Pengikut

Ahad, 20 Januari 2013

Putaran Kehidupan

19/01/2013, jam 0730....Memandulah saya ke  Batang Kali, Selangor, untuk menghadiri majlis perkahwinan Aiffel Azman, anak lelaki adik saya, Thalasiah@Intan, dengan pasangan beliau, Intan Shahira. Majlis diadakan di Restoran Cholo Cholo, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali.

Aiffel Azman & Intan Shahira 

Perjalanan itu sendiri membawa banyak kenangan. Saya menyusur keluar lebuhraya di Tanjung Malim untuk ke destinasi. Jaraknya hanyalah ~35 km sahaja tetapi ia mengambil masa hampir 30 minit. Mana tidaknya, purata kelajuan hanyalah ~60 km/jam! Inilah kali pertama saya mengguna jalan ini semenjak lebuhraya Utara-Selatan siap dibina...bila pun dah tak ingat! Bengkang-bengkok Jalan Persekutuan ini sama yang saya kerap lalui di suatu ketika dulu. Dah lama tak lalu Kuala Kubu Baru, Kerling dan Rasa. Pekan Batang Kali memang banyak perubahan.

Kelebihan majlis seperti ini ialah perjumpaan  kaum-kerabat dan sahabat handai. Dan mengetahui keadaan mereka!  
Dari kiri: Kak, saya, Wan Ismail, Intan, Khazana (isteri Muha)
Duduk: Dari Kiri: Muha (sepupu), Abang Chu (suami kak) 

Dari kiri: Mak, Wawa, Aiman. Pergerakan mak terbatas kerana sakit lutut

Bersama Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak

Muha datang dari Kota Bharu dan kesihatan beliau agak terganggu jika dibanding kali terakhir kami bertemu di Lenggong pada 17/01/2012 di sini. Namun demikian, beliau masih datang. Sama juga dengan Abang Chu. Beliau baru keluar dari IJN. Apa nak dikatakan, dah di ambang sore ini, rumah sakit menjadi destinasi yang kerap dikunjungi!

Jeng...Jeng...Bertemu dengan Dato' Khalis Abu Hassan. Kami adalah  'class-mate' ketika di Tingkatan 2 di Anglo-Chinese School, Sitiawan. Kali terakhir saya berjumpa dengan beliau ialah pada 1963, 50 tahun dulu, iaitu sebelum saya bertukar ke KE VII, Taiping pada 1964.

Dato' Khalis, xduta ke Russia

Kepada ke2 mempelai...bermulanya satu putaran kehidupan sebagai suami-isteri. Ayah Ngah mendoakan agar berkekalan sehingga ke akhir hayat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam . boleh tuan tolong saya . saya tengah buat kerja projek untuk kampung ganda termengor dan sejarahnya . kerja kursus ini penting untuk stpm saya . saya ingin bertanya beberapa soalan . saya harap tuan tidak keberatan .

email : sh_ikaanim@yahoo.com
no tel : 0175079270

Mej. Dr. Nor Ibrahim bin Sulaiman PTU TUDM (B) berkata...

Waalaikumussalam,

Sepertimana yang saya syorkan, hubungi Utusan Malaysia untuk mendapatkan maklumat, seperti siapa boleh dihubungi di Kpg Temenggor. Apa yang saya boleh tolong, insyaAllah. Terima kasih.