbabit? Kemungkinan...seperti mencurah air pada daun keladi kut!

Kesangsian saya berlandaskan kepada hakikat sebenarnya. Siapa "BOS #1" PA? Sudah tentu..."KSN"...bukannya Pak Menteri. Ahli politik 'datang dan pergi'...ditentukan oleh rakyat seperti saya ini...setiap 5 tahun sudah pasti! PA berkhidmat untuk Kerajaan SEMASA, tidak mengira parti politik, dan mengucap sayonara bila sampai umur bersara...itu pun jika diizinkan Allah.

Alangkan ingatan BOS #1 sendiri tidak diambil peduli...apalah nak kisah sangat dengan teguran Kabinet! Bukannya Menteri yang menentukan KPI kesemua Ketua Jabatan; KSN/KSU/KP/PAT dan yang setaraf...mungkinlah. Yang perlu dijaga ialah 'immediate superior'. Sekiranya teguran BOS #1 'menyengat', tiada sebab mengapa Kabinet terpaksa membuat kenyataan tersebut...Betul tak?

Ini 1 lagi contoh kebenaran teguran Kabinet...Saya ada menghantar e-mel kepada Ketua Pengarah PLKN. Selepas hampir sebulan tiada sebarang respons, saya telah menalifon PLKN. Seperti yang sudah dijangkakan, jawapan pada Ogos 2009 '...4. Pihak Jabatan amat mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Tuan dalam perkara ini dengan mengemukakan satu cadangan yang bernas. Pihak Jabatan akan menghubungi Tuan jika maklumat lanjut diperlukan.' Kalau bernas mengapa tidak dilaksanakan? Itulah kali terakhir saya mendengar berita dari PLKN.  Untuk PLKN...jangan bimbang kerana saya tidak berhasrat untuk  meneruskan perkara ini  lagi.

Sebagai seorang pelanggan, saya tabik KSN kerana ketegasan beliau. Bagaimanakah agaknya tahap prestasi Perkhidmatan Awam apabila beliau tidak lagi 'relevan' pada Jun 2010? Harapan saya agar Pengganti beliau paling tidak pun akan meneruskan dasar mesra rakyat sejajar dengan gagasan 1Malaysia...'RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'. Mungkin saya silap...Saya yakin ramai yang akan 'gantung' pisang menjelang Jun nanti...he...he...he! Memang betul tiada siapa yang relevan selama-lamanya dan 'patah tumbuh hilang berganti'.  

Pembaca...Jangan nafikan Perkhidmatan Awam telah melalui proses membaiki mutu perkhidmatannya kepada rakyat; sekarang mereka boleh dianggap 'mesra rakyat'. Namun, mereka MESTI peka terhadap kritikan. Ingat...kritik hanya dilemparkan sekiranya terdapat kelemahan. Mana ada organisasi yang semuanya 'perfect'? Kritikan boleh membaiki kelemahan. Dan...janganlah pula asyik kutuk sahaja.  Di mana perlu...berilah kepujian. Barulah adil.

Pembaca...Sekiranya anda tidak berpuas hati atau membuat rayuan membabitkan perkhidmatan awam, saya cadangkan anda menghantar e-mel kepada KSU, salinan kepada Menteri dan KSN. Di peringkat negeri...kepada SUK dan salinan kepada MB dan KSN. Masalah yang mungkin anda akan hadapi ialah...e-mel anda ke Pak Menteri akan terhenti di 'rumah tol' angkara 'Gate-keepers' akan menyaring apa yang mereka fikir Bos perlu dengar - kebiasaannya puji-pujian sajalah. Manakala PA pula enggan memberi alamat e-mel mereka. Sekiranya ini tidak membuahkan hasil, tindakan seterusnya ialah menghubungi media massa dan elektronik seperti rancangan TV3 "Aduan Rakyat".

Bukan saya seorang menghargai keprihatinan KSN terhadap pelanggan beliau, ramai lagi menghormatinya berlandaskan kepada kaedah beliau melaksanakan tanggungjawabnya...

New Sunday Times pada 17 Januari 2010

Khusus untuk Tan Sri Mohd Sidek Hassan...Terima kasih. 

5 ulasan:

Capt's Longhouse berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Dear Readers,

I really appreciate your comments. However, I have no choice but to delete any comment pertaining to unsubstantiate allegations.

Please do not quote names unless proven guilty by the court of law.

Thank you.

Tanpa Nama berkata...

The nation is only 52 years. The USA is more than 200 years but they still face the "kerenah birokrasi" but it is agreeable that the nation has to start somewhere.
To make it simple, since everything is at the tipping point of getting worst than lets campaign for a new government and peoples' power. While we can still breathing and hitting the golf ball, let contribute for a new beginning as a continuity of your fighting spirit.
What say you Mej...lets not play bogey, minimum is par or birdie!!! ALLAH maha agung!!!

Capt's Longhouse berkata...

o.k. guys, lets take a welcome break, seems like too much 'berokrasi' around already in bolehland.

,,,my take,,,,, as long as we engage rat cathing cats, we should not care what color it comes with BUT make sure we don’t have rats in cats skin, this time round then we are o.k.-lah.
,,,not easy to diffenciate rats and cats nowadays too at times, both got misai, tail and common dirty eating habits.
,,,these present day city rats & cats can befriend each other under the bolehland memorendum of understanding and under the table agreement or micky & kitty enterprise sdn. bhd.
,,,maybe we should consider dogs as replacement species ?.
,,,however, dogs too come in different breeds !. if only we can get ‘rat & cat’ catching dogs, baru-lah o.k. o.k. but ‘dog eat dog’ too so berjaga jaga-lah with what kind of dogs too !.
,,,please forget about the monkeys, goats, lembu-lembu or any types of birds.
,,,lastly, i have just returned from the land of the hornbills, don’t forget that there are high quality species from there too.
,,,Their highlanders club member by the name of Idris jala is an very good example as QC product plus KPI king to lead the nation back to happy gawai days, just as MAS is flying pretty again.
,,,Salute to 'bujang senang' but still water runs deep with croc. awaiting so berjaga jaga-lah juga yaa.
,,,so lets think out of the kotak rokok and go for cigar as an upgrade, if not even pipe maybe the better option ?.
,,,so please take another small break, just visit the zoo today hehehe its funday, notice something ?…the local monkeys are pretty free to jump from tree to tree !! blind me.
,,,if only we can get rid of the monkeys from ruining this beloved country cos monkey see monkey do…corrupt politicians corrupt nation - correct me wrong ?….we need a new Tarzen to run the jungle that we are in from the local monkeys and their berokrasi!.

Unknown berkata...

Assalamualaikum WBT

Satu perkongsian yang menarik tentang birokrasi. Ini pula penulisan saya mengenai Birokrasi malaysia dalam konteks kebajikan. Harap sudi membaca..

Jalalboy